Doa Bayi Menangis - Doa Bayi Sawan Tangis | Memang buntu kalau anak kita sering menangis, tanpa sebarang sebab yang jelas. Abah Syu pernah mengajar Syu beberapa doa yang boleh diamalkan untuk bayi. Walau sebenarnya ia tidak spesifik untuk merawat masalah bayi menangis, tapi percayalah, selagi ianya ayat Al-Quran, pasti mampu menjadi penawar kepada apa jua masalah kita.
Doa bayi menangis #1
Biasanya bayi tidak menangis tanpa sebab. Mereka akan menangis sama ada lapar, sakit, atau pun terlampau mengantuk.
Jika mommies yakin yang baby dah kenyang dan tidak sakit di mana-mana. Maka mommies boleh cuba bacakan doa berikut bagi menenangkan bayi supaya mudah untuk dia tidur:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
"Allahumma gharotin nujum, wa hadaatil 'uyuum, wa anta hayyu qayyu mu ya hayyu, ya qayyum, anim 'ainai ya wa ah di laili"
Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.
Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi bayi semasa membaca doa ini dan tiup kedua-dua belah matanya selepas selesai berdoa.
cara menenangkan bayi menangis dalam islamDoa bayi menangis #2
Ada juga bayi yang pada siangnya dia berkelakuan baik dan tenang. Namun bila tiba waktu maghrib dan ke atas, dia mula menangis dan mengamuk.
Dari pengalaman Syu, semasa Nufael masih bayi dulu, dia kerap menangis bila hendak masuk waktu maghrib (sekitar jam 6.40 petang) dan membawa hingga ke waktu isyak. Mujurlah Atok nya Nufael ini orang yang berilmu juga.
Macam Syu kata tadi lah, baby takkan menangis tanpa sebab. Barangkali dia terganggu dengan 'gurauan' makhluk-makhluk halus yang berada di sekitarnya.doa anak yang menangis diganggu syaitan
So kalau anak menangis malam tanpa sebab, boleh cuba ikut cara Atoknya Nufael ini. Atok dia membacakan ayat al-Quran dan diikuti dengan doa-doa yang menjauhkan gangguan jin dan syaitan ke atas Nufael berkali-kali sehingga dia terlelap sendiri di atas kendongan.
Ayat Al-Quran yang Atok nya baca adalah:
- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Baqarah ayat 255 (ayatul Kursi)
- Surah Al-Ikhlas (..qulhuwallahu ahad)
- Surah Al-Falaq (..qul a'uzu birobbil falaq)
- Surah Al-Nas (..qul a'uzu birobbin nas)
Dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW memohon perlindungan untuk cucu baginda Hasan dan Husain, (lalu baginda membaca) :
أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
"U 'ii dzukuma bikalimaa til laa hit taammati min kulli syaithoonin wahammah, Wa min kulli 'ainin lammah"
Untuk Syu, memang boleh terus bacakan lafaz doa ni tanpa pengubahsuaian sebab aku ada dua orang anak lelaki, Naufal dan Nufael.
So aku boleh je sebut "u 'ii dzukuma", merujuk kepada 2 orang. Tapi kalau kalian nak tujukan spesifik kepada seorang anak lelaki, kalian perlu baca "u 'ii dzuka".
Dan begitulah juga kalau nak tujukan pada seorang anak perempuan, kena baca "u 'ii dzukii" ok faham ye.
Doa untuk menjauhkan anak dari gangguan jin dan syaitan
Ayat ni sebenarnya ada dalam Al-quran. Kalian boleh rujuk surah Al-Mukminun, ayat 97 hingga ayat 98. Doa ni boleh membantu menghalau syaitan yang mengganggu anak kita tu jauh-jauh.Disamping itu boleh juga bacakan ayat Qursi dan surah 3 Qul, (al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas) dan tiupkan pada telinga kiri dan kanan anak serta hembus juga pada ubun-ubun diorang.
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
"Robbi a'u dzubika min hamazatisy syayaa thin. Wa a'u dzubika robbi aiy yah dhuruun"
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan dan aku berlindung kepadamu wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak datang menghampiriku"
Selain itu, mommies juga boleh membaca doa berikut [1] ke atas air sebanyak 3 kali lalu dipercik atau disapukan pada wajah bayi yang menangis tersebut. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah, no-3523
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ، اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
"Bismilla hi arqi ka, min kulli syai in yuk dzika, min syarri kulli naf sin au 'ainin, au ha sidil lahu yash fii ka, bismillahi ar qi ka."Maksudnya : Dengan nama Allah aku menjampimu (meruqyahmu) daripada segala yang mengganggumu dan daripada segala kejahatan setiap jiwa, atau dari mata yang dengki, Allah yang menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku menjampimu dengan ruqyah. (ulang doa ini 3x)
Doa bayi menangis #3
Untuk sesetengah bayi, mereka menangis hanya disebabkan perkara-perkara kecil sahaja namun tangisan itu melarat-larat hingga tahap mengamuk dan histeria. Orang kampung aku menggelarnya sebagai sawan tangis.Namun dalam bahasa moden, ianya dikenali sebagai tantrum. Bacakan doa berikut ketika anak sedang dalam keadaan tantrum lalu tiupkan pada ubun-ubun mereka.
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksunya: “Dengan menyebut nama Allah, zat yang dengan nama-Nya, tidak akan boleh membahayakan apapun yang ada di bumi dan langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Selain itu, untuk melembutkan hati dan menenangkan bayi yang menangis kerana tantrum, mommies boleh juga membacakan surah Al-Insyirah kepada bayi berkali-kali, mudah-mudahan hatinya menjadi sejuk dan lembut.
Tapi andai kata mommies betul-betul dah buntu, boleh je download ayat al-quran untuk bayi menangis dari internet, atau stream online je surah surah untuk bayi tidur lena seperti
surah taha ayat 1-5 atau ayat kursi melalui youtube.
[1] sumber dari web portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
petua anak kuat menangis,cara tenangkan bayi menangis,anak selalu menangis,bayi kuat menangis cerdik
2 Ulasan
info yang bagus, walaupun akak dah x ada baby lagi, semua anak dah besar2... tapi berguna info ni untuk ibu2 muda....
BalasPadamGood sharing dulu masa Syafi kecik kuat mangos sampai x tau nak buat apa dah
BalasPadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y