Assalamualaikum semua. Bersempena yaumul juma'ah sayyidulayyam hari ini 25 Februari 2022 suka mamy Syu nak bawa kalian semua berfikir dan berfikir, kerana dengna berfikir, dan bermuhasabah sahaja kita dapat membuka fikiran kita dan semoga kita dijauhi dari sifat dan ciri-ciro orang yang malas berfikir.
Pernah tak kalian terfikir, mengapa kalian tiba-tiba merasa serba salah? Terasa walau macam mana kalian buat sekali pun, kalian tetap tak dapat mengecapi rasa tenang dan kebahagiaan dalam hidup.
Selalu sahaja dirundung perasaan tak tenteram dan gelisah walaupun bukan dalam keadaan bermasalah?
Kalau jawapan nya "ya", maka ketahuilah bahawa itu semua kesan dari dosa dari sifat-sifat mazmumah yang telah lama bersarang dalam jiwa kita.
Dalam sebuah hadis , Nabi SAW bersabda:الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِMaksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. Riwayat Ahmad (18006)
Jelasnya, orang yang berbuat baik akan selalu tenang; sedangkan orang yang berdosa selalu dirundung oleh rasa curiga terhadap semua peristiwa, semua aktiviti dan sikap yang terjadi.
Jadi, siapa di sini nak tahu apadia sifat-sifat mazmumah yang "bertanggungjawab" menghilangkan rasa "bahagia" dari jiwa? Jom teruskan membaca!
![]() |
Kenapa jiwa kita selalu je tak tenang? |
Sifat-sifat mazmumah yang meragut rasa bahagia dalam jiwa
Pemarah.
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati sentiasa tidak tenang.
Tak sabar.
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.
Pendendam.
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
Ego. (mementingkan diri)
Sifat ego merupakan sifat manusia toksik yang boleh menyakiti manusia lain secara dalaman mahupun luaran. Ego merupakan ibu segala mazmummah ini membuatkan seseorang sentiasa tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.
Hasad dengki.
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
Bakhil.
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan menderma. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, sifat pemurahnya tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.
Tamak.
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga. Lagipun orang tamak selalu rugi.
Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu apabila dimanfaatkan.
Riak/ujub.
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika dipuji dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji dia akan mengurangkan amalnya.
Cinta dunia.
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati, manusia cuma membawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah.
Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” kerana sentiasa menjadi buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Dengan sebab itulah, doa yang kita dambakan kedua-dua kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi kehendak dan tuntutan kita.
Benarlah firman Allah SWT:
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". Surah al-Baqarah (201)
Semoga Allah SWT menaungi kita dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta disisihkan daripada kecelakaan dalam hidup. Amin. Wallahu a'lam dan selamat berhujung minggu semua!
perkongsian dari group Telegram https://telegram.me/DrZaharuddinGroup
2 Ulasan
Banyakkan istigfar supaya pertama;diampunkan dosa..bila kerak2 hati dan dosa sudah dicuci maka insyaallah timbul ketenangan.Tenang itu kurniaan Allah bukan sandaran pada harta benda setinggi gunung.
BalasPadamIstigfar dengan hati hidup.Rasa berdosa,rasa malu,rasa kesal,rasa kecil,rasa takut.Bukan sekadar sebutan sahaja
InsyaAllah. Sama-sama lah kita cuba amalkan dan istiqomah jadikan istighfar sebagai terapi hati
PadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y