Review Pil Perancang Yasmin (Yasmin - Drospirenone/ethinyl estradiol)

tanda awal kehamilan
Bagi mommies out there yang mana baru first time menjejakkan kaki ke blog Syu, I just wanna say thanks sebab sudi landing here. Well entri kali ni bukan sekadar nak cerita pasal pil Yasmin je, but more to pengalaman Syu sendiri dalam merancang keluarga (birth planning).
tanda awal kehamilan
Review Pil Perancang Yasmin pil hormon yasmin elok ke pil yasmin, kebaikan pil perancang yasmin, ubat perancang untuk ibu menyusu
tanda awal kehamilan
Macam yang pernah I coretkan dalam entri terdahulu, anak sulung I yang lahir tahun 2013 dulu merupakan baby preemie 32 minggu dan dilahirkan melalui kaedah c-section.
tanda awal kehamilan
So dari situ lah bermulanya titik tolak I terlibat dalam program family planning ni.
tanda awal kehamilan
Ya, as you all know, lepas bersalin secara czer kita perlu jarakkan kehamilan at least 2 tahun right?

cara makan pil perancang yasmin kali pertama, cara ambil pil yasmin dengan betul, ubat perancang untuk ibu menyusu




Ubat Perancang Bentuk Suntikan - Suntikan setiap 3 bulan.


So sebaik sahaja habis tempoh 100 hari berpantang, I terus dapatkan perancang keluarga berbentuk suntikan (non-preg) di klinik kesihatan ibu dan anak. Free je. Suntikan hormon ni boleh bertahan sehingga 3 bulan dan perlukan suntikan semula mengikut tarikh temujanji yang doktor tetapkan.

I pilih suntikan non-preg hanya semata-mata sebab I masih breastfeed my baby. (non-preg injection mengandungi hormon Medroxyprogesteron yang sesuai untuk ibu menyusu). Padahal masa tu dalam kepala penuh skeptikal terhadap kaedah suntikan ni. I kan graduan dalam bidang farmasi, remember? 

So I memang familiar sangat lah dengan side effect suntikan hormon sebegini huhu. Kesan sampingan yang paling popular diperkatakan adalah ia boleh menyebabkan kegemukan. Ohh~



Progressive weight gain!

Betul tau you all. I progressively naik 2KG each month sebaik selepas suntikan pertama tau! Sedangkan masa habis pantang, I dah turun ke berat badan normal I which is 56KG, tapi menjelang usia baby setahun, berat I melantun-lantun sehingga mencecah 71kg! homaigadd!!!

Dan, yang paling scary apa tahu??

Berat badan I consistently menaik biarpun sepanjang 6 bulan tu I makan nasi sesenduk je. 

Pun sekali sehari je I makan nasi iaitu waktu tengah hari. Malam harinya langsung tak makan pape, So celah mana nya entah datang berat yang berlebihan ituu!! Arghhh. Stress mak!

Jawapannya? yeah water retention. 

Kesimpulannya nak kata di sini, weight gain yang I alami tu sebenarnya adalah gemuk air, ikut istilah orang melayu kita lah. Dan gemuk air sangat sukar nak turun balik. oh noo!



Beralih dari jenis Suntikan kepada Pil

Ok. Since baby pun dah usia setahun, I pun decided untuk tukar kaedah family planning kepada pil Noriday. 

Pil Noriday ni adalah alternatif kepada suntikan non-preg bagi ibu-ibu yang menyusukan baby. Kandungan hormon dalam pil Noriday adalah sangat rendah dan normally takkan mengganggu penghasilan susu badan.

Cara makan pil perancang pertama kali selepas berhenti suntikan

So I start makan pil immediately malam sebelum tarikh temujanji suntikan seterusnya. Malam tu jam 8.30 malam I telan pil Noriday dan the next day pun I ambil jam 8.30 malam juga. Begitulah seterusnya. 

Ada satu hari tu I terlelap. Sedar-sedar dah pukul 12.45 pagi. Adui~

Itulah lecehnya kalau kau makan pil. Tak boleh terlewat. Apatahlagi skip your dose. Sudahlah kita sejenis yang subur (bukan merungut, thanks to Allah), so bila terlewat ambil pil mulalah gelabah biawak!

Apa berlaku?

haha I paksa incik Asben guna kond*m sehingga next period cycle. huu~ Hampir 2 minggu jugak lah. 

Kejam ke? 

haha baby baru setahun sebulan oii! Dia masih sangat memerlukan perhatian 200% dari ibu dia oii! Plus, parut czer pun masih terasa sakitnya~aduh aduhh.

Betullah wak! kalau awak missed your pil, awak kena back up dengan protection lain at least 3 hari. At least ok?! Syu sebut at least ye di situ. 

