Tentu meriah rasanya kalau dapat kumpulkan seluruh adik beradik, mak ayah ipar duai ber"staycation" di homestay banglo mewah macam Taj Villa Ampang ni kan? Homestay banglo mewah Taj Villa ini terletak di Taman Zooview Ampang, betul-betul 5 minit dari Zoo Negara. Kedudukannya yang terletak di pinggir bukit dan dikelilingi pula dengan kehijauan fauna, mampu memberikan aura tenang dan feeling like-kenduri sepanjang kita sekeluarga tinggal di sini.
Aku sempat merasa dah suasana havoc "kenduri-setiap-masa" dekat Taj Villa ni. By the way, terima kasih kepada AFB Networks kerana menganjurkan #AFBfunDay, bloggers family day di sini. Kalau tidak, aku sendiri pun tak tahu homestay semewah ini wujud dekat Ampang ni. Belakang Zoo Negara aje pulak tu. Betul-betul tak sangka ada kawasan kediaman mewah rupanya di jalan belakang Zoo Negara ni.
Apa yang best tentang Taj Villa?
Pertama sekali, of course la dia punya swimming pool! Siapa tak teruja oii melihat air kolam renang yang kebiruan macam ni ha? Jangan kata budak-budak, ni aku yang mak budak ni pun macam nak gila bila tengok kolam.ahaks.
![]() |
Waktu matahari terik jam 2 petang pun di suatu sudut kolam ni teduh tau. |
![]() |
Masa ni baru jam 9.40 pagi. Kami dah pun terjun kolam. ahaks! |
Cukup luas | Nak buat kenduri pun boleh
Ya! Masa bloggers family day itu hari, kami lebih kurang 30 orang blogger tinggal di banglo dengan suasana yang amat selesa. Tak timbul langsung adengan beratur menunggu giliran ke tandas ataupun bilik air.
Aku terfikir juga, kalau adik aku nak kahwin nanti, why not kita berubah dari kebiasaan, kenduri di dewan, kepada kenduri di banglo ini sahaja? Yelah, tujuan asal kita buat kenduri di dewan pun sebab nak tetamu-tetamu kita keselesaan, betul tak?
Kalau buat kenduri kat sini, aku rasa saudara mara kita akan lebih selesa sebab seluruh rumah ni dilengkapi dengan penghawa dingin.
Ya! Seluruh rumah dari tingkat bawah sampai tingkat atas, fully air-conditioned.
Bahagian luar rumah juga luas. Boleh muat sehingga 6 buah kereta dengan sempurna.
![]() |
Parking muat 6 buah kereta sedan sehingga ke gate. |
Ada apa dengan tingkat atas?
Di tingkat atas banglo ini terdapat 3 bilik tidur yang masing-masing mempunyai keluasan yang hampir sama besar dengan ruang tamu rumah kita! Punya la besar bilik tidur dia. Bilik air pula ada dua. Satu bilik air berada di dalam master bedroom, satu lagi bilik air tetamu yang terletak di hujung tangga.
![]() |
Bilik tidur yang teramat luas dengan katil bersaiz king. |
![]() |
Master bedroom dengan attached bathroom |
Keselamatan dan kecemasan
Tingkat atas ni juga mempunyai tiga akses untuk ke balkoni. Yela. Rumah banglo sebesar ini, kalau berlaku kebakaran, jenuhlah nak cari jalan keluar kalau tak disediakan laluan kecemasan. Pintu pertama dan kedua terletak di ruangan "Family Area", manakala pintu ketiga terletak di sebelah bilik air tetamu.
![]() |
Family Area di tingkat atas |
Faktor keselamatan pula, jangan bimbang. Banglo Taj Villa ini dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup, CCTV yang beroperasi 24 jam. Tapi jangan la risau, dalam bilik air tiada CCTV ye ahaks.
![]() |
Bilik air dengan fasiliti setanding hotel mewah |
Kebenaran memasak
Homestay Taj Villa ni mempunyai kelengkapan memasak yang serba cukup. Kalau korang menginap di sini, korang bukan hanya boleh memanaskan makanan, tapi korang boleh memasak lauk semacam nak kenduri pun tau! Nak memanggang-mangang pun boleh sebab sudut BBQ pun ada disediakan di tepi kolam.
![]() |
ha tudia ampaian pun ada disediakan. Perhati elok-elok gambar ni.hihik |
![]() |
Nak buat poolside Barbeque Party pun boleh dekat luar ni |
So, pada aku lah, menginap di homestay ni emang berbaloi. Ianya good for kids, safe and cosy.
Kitaorang semua bukan sahaja happy, malah anak-anak siap merungut taknak balik rumah tahu? Pastu sampai ke hari ini pun mereka masih bertanya, "Bila nak ke rumah yang ada kolam tu lagi ibu?"
Alahai lah anak. Itu kena tunggu ibu cuti lah sayang~ Nanti kita gather lagi ramai-ramai di Taj Villa ini lagi. InsyaAllah.
Bagaimana nak ke Homestay mewah Taj Villa ni?
Address & Contact
Taj Villa,
No 1538,
Jalan Bulbul,
Taman Zooview.
Ampang.
Berikut specific details Taj Villa, Ampang :
Homestay 2 storey bungalow with swimming pool @ Taman Zooview
Upstairs : 3 rooms , 2 bathroom + family area
Downstairs : 1 study room + maid room , 2 bathrooms
* 6 CCTV cameras with infra red light & motion sensor
* 6 air conds
* 1 Wide Plasma TV
* Fagor induction cooker
* BBQ grill
* Solar hot & cool water throughout the house.
* washing machine 13 kgs & dryer
* Wet & Dry Kitchen
• Easy Access to KLCC -- 15 mins to town
• Easy Access to Mont Kiara/Bangsar/ PJ areas -- Duke Highway
Upstairs : 3 rooms , 2 bathroom + family area
Downstairs : 1 study room + maid room , 2 bathrooms
* 6 CCTV cameras with infra red light & motion sensor
* 6 air conds
* 1 Wide Plasma TV
* Fagor induction cooker
* BBQ grill
* Solar hot & cool water throughout the house.
* washing machine 13 kgs & dryer
* Wet & Dry Kitchen
• Easy Access to KLCC -- 15 mins to town
• Easy Access to Mont Kiara/Bangsar/ PJ areas -- Duke Highway
0 Ulasan
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y