Baby Hawraa ditahan wad kerana masalah PNEUMOTHORAX

pneumothorax pneumotoraks
Baby Hawraa ditahan wad kerana masalah PNEUMOTHORAX

Pengalaman aku bersalin anak yang ketiga ni memang betul-betul menguji kesabaran aku terhadap anggota kesihatan. Aku tak kata anggota kesihatan secara kolektif, tapi lebih spesisfik terhadap anggota kesihatan suite bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, (HRPB) Ipoh. Jom ikuti rentetan bagaimana baby Hawraa ditahan wad kerana masalah Penumothorax selama 7 hari di Wad Pediatric 6C.

bayi tertelan najis dalam perut pneumotoraks pneumothorax, bayi berak dalam perut, telan mekonium
Hawraa diberikan bantuan oksigen kerana masalah pneumothorax

Turun tanda 

Sebenarnya pada jam 11.45 malam 28 Februari 2018, AS dah pun turun air ketuban. Masa tu usia kandungan AS dah pun 38w5d. Memang barang-barang dah pun standby siap dalam boot kereta. So, sebaik sahaja AS sedar ada turun air, AS terus bersiap dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat untuk ke hospital.

Sampai je di hospital, AS terus check in ke section triage unit bersalin hospital tersebut. Staf triage pun memeriksa laluan peranakan dan memacang alat CTG ke perut aku. 

"Ohh, baru 1 cm. Ini pecah ketuban awal ni. Bukan nak bersalin lagi.." ujar seorang staf berpangkat sister.

Usai graf CTG obtained, akhirnya doktor yang incharged decided AS boleh dihantar ke wad Maternity dahulu sehingga bukaan jalan terbuka sampai 5cm.


Kontraksi pertama mula dirasai pada jam 3.40 pagi

Malam tu, AS langsung tak lena tidur. Mulut ni tak berhenti mengunyah. Bukan kerana perut lapar, tapi sebab nervous tak tentu hala. huhu. Start jam 3.40 pagi, AS dah mula rasa kontraksi pertama. Kuat! Tapi tak lama, cuma dalam 30 saat gitu ja. Lepastu dia hilang.

Dalam jarak sejam gitu, sakit tu datang lagi, dan lagi sampai la jam 7 pagi, kontraksi tu dah semakin kerap berlaku iaitu setiap 20 minit. Masa midwife datang buat IE/VE pagi tu, dikatakan jalan dah buka 3cm.

Tanpa sempat unit sajian menghantar sarapan ke bilik AS, AS dah pun dipindahkan ke bilik ABC. Bilik ABC ni bilik menunggu queue masuk labor room la. Sebelah menyebelah je pun dengan labor room.


Tak sempat makan sarapan

Dekat ABC tu, aku roger la incik asben, minta bawakan breakfast ke sini. Dia memang ada menunggu di luar katanya, bersama nasi lemak, dan teh tarik. So aku minta dia pass makanan tu kat staf ABC, as bilik ni tak dibenarkan waris menunggu.

Mungkin dah takdir barangkali. Sesampai nya makanan kat katil aku, aku dah terlalu sakit untuk makan. Nak menelan air liur pun aku dah tak mampu. Sakitnya tu non stop, tanpa rest. Allahu~  apa maksud pneumothorax

Masa tu hanya mampu membisikkan istighfar saja di mulut. Sesekali nafas aku tersekat, sebak! Diasak oleh kesakitan yang teramat-sangat. Biarpun perit tapi AS tahan daripada mengeluarkan sikit pun suara.

Ma Abah berkali-kali pesan. 

"Jangan mengerang, jangan berdengus. Masa sakit tu adalah special untuk kaum ibu sahaja. Itulah peluang untuk kamu memohon ampun dan menghapus dosa-dosa kamu" kata Abah.

"Jangan putus dari mengingati Allah. Wiridkan di mulut tu doa nabi Yunus~ La ila hailla anta, subha naka inni kuntu minaz zolimin.." pesan Ma.