Kalau nak back up lebih takpe. At the meantime, perhatikan juga kot-kot awak dah ada tanda tanda awal kehamilan macam rasa sakit menyucuk dalam perut. Itu boleh jadi sign kepada penempelan ovum tau?!

Leceh kan? 
Eh kalau dah tahu leceh kenapa tak teruskan je perancang jenis suntikan?

Faktor Syu berhenti Mengambil Suntikan

Syu berhenti ambil suntikan non-preg bukan semata-mata sebab kegemukan saja tau. Kalau you guys nak tahu, ada satu lagi side effect suntikan non-preg yang lebih serius daripada sekadar kegemukan, sakit kepala dan tak datang period je tau.

Hormon medroxyprogesteron ni biasanya doktor tak berapa galakkan mommy ambil dalam tempoh melebihi 2 tahun. 

Sebab penggunaan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan tulang kehilangan kalsium dan you guys akan berisiko mendapat osteoporosis.

Selain osteoporosis, you guys juga mungkin akan experience simptom kekurangan kalsium seperti selalu kejang otot (sentak/tarik mengkarung) dan sakit-sakit sendi. 

Scary enough? hahaha.

I bukan nak menakut-nakutkan you all guys. It's okay to do family planning. Untuk kebaikan dan kesihatan kita juga kan. 

Tapi bagi Syu, you guys berhak tahu pro and cons ubat-ubat perancang keluarga ini secara telus, tanpa bias.

Malah Syu sendiri yang dah study 4 tahun bab ubat-ubatan di universiti pun TIDAK MENOLAK kaedah perancangan keluarga berbentuk hormon ni. Sebab dengan ilmu dan penggunaan yang betul, insyaAllah kita terselamat dari kesan sampingan yang berat dan teruk. 


Pengalaman Perit Semasa Ambil Noriday

Eh tadi cerita pasal suntikan. Ini tiba-tiba cakap balik pasal Noriday, pehal. hahha

Tak kira! Syu nak story jugak!

Ok. First month Syu ambil Noriday Syu jadi sakit kepala teruk! Sangat teruk, lengkap dengan pakej rambut gugur tahu! Kalau mandi tu, memang bergumpal lah rambut kat penutup drain tu. Serabut betul la bila tiap kali mandi kau kena kutip segenggam rambut kau. Bukan sikit, segenggam tau!

Masuk bulan kedua, I dah mula nampak pigmentasi makin menjadi-jadi especially kat belakang tengkuk. Memang dah macam alahan mengandung pulak.

Tengkuk jadi hitam. Gosok dengan scrub pun tak hilang. Jerawat badan pulak mula meliar tumbuh dari leher hingga dada dan belakang badan. Uhh serius tak selesa! Gatal gila!


Akhirnya Bertukar kepada Pil Yasmin.

Tukar lagi? 

Ya ampun. Tak tahan dah aku!

Aku tak tahu korang. Tapi side effect Noriday tu memang kaw-kaw aku kena! Sakit kepala dia tak boleh bawak bincang! Serius tak tahan!

Tapi tak tau la kalau badan korang steady je ke dengan Noriday. Memang rezeki korang la tu. Lagioin lain badan, lain tindakbalas nya. kan.

So I try la makan pil Yasmin. Ini pun doktor juga yang suggest. eh kenapa doktor tak suggest awal-awal ek?

Ok. Doktor tak sebut la dari awal dulu. Sebab pil Yasmin ni tak dibekalkan di KKIA secara percuma. You kena beli sendiri di luar. huhu

Cara Makan Pil Yasmin

Cara makan Pil Yasmin ni seeloknya mula pada hari Ahad pertama, selepas habis period (atau hari ke 5 period)

Kalau sebelum ni pernah ambil perancang lain, you guys dah tak payah ikut rules hari Ahad dah. Dalam situasi ini, korang tak perlu dah ambil kira tarikh period korang. Abaikan je.

Sebaliknya, you guys kena sambung je terus ambil Pil Yasmin, tak kira di mana korang berhenti.

Contohnya you guys sebelum ni, makan Noriday. So harini you dah makan Noriday. Ok takpe. Tapi esok you jangan pula makan pil Noriday lagi dah.

Buang je baki pil Noriday tu dan korang terus makan pil Yasmin setiap hari sampai cukup 21 hari. 

Terus je makan sampai cukup 21 hari (habis 21 biji Pil Yasmin) tu, lepastu jangan makan apa-apa pil selama 7 hari. 

Ya, pil Yasmin ada tempoh rehat.

During 7 hari tempoh rehat ni, period korang akan datang dengan sendirinya, sekitar hari kedua korang tanpa pil.


Period Cycle akan Berganjak

Period cycle korang akan berubah lah sikit. Kalau sebelum ni korang period awal bulan. Mungkin sekarang ianya tak lagi datang pada awal bulan. 

