5 Petua Mengatasi Masalah Liang Pori Terbuka

5 Petua Mudah Untuk Mengatasi Masalah Liang Pori Terbuka | Antara faktor penyebab pori terbuka adalah pengeluaran sebum yang berlebihan, genetik, kesan penuaan dan juga isu kebersihan. Faktor-faktor inilah yang menjadi penyebab kepada liang pori luas atau pori yang terbuka. Liang pori terbuka akan menjejaskan penampilan seseorang oleh kerana ianya akan membuatkan kulit wajah seakan-akan permukaan jalan tar ahaks! Jangan marah.

Penggunaan produk kecantikan yang salah turut menyumbang kepada masalah liang pori terbuka sekaligus menyebabkan masalah pori tersumbat dan breakout. Masalah liang pori terbuka boleh diatasi dengan pelbagai cara, mengikut keseuaian kulit masing-masing. Berikut ada beberapa cara atau tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah liang pori terbuka. 

Kecilkan Liang Pori Dengan 5 Bahan Semulajadi Ini



1. Putih telur 


5 Petua Mudah Untuk Mengatasi Masalah Liang Pori Terbuka, Kecilkan Liang Pori Dengan 5 Bahan Semulajadi Ini


Ambil telur putih dan sapukan pada seluruh kawasan muka dan biarkan selama beberapa minit atau hingga kering. Kemudian bilas muka dengan air sejuk. Selain itu juga, you guys boleh juga campur putih telur ni dengan oats atau tepung beras dan pakai sebagai masker. Amalkan 2 kali seminggu sebelum tidur selama 4 minggu berturut untuk mendapatkan kesan yang ketara. 

2.Lidah buaya

5 Petua Mudah Untuk Mengatasi Masalah Liang Pori Terbuka, Kecilkan Liang Pori Dengan 5 Bahan Semulajadi Ini

Ambil isi aloevera ini dan sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas wajah dengan air yang sejuk. Lihat kesan dalam beberapa minggu selepas mengamalkannya.

3.Tomato


Selain mengecilkan liang pori, tomato juga dapat membantu masalah parut dan juga menghaluskan kulit muka. Ambil beberapa biji tomato dan kisar, kemudian sapu pada muka dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air yang bersih. 


4.Masker timun / mentimun 

Ambil sebatang timun dan dikisarkan sehingga menjadi jus dan dicampurkan dengan tepung jagung. Pastikan campuran jus timun dengan tepung jagung likat dan jadikan sebagai “masker” dan biarkan selama beberapa minit. Bilas menggunakan air yang sejuk. Cara ini mampu membantu mengecilkan liang pori dan juga mecantikkan lagi tekstur kulit muka. 


5.Beras dan susu

Cara ini mampu membantu mengecutkan liang pori yang terbuka, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat dan melembutkan kulit wajah. Caranya adalah dengan merendamkan beras ke dalam susu (boleh guna air) semalaman. Toskan air dan kemudian lenyek beras tadi menggunakan sudu. Jadikan sebagai “masker” dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian gosok secara lembut di seluruh muka dan boleh terus bilas dengan air yang sejuk. 

Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk mengatasi masalah liang pori terbuka dan setiap orang mungkin mengambil masa yang berbeza atas faktor-faktor tertentu. Jadi korang cuma perlu amalkan tips ni dengan cara yang betul supaya mendapat kesan yang ketara. 

5 Petua Mudah Untuk Mengatasi Masalah Liang Pori Terbuka, Kecilkan Liang Pori Dengan 5 Bahan Semulajadi Ini

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y