Risau dengan cerita "buruk" tentang servis di general hospital

Tapi sejujurnya, faktor lain yang membuatkan aku langsung tak melalak adalah, aku paling takut untuk berkelakuan annoying bila di hospital. Sebab pengalaman aku selaku staf medikal kat GH di Kangar dulu, aku memang malas nak layan customer or patient yang mengada-ngada. Tapi terpaksa juga di layan, malangnya dengan hati tak ikhlas la~huhu. 

So, bila sekarang ni aku pulak berada di tempat patient, seboleh-bolehnya aku nak elak la daripada "dibenci" oleh staf yang bertugas tu.

Aku takut sungguh kalau-kalau aku mendapat layanan negatif sekiranya aku berkelakuan annoying.

Tolonglah~ Aku nak bersalin. Aku perlukan servis korang. Please be nice to me. Sambil-sambil tu, tak putus aku berdoa dalam hati agar aku dapat staf yang nice-nice belaka.


Rezeki mudah bersalin

Alhamdulillah,with 2 pushes I safely deliver this angel into the world! Couldn't ask for easier delivery. Rezeki aku beranakkan anak ketiga ni duration nya pendek sangat dan mudah. Macam licin meluncur je baby keluar.

Cuma aku sedikit kesal sebab masa aku tak tahan nak push tu, tiada seorang pun staf yang standby dalam Room 4, bilik suite bersalin yang aku ditempatkan pada masa itu. semua staf sibuk berkerumun suite 3 yang katanya patient tu mengalami komplikasi kelahiran yang teruk dan memerlukan bantuan vakum. 

Doktor yang datang tu pun hanya kebetulan nak basuh tangan je selepas selesai menyambut kelahiran patient bilik sebelah. Aku yang memang dari tadi dah tak tahan gila-gila dah nak push ni pun, terus cakap kat doktor ringkas,

       tertelan mekonium  "Saya nak push doktor!"

              bayi tertelan najis  "Baby, baby! Wait for me!" gelabah doktor tu.

Pantas dia berlari dari sinki meluru ke arah aku dan terus menampan baby yang seketul keluar tu daripada menggelongsor jatuh ke lantai. Gloves pun dia tak sempat nak sarung. Masa mula-mula baby keluar tu pun aku dah perasan badan baby Hawraa penuh berlumur najis.

Biarpun dia lahir-lahir je terus menangis, tapi dalam hati aku tetap berdoa agar anak aku ok-ok sahaja. Siapa tak bimbang oi bila tengok anak kau lahir diselaputi mekonium gitu oi.

Tak lama lepas tu, doktor yang sepatutnya incharge room 4 pun masuk. Ikutkan hati nak aje aku mention nama dia kat sini. Tapi iaman dalam hati kata ~ Jangannnn.

Korang bayangkanlah. Mula-mula dia introduce diri dia, kata dia incharge bilik 4, kemain lagi dia berjanji  dalam 10 minit lagi dia nak datang tolong pecahkan ketuban. Last-last, masa dia datang tengok aku dah selamat pun deliver! Grrr.

Haihz. Membara je. Rasa nak je hantar kuiri kepada pengarah hospital pasal ni. Ada ke patut diorang tinggalkan aku berseorangan sedangkan diorang semua dah sedia maklum jalan dah buka seluas 9cm. Anytime je akan bersalin.


Frust dengan sikap sesetengah staf labor room

Bermula dari jam 7.30 pagi aku di transfer masuk labor room hingga lah aku deliver Hawraa 2 jam berikutnya pada jam 9.15 pagi. Aku request untuk panggil suami aku supaya masuk teman aku, diorang buat tak layan je. Memang frust. Alasan diorang, suami aku tak boleh masuk lagi sebab pakar tengah round. Wadehey?! apa maksud pneumotoraks

Apa masalahnya kalau suami aku masuk awal-awal pun. Bilik individual kot. Bukannya labor room jenis cubical-cubical gitu. Dulu masa bersalinkan Nufael 3 tahun lepas pun, aku bersalin di hospital ini jugak.

Pulak tu, di bilik yang sama, bilik 4 jugak pun. Takde masalah pun suami aku stay sampai 4 jam kat sisi aku ni ha. Cuma diorang pesan once dah masuk, suami dah tak boleh keluar-masuk, keluar-masuk dah, atas faktor privasi pesakit.


