7 Perkara Mengenai Penyusuan Susu Ibu Yang Wajib Ibu Tahu

12/14/2018
Setiap kali mamy menyebut perkataan "menyusukan", mesti dalam kepala setiap orang mempunyai beberapa pandangan mengenainya. Ye, memang kita selalu ditamukan dengan info tentang bagaimana breastfeeding itu sangat bermanfaat untuk baby, and it definitely is. Tapi nak melaksanakan breastfeeding ni bukanlah tugas yang mudah. Ianya mengambil masa untuk mempelajari dan memahaminya.

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby


Berikut adalah 10 perkara yang new mamy mungkin nak tahu tentang menyusu sebelum mamy bersalin. Harapnya coretan ini berguna untuk anda juga tatkala perlu menempuh stressful days dalam fasa-fasa awal menjadi ibu.


1. Bila susu badan akan mula dihasilkan?

Untuk beberapa hari pertama selepas bersalin, badan mamy akan mula menghasilkan kolostrum, juga dikenali sebagai "pre-milk" atau "susu awal". Colostrum kaya dengan nutrien dan antibodi, dan mengandungi sejumlah besar antibodi yang tidak terdapat dalam susu formula.

Sifat fizikal kolostrum biasanya berwarna kuning dan likat. Badan mamy hanya menghasilkan sedikit kolostrum, tapi jangan risau! Ianya amat pekat dan dan sangat berkhasiat.

Dalam masa 2 hingga 4 hari, payudara mamy akan mula berasa lebih penuh, lebih firm, dan berat. Ini bermakna susu ibu (literally susu ibu yang lebih watery and thin tu) telah mula terhasil untuk menggantikan kolostrum.

Jadi, seawal hari pertama baby lahir, mamy please jangan kalut pi top up dengan susu formula dengan beranggapan baby tak cukup susu. Sebenarnnya 1 - 3 ml kolostrum dah cukup mengenyangkan baby pada hari pertama kehidupannya.



2. Perasaan ibu yang breastfeeding

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Sesetengah ibu menggambarkan breastfeeding sebagai detik magical bonding dengan baby. Perasaan nyaman dan tenang itu mengalir bersama titisan emas terus ke perut baby. Tapi ada juga ibu-ibu lain, perasaannya tak senidah itu. Menyusuakan anak tu bagi dia seolah-olah sebuah penyiksaan, azab dan pedih!

Bayangkan ketika dalam pantang, mamy perlus susukan baby 8-12 kali sehari dengan nipple crack akibat lekapan yang salah. Bila salah teknik, breastfeeding journey mamy sudah tentu akan menyiksakan. 

Well, breastfeeding is a roller-coaster journey I can tell. And you should not beat yourself up for not being able to produce enough milk or breastfeed for long (sehingga anak 2 tahun). Breastfeeding journey bagi setiap ibu itu tak sama hokey?



3. Permulaan yang kekok? Itu normal.

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Breastfeeding isn't as simple as "baby plus nipple”, dan tiada siapa pun yang terus-terus je expert dalam menyusukan baby untuk kali pertama. It takes practice, adjustment, patience!

Mamy dan baby perlu berusaha bersama-sama bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara penuh.

Breastfeeding ni macam nak ambil ujian nak dapat lesen memandu lah jugak. Gali ilmu banyak-banyak, belajar and keep yourself informed about breastfeeding knowledge sehingga lah the time you giving birth. Ha bila hari first baby lahir dekat hospital itulah UJIAN YANG SEBENARNYA. Pastu, kalau mamy passed the test pun, still kena ambil masa nak mahir juga kan?

Ke orang baru dapat lesen, terus boleh drive kereta F1? haha



4. Rawatan untuk cracked nipples


breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Breastfeeding can be painful kalau baby tak pandai melekap (latch) dengan betul atau mamy sendiri tak dapat postur menyusu yang tepat. Gagal breasfeed ikut teknik yang betul akibatnya adalah sakit! Nipple boleh luka dan melecet. Silap hari bulan siap boleh berlaku jangkitan lagi.

Cara paling mudah nak rawat puting melecet adalah dengan menyapukan susu badan ke tempat yang terjejas. Atau beli di farmasi, ointment lanolin khas untuk nipple dan sapukan pada luka dan kesan melecet tu. Ianya boleh melembapkan kulit dan mempercepat proses penyembuhan.

Tapi kalau berlaku jangkitan, mamy wajib berjumpa doktor okay? Jangan liat untuk mendapatkan rawatan ye. akibatnya parah tau mamy!



5. Menyusukan baby boleh membantu mamy tenang

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Bila rutin breastfeeding mamy dah established, percayalah mamy akan rasa menyusukan baby itu merupakan satu nikmat! Kebiasaannya ia "terlalu nikmat" hinggakan mamy tak sedar bila mamy terlelap. haha Ini selalu terjadi dekat I sendiri pun tau.

