CC Cream Hansaegee Nature - Kosmetik yang Mempunyai Manfaat Skincare dan UV Protect | CC cream boleh dikatakan generasi baru kepada BB cream lah kan? Ke tak? hahaha suka hati je buat teori sendiri haha.
Syu memang noob pun bab-bab make up ni sebenarnya. Dari zaman anak dara, Syu memang seorang yang kurang ciri-ciri 'ladies' tu okay. Alat-alat make up tak pandang, handbag pun tak pernah ada, heels? Ergh lagi tak lah! Tiada keinginan pun.
Syu sehingga zaman Uni pun masih lagi terbawa-bawa personaliti 'tomboy' dari zaman kanak-kanak dulu.
Till now, Syu dah jadi mak anak tiga pun, jiwa Syu masih lagi tak berapa tuned dengan make up, jewelries, handbags and all those girly thing, Syu memang tak pandai. Untung laa Incik Suami aku. haha selamat poket dia.ahaks
Okey kembali kepada cerita CC Cream. Bulan lepas ada seorang rakan perkenalkan Syu dengan satu skincare dari Korea, brand Hansaegee Nature. Katanya produk Hansaegee Nature memang terbaik.
Well Syu sejenis manusia berotak Unggu/Merah, di mana dari segi personalitinya, orang spesis otak merah ni susah nak percaya cakap orang selagi tiada bukti.
Tidak seperti orang berotak hijau, yang biasanya setuju sahaja tanpa banyak tanya. Geng MLM suka sangat lah cari spesies otak hijau ni haha. Senang nak 'jual' katanya. ahaks.
Jadi Syu takkan terus percaya selagi Syu tak nampak sendiri hasilnya. And sekarang Syu dah guna CC Cream Hansaegee ni dalam sebulan gitu dah, dan ada beberapa kesan yang Syu nak share dengan anda semua.
Jom tengok apa ulasan tentang CC Cream made in Korea ni. Jom!
Value for money
Satu tiub CC Cream ni boleh tahan not less than 3 months I bet. Sebab apa tau? Syu guna setiap hari lebih kurang tiga kali, lepas cuci mekap untuk berwuduk, Syu akan re-apply krim ni kat muka dan guess what?
Sekarang dah sebulan pakai masih ada banyak lagi isi krim ni. Jadi Syu congak-congak, nak masuk bulan Februari tahun depan baru Syu perlu shopping balik kat hansaegee.com
Merawat kulit kering
Percaya atau tak, Hansaegee S+recover Gold Nano CC Cream ni sebenarnya membantu kurangkan masalah kulit kering dan garis-garis halus.
Syu ni memang banyak garis halus bawah mata. Orang pun selalu kata Syu ni nampak matang dari usia.
Eleh padahal nak cakap aku ni nampak tua kan. Berlapik la konon bila guna perkataan "matang" ahaks.
Dalam sebulan ni Syu konsisten pakai CC Cream pergi kerja, dan Syu perasan kulit muka dah kurang mengelupas dah.
Warna kulit pun dah makin cerah sekata. Ohh~ Adakah ini kerana hormon wanita pada usia 30an sangat optimum menjadikan kulit aku cantik?? hahahha cantik ke?!
Naik seri wajah
Wahh tak tahan ayat! Naik seri wajah tohh! hikhik. Orang sekarang dah tak sebut seri-seri ni lagi dah. Diorang semua sebut glowing, translucent, shining..ha apa lagi? Glow in the dark boleh? haha
Syu tak nafikan ada sesetengah kosmetik yang ada campur-palsu dengan bahan terlarang, dan dapat menghasilkan kesan dalam tempoh yang singkat dan ketara.
Well, kulit aku tidak lah nampak ketara sangat perubahannya. Kalau snap gambar yang closed up, memang nampak je parut-parut jerawat I tu.
Cuma ada yang tegur, muka Syu nampak lebih fresh, lebih pink. Nampak macam orang yang sangat cergas dan sihat gittew. So kau nak kata sebelum ni muka aku nampak macam mayat lah? hmmm
Ada satu ciri krim ni Syu tak suka!
Dalam banyak-banyak benefit, ada satu ciri ni yang boleh jadi benefit dan satu side lagi ia boleh jadi kekurangan juga. Ya. Sifat dia yang light dan mudah ditanggalkan tu, bagi aku memang lahh bagus.
Tapi bila tiba masa kita 'cuti' solat, rasa macam "I wish CC cream ni tahan lebih lama pada muka'' ahaks.
Malas kot nak re-apply krim kat muka!
Bersiap lebih cepat
Syu bersiap dan bermekap nak pergi kerja pagi-pagi tak memakan masa yang lama pun menggunakan CC cream ni. Sapu CC cream je dah cukup. Syu yang malas mekap pun sekarang dah rajin mekap pergi kerja. Sebab senang.
Ajak colleague terjebak sama
Ahaks. Well Syu memang dah di cop "pengaruh rakan sebaya" kat tempat kerja ahaks. Ramai yang terpengaruh dengan CC cream Korea ni wey. Tak sangka hakak-hakak yang nak dekat pencen pun berminat dengan K-Beauty!
Itu baru Syu "kecek" sikit je tu. Kalau Syu promote gila kaw-kaw, agaknya boleh buat bisnes sampingan jual krim lah Syu kat ofis lepas ni jawabnya hikhik.
Diorang suka sebab muka nampak smooth. Hakak-hakak yang jenis liang pori besar pun boleh nampak licin je muka. Paling diorang suka, jeragat/pigmentasi kulit diorang tertutup dengan CC Cream ni.
Diorang suka sebab muka nampak smooth. Hakak-hakak yang jenis liang pori besar pun boleh nampak licin je muka. Paling diorang suka, jeragat/pigmentasi kulit diorang tertutup dengan CC Cream ni.
Wraping up
Secara keseluruhan Syu boleh rumuskan yang CC Cream dari Hansagee Nature ini tidak lah mengecewakan. Out of 5 star, Syu bagi 4.5 star.
Ok lah. Sebelum Syu akhiri entri kali ni, apa kata layan jap se round makcik bawah ni duk membebel pasal CC Cream Hansaegee Nature. Makcikkk..makcikkk hahaha
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Ramai nd tengok guna cc cream hansagee ni.. Ni yang terpengaruh nak beli ni.. Sebab nampak lerbezaan dia lepas pakai..
ReplyDeleteWah bestnya boleh merawat sekali kulit Kita ni ye
ReplyDeleteWah, menarik produknya...
ReplyDeleteTeruja pula dengan cc cream hansagee. Before this tak pernah apple cc cream, apa function pun tak pernah ambil tahu. Hee~
ReplyDeleteWalaupun nampak tube kecik tapi tahan tiga bulan tu yang kita nak. sebab woth ot kalau beli kan .Civerage pun cantik je
ReplyDeleteBest jugak nampaknya ni.. Biasa guna bb cream je
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com