Kerisauan aku menjadi kenyataan | Baby tertelan mekonium

Biarpun aku dikurniakan rezeki mudah bersalin, tapi ditakdirkan pula baby Hawraa dah pun berak dalam perut. Inilah ujian namanya. Padahal baby tak menunjukkan sebarang tanda fetal distress pun masa dalam perut tapi siapa tahu, rupanya dia dah pun berak dalam perut dan tertelan air ketuban yang mengandungi mekonium. apa maksud PNEUMOTHORAX

Mekonium ni adalah najis warna hijau gelap yang dihasilkan oleh saluran gastro-intestine fetus sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Teksturnya pekat dan melekit macam candu (tar). 

Normally mekonium ni stay dalam usus sampailah baby lahir. Bila baby lahir, barulah baby akan keluarkan mekonium ni (selalu orang panggil tahi gagak) dalam 3 ke 5 hari gitu lah. Pastu baru baby akan start poo-poo normal yang kaler kekuningan tu.


Sindrom pneumothorax

Kes bayi tertelan najis ni bukan benda baru. Tapi biasanya ia berlaku pada baby yang distres, ataupun untuk orang yang dah over due dan alami proses bersalin yang panjang. Tapi dalam kes baby Hawraa, aku lahirkan dia hanya dengan 2 kali teran sahaja.

Teran first, kepala baby terus keluar sampai had leher. Kali kedua teran sekadar nak bagi lepas bahu baby je. Tak sampai pun 5 minit.

Doktor kata, benda ni boleh terjadi kalau masa mengandung tu, ibu ada masalah uri yang menyebabkan baby kekurangan oksigen. Tapi dalam kes Hawraa, doktor kata it's just happened je tanpa apa-apa sebab tertentu.

Tapi instinc aku kuat mengatakan sebenarnya memang baby Hawraa dah TERLAMBAT dilahirkan!

Bayangkan lah, aku sakit kuat sekitar jam 8.45 AM lagi. Tapi disebabkan there's no one around, aku tak berani nak push sorang-sorang. Sampai lah aku rasa tak tahan sangat aku gagahkan diri menjerit panggil doktor. Tapi suara aku tak keluar, macam tersekat di kerongkong.

Mujur ada seorang doktor datang menggunakan sinki di bilik aku, terus aku push.huu~



Apa berlaku bila bayi dah berak dalam perut

Kalau ikut pada penerangan doktor, bila mekonium terbebas dalam air ketuban, fetus akan menyedut dan menelan air ketuban yang dah tercemar ni masuk ke dalam paru-parunya. Dalam keadaan normal memang semulajadi fetus akan menelan air ketuban dan mengeluarkan semula.

Tapi, masalah akan timbul bila air ketuban yang dah bercampur mekonium ni ditelan, ia akan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas bayi dilahirkan.
bayi tertelan najis


Tak sempat skin-to-skin dengan baby

Tak sempat ibu nak skin to skin dengan baby, tiba-tiba team doktor pediatrik terus tapaw baby Hawraa masuk ke bilik rawatan. Tak tahulah apa dibuatnya. Maybe diorang sedut mulut, hidung dan dalam tekak baby Hawraa lah kot.

Yelah, sebab kan baby dah telan mekonium. So maybe la diorang akan cuba keluarkan balik mekonium yang ada dalam mulut dan tekak baby.

Masa tu datang seorang nurse bagitahu aku yang baby Hawraa terpaksa ditahan dulu, sebab paeds tengah bagi bantuan pernafasan dan pantau keadaan baby Hawraa.

Allahu, dengar-dengar je tu, aku dah stress dah. Tak keruan rasanya dalam dada ni, sampaikan tak sedar yang rupanya aku dah siap dijahit.


Paeds discharge Hawraa dan kami di tranfer ke wad

Alhamdulillah lepas 6 jam aku dan Hawraa stranded dekat labor room tu, akhirnya kami berdua di bawa naik ke wad. Leganya ibu. Di wad ni barulah ibu dapat berehat.