Ini bukan sebab malas tau. Tapi, secara fisiologinya, breastfeeding merangsang perembesan hormon Oxytocin yang mana fungsi hormon ini dapat meningkatkan penghasilan susu badan, sekaligus membuatkan otak rileks dah tenang.



6. "Eh tambah lagi nasi ni. Makan banyak-banyak. Kau kan menyusukan anak"

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby, milk booster dalam makanan harian, sayur milk booster


Masa mengandung biasanya kita akan bertambah berat badan. Well, ianya perlukan masa untuk recover dan kembali kepada bentuk badan asal. Don’t rush the weight loss process. 

The good news is, breastfeeding can help you burn the calories! Makan je secara seimbang dan makan secara sihat. Jangan tahan makan, atau berlapar untuk kuruskan badan. 

Juga jangan pulak terpedaya dengan dakyah orang dulu-dulu yang mengatakan ibu yang menyusukan anak perlu makan banyak dan berlebihan sebab nanti makanan tu nak di "share' dengan anak. Nonono. Makan secara sihat, remember.

BTW, susu ibu composed of approximately 90% air. So keep in mind supaya sentiasa kekal terhidrat. Atau dalam ertikata lainnya, minum air kena cukup. Barulah boleh produce susu badan yang mencukupi untuk baby.


7. Faktor susu badan berkurang atau bayi tak puas menyusu

Susu badan merudum? Mengapa dan apa puncanya.

Penghasilan susu badan merudum? Pertama sekali yang harus dibuat adalah mengenalpasti masalah dan punca kenapa kekurangan susu yang berlaku. Umpamanya kerap skip jadual mengepam, kurang mengepam, stress, dsb. Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.




1. Salah konsep laktasi (misconception)

  • Ibu tidak memenuhi konsep penyusuan "demand dan supplykerana gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini hanya berlaku melalui 'direct feed' dan mengepam. 
  • Ibu berkerjaya digalakkan untuk mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu. Bagi ibu tidak berkerja pula, anda perlu mengosongkan payudara setiap kali anak selesai menyusu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
  • Pam hanya apabila breast penuh atau bengkak. Ini memang konsep yang salah! Sebab bila breast dah bengkak baru ibu nak pam, badan akan memberi signal ke otak bahawa susu berlebihan dari keperluan anak. Jadi secara automatik badan akan mula adjust untuk mengurangkan penghasilan susu.
  • Waktu mengepam tidak konsisten. Ibu digalakkan buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab pola penyusuan setiap ibu adalah berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu. Walaupun payudara tidak membengkak atau jumlah susu yang dipam cuma 1oz sekalipun, ibu tetap perlu pam mengikut aturan jadual yang sudah dibuat.
  • Tempoh mengepam terlalu singkat. Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam. Iaitu, melakukan pam 10 minit dan rehat 5 minit selama dua pusingan sebelum beralih ke breast sebelah dengan cara yang sama. Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami let down' sekali lagi.

2. Keadaan ibu itu sendiri : 

Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?

-Ibu letih
-perasaan ibu stress
-mengalami period
-Ibu hamil lagi

Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. Kenapa?

Sebab penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin.Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu,

Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu.Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang.

Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum. Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.  


3. Pengambilan air kosong tidak cukup

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air  sekurang-kurangnya 3L sehari.Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air.Jika ibu sendiri tidak cukup air macamana nak menghasilkan  susu, betul tak?


4. Diet harian tidak seimbang

Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan.Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu.

Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik denganitu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik.Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.


5. Pam tidak sesuai

Ramai ibu-ibu yang mengadu bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit. Punca utama ialah penggunaan pam yang tak sesuai.

Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction akan menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.

Jika ada budjet adalah lebih baik anda  menggunakan double pump dan mempunyai 2-phase of suction. Pam yang baik adalah yang mempunyai mekanisma yang mimic paling hampir menyerupai kepada hisapan bayi.


Sekarang, mommies dapat spot tak mana satu masalah yang menyebabkan susu mommy kurang?  Setiap orang lain-lain sebab tau. Kalau ya, jom klik dan tengok Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu.


Kesimpulannya

Penyusuan susu ibu memerlukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia memerlukan kesabaran dan pada masa yang sama, it fosters a loving, nurturing, and strong emotional bond antara mamy dan juga baby. 


 Best  Breast of luck to all breastfeeding mommy!

5 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Setuju sangat. Pasangan pun perlu tahu jugak. Jadi senanglah dia nak support ibu-ibu

    ReplyDelete
  2. perasaan kekook utk first time tentu ada kan. tapi bonding semasa penyusuan tu best sgt alahai rindu lah perasaan tu

    ReplyDelete
  3. ibu ibu yang 'newbie' bab bab menyusu ni memang kena take note of all these infos! :D

    ReplyDelete
  4. hihi i support breastfeeding! currently breastfeed my daughter alhamdulillah hii

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:46

    Ilmu penyusuan susu badan ni kena belajar. Bukan dia datang secara auto

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.