Main Online Money Games Bonding Time Ibu Anak

Māmy Syu
0
mortgage calculator org money-games 'free online games'
Entri kali ini khas buat kita semua yang bergelumang dengan anak-anak generasi teknologi. Ia wajib dibaca oleh mereka yang bergelar ibu dan ayah yang mahu membesarkan bakal dewasa yang berimpak tinggi.
Business & Money Management Video Games for Kids
"Jangan beri gajet bila anak menangis atau mengamuk!" Sebab anak akan develop tingkah laku manipulatif bila mana nanti di lain waktu mereka akan mengamuk lagi supaya dirinya diberikan gajet.
Play Free Online Entrepreneur
money games,money earning games,game make money,games with money,morgagecalculator.org


"Jangan beri gajet bila anak menangis atau mengamuk!" Sebab anak akan develop tingkah laku manipulatif bila mana nanti di lain waktu mereka akan mengamuk lagi supaya dirinya diberikan gajet. Sebaliknya alihkan perhatian mereka dengan cara mengajak mereka bermain bersama dalam permainan interaktif berkumpulan.
bonding in malay
Antara permainan interaktif berkumpulan yang popular adalah seperti Scrabble, Sudoku, Tic-Tac-Toe atau permainan legend seperti "Sep Sep, Tom Tom" pun terbaik bagi mengalirkan energy marah atau emosi mereka kepada sesuatu yang menghiburkan.
Apa maksud " BONDING " dalam Bahasa malay
Namun adakalanya anak-anak yang lahir dari generasi digital ini sukar untuk tertarik kepada permainan kanak-kanak zaman dahulu kerana mereka dah terlalu sebati dengan gajet. So nak taknak, mak kena juga gunakan pendekatan memujuk dengan gajet, tapi..
bonding in malay
Ha ada tapi!
bonding in malay
Yer.. tapi ibu bapa kena tahu kalau nak memujuk anak dengan gajet, anda tidak seharusnya membiarkan anak bersama dengan gajet sahaja semata-mata. Ibu bapa sendiri yang kena terlibat secara aktif dan interaktif bersama anak dan juga gajet tersebut. Okey?
bonding translate in malay

Bagaimana Caranya Memujuk Anak Mengamuk


Paling mudah adalah mengajak anak bermain game online yang ringkas dan melibatkan multi-player di laman web.
How to say bonding in Malay
Namun dalam mencari portal game online ini ibu bapa harus menitikberatkan faktor keselamatan internet terhadap kanak-kanak. Memalui permainan atas talian anak-anak mungkin terdedah kepada inappropriate ads atau butang-butang yang membabitkan transaksi pembelian atas talian.

Maka di sini Mamy nak syorkan laman web Online Free Money Games yang seratus peratus bebas iklan dan bermain di sini juga adalah percuma.



Main Online Free Money Games Bonding Time Ibu Anak

Di sini ada banyak sangat games menarik yang ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak untuk berhibur dan dalam pada masa yang sama ia juga mampu mencabar minda dan kreativiti. Games disini juga terbahagi kepada beberapa kategori seperti Real Estate Games, Money Games, Simulation games (Farming, Groceries, Restaurant, Business), Software Development Games serta pelbagai lagi permainan video yang interaktif dan mampu memujuk anak yang sedang mengamuk.

Di sini Mamy akan kongsikan beberapa games yang menjadi pilihan Mamy dan anak-anak :


Free Online Money Games #1 Trezecoins


money games,money earning games,game make money,games with money,morgagecalculator.org


Hawraa sebenarnya baru berusia 5 tahun, tapi Mamy selalu galakkan dia mengenal duit dan nilainya. Semua ini penting bagi persediaan anak kita sebelum menginjak ke tahu satu sekaligus dapat membantu anak membeli di kantin dengan mudah tanpa ditipu peniaga. 

Objektif dalam game Trezecoins ini adalah untuk melatih kanak-kanak menokok nilai wang bagi mencapai harga yang tertera. Jadi, ibu ayah juga perlu terlibat secara langsung dalam permainan ini bagi membimbing anak mengira jumlah mata wang. Sekiranya anak berjaya, ibu bapa mungkin boleh mencuba perlahan-lahan mengalih dari permainan di peranti digital, kepada penggunaan duit syiling sebenar. Dari situ, anak tidak akan terasa bila gajet tersebut diambil dari tangan mereka sekaligus dapat mengelakkan anak daripada mengalami frustration yang terlampau hingga menyebabkan mereka sambung mengamuk. 


Free Online Games #2 Bomb The Bridge


money games,money earning games,game make money,games with money,morgagecalculator.org

Permainan Bomb The Bridge ini nampak ringkas dan mempunyai objektif yang mudah tetapi sebenarnya ia agak tricky bila mana kita perlu mengebom jambatan sehingga benar-benar runtuh dan menjatuhkan seangkatan tentera yang melalui di atasnya bagi mendapatkan score 3 bintang!

Jumlah TNT yang dibekalkan juga adalah terhad, maka di sini lah cabaran sebenar kepada minda anak-anak dan berfikir secara kritikal dan kreatif, di tapak manakah harus diletakkan bom tersebut agar dapat menghancurkan jambatan secara total. 

Game ini macam nampak kebudak-budakan, namun bila Mamy sendiri bermain, bahkan Mamy pula yang rasa tercabar kerana gagal meruntuhkan keseluruhan jambatan dan menenggelamkan segerombolan askar dan aset mereka. Geram tahu!? hahaha. Namun yang bagusnya, bila keterujaan nak menghancurkan jambatan itu mencanak naik, akhirnya si kecil yang tantrum dan mengamuk tadi terlupa apa yang diamukkannya tadi.


