Perceraian atau Talak Bukanlah Alasan Untuk Bersengketa

10:38 AM
Bila bercerainya satu-satu pasangan, yang terputus hanyalah satu hubungan iaitu ‘suami-isteri’. Hubungan lain yang terhasil dari perkahwinan tersebut tidak terputus selamanya.

Perceraian atau Talak Bukanlah Alasan Untuk Bersengketa


Apakah hubungan itu?

  - ibu dan bapa kepada anak-anak.
  - ibu dan bapa mertua kepada anak menantu.
  -anak menantu kepada ibubapa mertua.
  - atuk dan nenek kepada cucu-cucu.
  - saudara seagama yang masih perlu menjaga hubungan baik sebagai saudara seagama termasuk bekas suami isteri itu sendiri, ipar duai, biras, anak-anak buah dan ibubapa saudara kedua pihak.

Hubungan yang tidak akan terputus itu masih wajib dilunaskan kewajipan-kewajipan yang termaktub di dalamnya. Bapa masih wajib menanggung anak-anak dan memastikan didikan mereka sempurna, akhlak terjaga, sekalipun mereka diasuh oleh ibu atau nenek kepada anak-anak tersebut.

Ibu masih wajib memberi kasih sayang pada anak-anak sekalipun anak-anak itu sudah berpindah pada jagaan bapa kepada anak-anaknya. Ibu dan bapa masih perlu berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memastikan keperluan dan kebajian anak-anak terpelihara sentiasa, hingga anak-anak merasa tenteram jiwa untuk menuju alam dewasa.

Ibubapa mertua dan menantu masih perlu memelihara hubungan baik agar anak-anak (cucu) menghargai silaturrahim. Ia hubungan yang bersalingan, maknanya tak adil satu pihak saja yang menjaga dan satu pihak lagi mencuaikan serta acuh tak acuh saja. Anak-anak yang silaturrahim dengan keluarga terjaga lebih tenteram perasaan dan membesar dengan lebih tenang.

After all, kita semua seagama. Apatah lagi jika yang saudara seagama itu pernah mencipta kemanisan hidup bersama.

Lupakan sengketa. 

Teruskan hidup dengan mencipta bahagia dengan memberi segala yang baik kepada mereka yang punya pertalian dengan anda.

Di dunia ini, mereka perlukan anda. 

Di akhirat nanti anda perlukan mereka dalam ertikata perlukan mereka untuk tidak menuntut-nuntut segala apa yang sepatutnya anda patut beri kepada mereka dalam kehidupan mereka yang di dunia.

Selamatkan diri anda dari muflis di akhirat yang mana wang ringgit bukan lagi menjadi pertukaran sebaliknya dosa pahala menjadi penentuan. 

Biar sebesar hama pahala anda tak mahu lepaskan dan biar dosa sekecil kuman mampu jadi pemberat menghumban anda ke neraka anda tak akan mahu menyusahkan anda.

So, fikirkan semula. Adakah anda bercerai untuk bermusuh, berdendam antara satu sama lain? Saling membenci dan salah-menyalahkan? Lihat sahaja contoh Chef Wan yang sampai ke hari ini khabarnya hubungan beliau dengan bekas isteri adalah sangat baik dan mesra (demi anak-anak).

Ya. Yang terpisah cuma tempat tidur, bukan silaturrahim. Fikirkan semula, demi darah daging anda.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.