MEE UDANG MAK JAH PORT WELD / KUALA SEPETANG
Mee Udang Mak Jah memang dah tersohor dan siapa yang tak tahu memang ceroi lah komer oii~ Kalau singgah jangan lupa pesan Mee Udang Special. Penggemar seafood mesti seronok gila bila makan mee udang special sebab udangnya besar-besar gedabak! Puas hati makan!
Udang nya pun fresh. Masih ada rasa manis-manis udang tu lagi. Ohh~ nyaman.
ALAMAT :
Address: Kampung Menteri,
34650 Kuala Sepetang, Perak
Hours: Open ⋅ Closes 10PM
Kuala Sepetang atau kami di Perak ni lebih senang menyebut sebagai Port Weld ini merupakan sebuah pekan kecil yang dikelilingi paya bakau dan muara sungai Sepetang. Dari pekan kecil yang dahulunya tak berapa dikenali, sekarang dah menjadi pusat tarikan pelancong melalui program Eco-Tourism, Hutan Simpan Paya Bakaunya.
Tak lengkap rasanya lawatan ke Port Weld ni sekiranya tak singgah ke Hutan Simpan Paya Bakau dan mencuba boat tour menyusuri sungai Sepetang untuk memberi makan kepada Buurung Helang dari jenis White Bellied.
Bagaimanapun, Kuala Sepetang juga terkenal dengan kekayaannya dengan variasi pelbagai makanan laut terutamanya udang!
Kalau 'penggila' udang macam Xu ni confirm akan tertarik nak ke sini. Khabarnya udang di Port Weld ni segar-segar dan terdapat dalam saiz dari sekecil-kecil udang hingga sebesar-besar udang! Wahh!!
Kuala Sepetang ke Port Weld?
So. Kenapa kami Perakian sangat 'serasi' di mulut menyebut Kuala Sepetang dengan panggilan Port Weld?
Ada sejarahnya.
Dahulunya, terletak Kuala Sepetang ini sebuah perlabuhan bagi memudahkan penjajah (pada masa itu British) membawa keluar hasil bijih timah yang dilombong sekitar wilayah Larut Matang dan Selama ini untuk dieksport. Kedudukan Kuala Sepetang yang betul-betul menghadap Selat Melaka memang sangat strategik dijadikan port/pelabuhan.
Dan, memang dah peel orang Inggeris ni menamakan semula tempat yang mereka jajah bersempena nama pegawai British yang memerintah kawasan tersebut. Gila kuasa kan? hahah
So nama Kuala Sepetang diubah kepada Port Weld bersempena nama Sir Frederic Weld yang pada suatu ketika dulu giat memajukan daerah Taiping dalam usaha menjadikan Taiping sebagai ibu negeri Perak. Maka, begitulah kami lidah orang Perak dah sangat terbiasa dengan sebutan Port Weld, berbanding Kuala Sepetang.
Ok, kembali pada topik asal kita. Mee udang Mak Jah ni juga sebenarnya sudah ada cawangan di Lembah Klang tau.
So, orang-orang wilayah Selatan nun tak perlu travel jauh-jauh ke Utara ni ha semata-mata nak merasa Mee udang Mak Jah ni. Anda boleh ke cawangan Mee Udang Mak Jah Wangsa Walk, di Wangsa Maju.
Selain Mee udang Mak Jah, ada banyak lagi tempat makan best di Perak. Apakata anda layan dulu Lagu "Ater Moh Singgah" ini. Dalam lagu ni ada dimuatkan bermacam-macam lokasi makan menarik seluruh Negeri Perak.
Jom explore Perak!
Lirik : Lagu Ater Moh Singgoh!
Moh Jengok Singgah Negeri Perak
Utare Selatan Sampey Ke Tengah
Char Kuetiau Doli Tepen, Mee Udang Mak Jah
Pinggan Licin Ngunyap Tak Sudah
Pekasam Lenggong, Ikan Lome
Nun Di Parit Rendang Tok, Tempoyoknye
Dahage Minum Cendoi Kuale Kangsor
Dan Laksa Sarang Telor
Ipoh Nasi Vanggey
Sate Endut Handey
Kelamey Tahan Gopen
Tak Dapat Raban Teben
Chorus
Mee Kari, Mee Kicap
Mee Reboih Tulang Di Tapah
Jambu Makan Sedap
Tambah Ngulang Nokok Nambah
Singgah Sitiawan, Seri Manjong
Mesan Ikan Bakor Sedapnyer Yob, Yong
Ke Lumut Sakan Milih Sate Ikan
Buah Tangan Kenang-Kenangan
Ater Moh Ler Singgah, Pulo Pangko
Ikan Bilih Mater Biru Dah Masyhor
Buah Nyior Rendang Ghesek Rencah Masak
Bagan Datok Berlambak
Ngale Teluk Intan
Nasi Lambey Makan
Pau Kacang, Kaye , Dagen
Tempatnyer Tanjong Malim
Chorus
Mee Kari, Mee Kicap
Mee Reboih Tulang Di Tapah
Jambu Makan Sedap
Tambah Ngulang Nokok Nambah
Ipoh Nasi Vanggey
Sate Endut Handey
Kelamey Tahan Gopen
Tak Dapat Raban Teben
Mee Kari, Mee Kicap
Mee Rebuih Tulang Di Tapah
Jambu Makan Sedap
Tambah Ngulang Nokok Nambah
Ater Moh Singgah
Moh Apak, Mak, Atok, Opah
Perak Makan Mewah
Rugi Kalo Tak Menyinggah
#LaguRakyatNegeriPerak
Lagu & Lirik : PakLah Cecupak
Genre : Irama asli (Joget)
Penyanyi : Nabil Faizat
Penerbit : Zamari Haji Muhyi / Syed Zarul
Terbitan : Port Ipoh Koloni Karyawan Amanjaya
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
udang is my favorite! hahahaha
ReplyDelete