Free Online Money Games #3 Idle Pet Business


money games,money earning games,game make money,games with money,morgagecalculator.org

Bagi kanak-kanak yang pet lover, ibu ayah boleh cuba pujuk anak dengan menunjukkan game Idle Pet Business ini. Kecomelan hamster, kucing, arnab dan parrot dalam game ini pasti tidak akan pernah gagal untuk menambat hati si kecil yang sedang mengamuk. 

Jari jemari anak akan disibukkan dengan tap tap layar sebab dalam game ini sekiranya haiwan baharu berjaya di adopt, penjaga kedai harus mengetik di atas kepala haiwan tersebut bagi mengutip keuntungan dari jualan.

money games,money earning games,game make money,games with money,morgagecalculator.org

Jadi mata perlu peka dan jari harus ligat melihat haiwan manakah yang menjana keuntungan paling cepat dan banyak. Anak-anak mesti tidak akan mengamuk lagi selepas sibuk memantau duit masuk dan mengetik skrin bagi menjana pendapatan lebih besar untuk membeli haiwan peliharaan baharu yang lebih menguntungkan. 


Ibu Bapa Sebagai Pengelola Emosi Anak

Sebagai ibu bapa Millennial yang hidup bersama anak-anak generasi Alpha, kita harus bijak dalam menangani emosi anak-anak apabila ianya berkaitan dengan pengaruh gajet. Bukan salah kita apabila nak kita terlampau familiar dengan gajet, tapi zaman mereka sememangnya tidak dapat tidak untuk 100% bebas dari gajet. 

Tengok sahaja masa zaman pandemik dulu. Hampir setahun anak-anak kita belajar secara atas talian dan menggunakan platform digital, kerana sekatan kerajaan yang menghalang PdP secara bersemuka. Kalau kita kononnya nak jadi strict bab gajet dengan anak kita, tak guna juga sebab mereka tetap akan dapat akses gajet melalui mak saudara mereka, sepupu-sepupu, kawan-kawan dan juga dari guru sendiri.

Jangan Sogok Anak dengan Gajet


Bila anak mengamuk, jangan cepat-cepat disogok dengan gajet. Sebaliknya cuba pujuk dengan cara mengalikan perhatian. Anak yang disogok gajet apabila mengamuk akan berdepan risiko perkembangan emosi yang tidak matang. Takut-takut sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi, tapi bila biasa disogok gajet, dah 5 tahun pun masih mengamuk macam budak dua tahun.

Namun sekiranya pujuk cara biasa masih tak jalan, barulah ajak mereka alternatif bonding time dengan cara bermain aplikasi permainan dalam telefon bersama-sama. Cara ini dapat meredakan kesan disappointment pada emosi anak berbanding kalau kita melarang terus anak-anak daripada bermain gajet. Sambil-sambil bermain, pandai-pandailah ibu ayah alih subjek permainan tersebut daripada maya kepada realiti.

Jangan Marah atau Pukul Anak yang Tengah Emosi

Pertama sekali, pastikan emosi kita tenang bila kita nak tenangkan anak. Kalau tak tenang, isolate dulu diri sampai stabil. Jangan jadi ibarat ketam suruh anak berjalan lurus. Kita ajar anak supaya kawal emosi, walhal kita sendiri yang menunjukkan contoh yang salah, marah-marah, bentak-bentak anak mengikut emosi. hehe anak pula perhati je ibu dia and he's be like "dah kenapa ibu ni, suruh aku kawal emosi tapi dia yang gagal kawal emosi?"

Jangan begitu ye mak-mak. Bila anak tengah menagmuk, kita pergi marahkan lagi dia, tanpa kita sedar kita sedang alirkan energy marah dan emosi negatif itu kepada anak. Itu bila marah. Tapi kalau kita pukul pula mereka, otak mereka akan merespon ke mode Fight-Flight-Freeze.
  • Fight : melawan lalu membesar menjadi dewasa yang baran
  • Flight : Melarikan diri dan membesar menjadi dewasa kuat menipu
  • Freeze : Kaku lalu membesar jadi pendiam dan pendendam

Jadi sebagai kata akhir, tak perlu memekik untuk mendidik. Tapi Be Firm, Yet Calm At The Same Time. Bukan sekat terus gajet daripada anak, tapi control penggunaanya. Sekiranya anak bawah usia 5 tahun, temani anak tatkala bersama gajet. Jangan biarkan anak tanpa pengawasan semasa bermain gajet. Kalau kita buat gajet seolah-olah baby sitter, tunggu sahajalah kesan jangka masa panjang yang lebih teruk apabila anak menginjak ke usia remaja kelak.

Mamy sendiri, jujurnya bila anak dah masuk fasa pra-remaja, fokus Mamy berubah daripada hanya mengejar supaya anak cemerlang akademik, kepada memupuk rasa selamat selamat bila dengan Mamy. Tinggi harapan Mamy, jadi apa-apa jadi, anak akan cari Mamy sebagai tempat mengadu yang utama. Yang ini penting sebab ramai dari remaja yang asalnya rasa tak diterima, kemudiannya mencari orang luar sebagai tempat mengadu, dan membawa kepada masalah besar yang lain sekiranya mengadu di tempat yang salah. Wal'iyazubillah.

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!