AFB FUN DAY Family Gathering | Santai dan seronok!

AFB FUN DAY Family Gathering | Santai dan seronok! | Sepanjang hujung minggu 13 Julai hingga 15 Julai 2018 baruni, AS menghadiri family day anjuran afb.my. Pada mulanya AS yang introvert ini sangatlah nervous nak berjumpa ahli-ahli AFB Network face to face untuk kali pertama. Fuhh! Tapi bila sampai je kat tempat gathering, iaitu banglo Taj Villa, aku yang introvert berubah jadi extrovert tiba-tiba ahaks. Diorang ni memang mesra semuanya dah macam family.

Selamat la aku. Tak perlu nak melalui saat-saat awkward untuk pertemuan kami untuk kali pertama ni. Pheww~

afb fun day blogger gathering


Kita orang loading barang seawal jam 6.30 pagi. Tapi toteh-toteh-toteh, sedar-sedar jam 8.15 baru tayar bergolek dari Perak menuju ke selatan ahaks! Dengan berbekalkan sarapan pagi Cheesy Sausage Roll, harapnya boleh sprint terus ke KL la hendaknya haha.

afb fun day


AS sekeluarga sampai Taj Villa, Ampang sekitar jam 12.45 tengah hari dan terus cari masjid yang terdekat untuk Incik Asben solat Jumaat. Bila dicari melalui aplikasi Waze, luckily kami jumpa Masjid Al-Iman di area Kemensah Heights yang cuma 5 minit saja dari Taj Villa. 

Sementara nak tunggu Incik Asben solat Jumaat, AS anak beranak lepak jap kat 1Cafe seberang jalan je dengan masjid. Dan tak sangka rupanya beberapa orang crew blogger AFB Network pun turut berada di sana! 

Direction to 1Cafe : https://goo.gl/QhP7ta

Haha good job Waze! Direction kau telah membawa kami bertemu family irrayyan.com, papaglamz.com, myafarisha.com, sayidahnapisah.com dan myarosli.com.


AS order nasi putih dengan lauk Daging Masak Pedas, sayur Kailan Goreng Ikan Masin. Sedap! Kena lah dengan lidah AS yang berdarah Thailand ni. Anak-anak pun okey je makan, tak la terlampau pedas macam sesetengah gerai makanan ala Thai yang lain.

Ohh lupa.. Kalau korang nak lepak-lepak di 1Cafe, korang boleh datang seawal jam 8 pagi untuk menikmati sarapan pagi, dan menu ala Carte hingga jam 10 malam. Jangan lupa cuba menu special roti Titab dan Sup Al-Deen Dorai, signature eksklusif hanya dari 1Cafe.

Selesai sang suami-suami bersolat, kami crew-crew AFB berjujuk-jujuk 3 buah kereta menuju ke Taj Villa. AS yang baru sampai dari Perak memang ambil peluang menguruskan diri dan anak-anak lah.

While crew yang lain, sibuk dengan persiapan untuk aktiviti malam nanti, iaitu Poolside BBQ Party..bhahaha. Okey,tipu. Itu memang aku saja je memandai bagi nama.

Suami-suami blogger volunteer menyediakan BBQ kitaorang malam tu



Actually BBQ ni adalah malam pertama kami tiba di #TajVilla sempena #AFBfunDay by @afb.my . Sesi ice breaking kitorang malam tu tak sampai 5 minit pun! Sepantas kilat semua "ice" yang beku tu melting ting ting ting! merge jadi SATU. . Padahal ini my first meet up dengan crew-crew #AFBdotmy tau, tapi MESRA nya tu macam dah kenal lama!! . #weAreFamily . EVENT : #AFBfunDay ORGANIZER : @afb.my VENUE : #TajVilla , Zooview Ampang. . . 💟 Happy together : @irrayyandotcom @shamieraosment @myatika @zatiesuhaide @papaglamz @myaroslidotcom @enyabdullah83 @nshahira88 @sayidahlurvechoc @eintan_nurfuzie @akin.assufi @arzmoha @wayne_harraz @ematunz @iam.fuzy @annursyuhadah81 . #AFBgathering #AFBdotmy #NeverWalkAlone #mommyblogger #parentingblogger #malaysianblogger #BloggerNumber1Malaysia #bloggermy #lifestyleblogger #lifestyleparentingblogger #malaysiaparentingblogger #poolsideparty #poolsideBBQ #poolParty #FamilyDay #UnforgettableMoment #annursyuhadahdotcom
A post shared by Malaysian Mommy Blogger (@annursyuhadah81) on


Sambil-sambil ber-BBQ, sambil-sambil berkenalan. ahaks. Dalam group mungkin dah pong-pang-pong-pang dah berbual, tapi face-to-face? #sispemalu hokey haha. Malam tu juga kami ada sesi tukar-tukar hadiah. 

Untuk menentukan hadiah kitorang pakai sistem cabutan, dan aku cabut dapat nombor 1. Bila check balik, hadiah berlabel nombor 1 takde. huwaa~

Masa tu kemain lagi diorang membahan aku, 
"Eh.. orang lain sibuk buka hadiah, dia sorang je takde hadiah"  kwangkwangkwang

Cis! Pokchik Mya la jadi kepala membahan. ahaks. Aku okey je dibahan. Aku sejenis kalis sentap.
Apa sentap-sentap? Tak cool okey!

Lagipun bahan-membahan tu kan boleh memupuk lagi kemesraan. Tak gitu?


Nak story semua pun, rasanya 4 muka surat pun tak cukup hahaha. Apakata kita layan je video ni. AS dah summarize semua aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam kami di Taj Villa ke dalam sebuah video ringkas. Ampunkan kualiti video ku yang sangat amateur ini.

Jom. Layanzz!





Begitulah sedikit sebanyak bingkisan VT yang sempat kami rakamkan sepanjang event berlangsung. Kami memang sengaja untuk tidak memuat naik apa-apa media semasa AFB Fun Day berlangsung. Fun Day kan?! Haruslah have fun!

Kalau asyik sibuk update socmed sesaja sepanjang masa, di mana nak "FUN" nya tu?

Okey. Last but not least, AS nak ucapkan terima kasih kepada pengetua kami di AFB, iaitu Mommy Irra, kerana sudi accept AS dalam blogger network AFB.my ni. Dari pageview cuma ratus-ratus je, kini dah pun hampir 100K pageviews sebulan. Memang gempak! gila penangan sistem Auto Feed dari AFB ni.

Sebelum pulang, kami semua dapat goodies tau! Macam-macam hado. Terima kasih pada penaja goodie bag iaitu myagraphic dan Mawar Assufi.

Antara isi dalam goodie bag. Thanks Mya and Kin


Harap umur panjang dan diberi kesempatan bertemu lagi family-family AFB yang aku sayang! Thanks dan tahniah korang! Berjaya trigger si introvert ini menjadi extrovert. Aura korang memang positif habis! Muuahh!

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. tak sabar nk tunggu next gathering hehe

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.