Tapi semua tu hanya sementara sahaja. dalam pukul 4 kami naik ke wad, pastu sekitar 4.40 gitu baby Hawraa terjaga dari tidur dan menangis minta menyusu. Masa dia menangis tu, tiba-tiba seluruh muka dia turned to purple dan sangkar dada nya berombak laju. Dalam sekelip mata, suara tangisan Hawraa semakin tenggelam dan hilang.

Aku pun apa lagi, sekali lagi aku melalak,  bayi tertelan mekonium "Nurse! nurse! Tengok anak saya ni. Nurse!"
Sambil menekan butang emergency kat tepi kepala katil tu.

Dan yang datang tu bukan nurse, tapi seorang sister. Sister tu terus ambil baby Hawraa dan refer ke bilik rawatan untuk bantuan pernafasan. Allah! Masa tu tak tau nak cakap lah. Perasaan nak menangis tu memang tak tertahan-tahan lagi dah. Tapi sedaya upaya juga aku menahannya, sebab aku sedang dalam pantang.


Hawraa di refer terus ke wad pediatrik

Dalam 30 minit juga la aku menantikan jawapan tentang status anak aku. Akhirnya datang sister tadi memaklumkan aku yang baby dihantar ke wad 6C. So aku dinasihatkan agar memerah susu badan dan menghantar stok susu perahan ke sana.

Malam tu, lepas maghrib aku ajak suami aku naik ke wad 6C untuk berjumpa Hawraa. Kebetulan masa naik tu, ada doktor yang sedang buat ward round. Aku terus bertanyakan tentang status baby Hawraa.


Pneumotoraks dan kongenital pneumonia

Komplikasi akibat dari tertelan mekonium tu salah satunya adalah masalah pneumothorax. Disebabkan mekonium yang bercampur air ketuban telah menyebabkan saluran pernafasan baby Hawraa tersumbat, so lungs dik Hawraa jadi terlebih mengemabang sehingga menyebabkan paru-paru bocor.
apa maksud pneumotoraks


Udara dari paru-paru yang bocor tu akan memenuhi ruangan antara paru-paru (pleural space) lalu menghimpit paru-paru menyebabkan nafas baby pendek-pendek dan susah nak bernafas.

Kongenital pneumonia pun berlaku berpunca dari kehadiran mekonium di dalam saluran pernafasan jugak. Biarpun secara teknikalnya mekonium ni steril, yakni bebas kuman, tapi ia tetap boleh menyebabkan jangkitan paru-paru bila ianya berada di dalam salur pernafasan.


Rawatan kepada pneumothorax dan congenital pneumonia

Pneumothorax
Bagi kes yang serius, rawatan melibatkan pembedahan "tebuk paru-paru" terpaksa dijalankan bagi mengeluarkan "udara sesat" tersebut. Syukurlah dik Hawraa tak perlu menjalani prosedur pembedahan tu. Sebab hasil dari analisa imej x-ray dada dik Hawraa menunjukkan saiz "udara sesat" tu mengecil secara progressif.

Congenital pneumonia
Alhamdulillah. Hari ke-5, bantuan oksigen dik Hawraa dah boleh off. Adek pun nampak very comfortable je bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Cuma doktor tak boleh lepaskan kami balik rumah lagi sebab rejimen IV antibiotik (untuk merawat pneumonia) adek belum complete.


Finally. Yeay!

Good news! Very da good news weyyh! Genap hari ke tujuh, baby Hawraa discharged tanpa sebarang temujanji susulan pun. Maknanya pakar pediatric berpuas hati dah dengan tahap kesihatan sistem pernafasan Hawraa tatkala dia mengeluarkan discharge note tu.

Pheww~ segala puji hanya bagi Allah. apa maksud pneumotoraks


Baby Hawraa sekarang dah 4 bulan. To be precise 127 hari dah bernafas di atas muka bumi Allah ini selaku khalifah.

apa maksud pneumotoraks


#throwbackThursday

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Alhamdulillah.. comel.. semoga sentiasa sihat..

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.