Ia akan bergantung pada hari korang makan pil last (pil yg ke-21) tu jatuh pada hari apa.

Kalau pil yg ke 21 tu jatuh pada tengah bulan, so period korang akan datang around minggu pertengahan bulan itu lah. Korang takkan period dah la pada awal bulan macam selalu selalu tu.

Okey? Faham lah kot nah cara Syu explain ni? hihi

Feedback Lepas Makan Pil Yasmin

Sampai sekarang anak dah 3 orang pun Syu masih setia dengan Yasmin. Period datang as regular as I masa anak dara, iaitu genap 28 hari kitaran.

So sangat senang nak tahu waktu subur atau tempoh ovulasi kita tu bila. 

Pigmentasi? No. Tak ada jeragat or sopak-sopak hitam kat belakang tengkuk dah. Plus jerawat pun dah lama pupus dari muka dan badan I.

Paling penting, berat badan I dah semakin terkawal. Berat badan I yang last adalah 78KG, sekarang dah tinggal 74KG. 

Sounds funny isn't it?

Yeah. Maybe bagi you all ianya kedengaran lucu dan tak patut dibanggakan pun. Tapi bagi I yang dah begitu lama jarum penimbang constantly naik ke kanan je setiap bulan, memang I syukur sangat dapat berat 74KG sekarang ni.

At least jarum tu bergerak ke kiri lah jugak walaupun sedikit. isk~



Mana Nak Beli Pil Yasmin? Harga?


Bila sebut bab harga, memang for sure you all akan auto rasa tak syiok. So far I jumpa paling murah pun sekotak RM45, di farmasi i-Care, Taiping. 

Tempat lain range harga dia lebih kurang RM48 - RM55 sekotak.

Kalau kat franchise retail pharmacy macam Watsons / Guardian rasanya dalam RM 65 gitu.

So, papepun, you all decide. Pilih ubat perancang keluarga ni kena ikut keperluan dan kesesuaian diri you all masing-masing. Tak boleh main ikut-ikut.


Macam I, concern I sejak 6 tahun lalu adalah contraceptive yang tak ganggu penghasilan susu badan. 

Kemudian, berat badan is my second priority. Dan kulit cantik itu, bonus. 

I tak pernah meletakkan kecantikan kulit sebagai my concern dalam memilih perancang. Tapi, bila I makan Yasmin, I get the benefit to my skin as a bonus.

So once again, it's your decision anyway. Cuma I harap review I ni dapat beri sedikit "idea" kat you guys untuk memilih jenis perancang yang sesuai. 

Tapi paling penting adalah persetujuan bersama antara you laki bini tu kena capai terlebih dahulu. Ke guane boh??



Tambahan...

Pil perancang ibu menyusu
Sebenarnya pil perancang jenis yang combined 2 hormon ni memang ada juga kesan terhadap penghasilan susu ibu. 

Macam Syu, susu badan terjejas sikit. Tapi bagi mommies lain, mungkin terjejas teruk. Lain badan, lain penerimaannya kan.

Jadi kalau mommies experience penurunan susu badan, ataupun berat baby tak naik dengan cantik konsisten lepas mommies makan pil perancang, Syu sarankan you all hentikan pengambilan pil buat sementara waktu dan tengok efek nya pada penghasilan susu.

Seeloknya, terus ke KKIA dan tanya midwives nurses atau doktor tentang pil perancang yang you all consume.

Kalau you all still ragu-ragu juga, takut susu merudum, why not cuba kaedah perancangan keluarga tanpa hormon seperti :

  • IUCD
  • K*ndom
  • K*ndom untuk wanita
  • Semburan spermicide
  • Diafragma


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk you all! Syu doakan semoga urusan mommies semua dipermudahkan Tuhan. Niat kita merancang adalah untuk kesihatan diri dan kesejahteraan keluarga.

Bukan kerana takut kemiskinan.awasi tanda awal kehamilan

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. betul. bab ini sangat subjective. ada orang ok ada orang x ok..
    yang penting kita tahu keputusan yang dibuat tu adalah yang terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup siti. Terbaik untuk badan kita, belum tentu elok untuk badan orang lain juga

      Padam
  2. Macam nak cuba la lepas terbabas ngandung kali kedua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck hehe.
      Anyway, jangan lupa consult dgn doktor keluarga di KKIA dulu ye

      Padam
  3. Tanpa Nama22:26

    Maksdnya mmg xganggu penyusuan la kan.. Sbb ada bca sblm ni kata yasmin ganggu penyusun.. Tu risau nk mkn.. Bila bca your review terasa nk beli trus esok pg.. 😂😂😂

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama22:27

    Maksdnya mmg xganggu penyusuan la kan.. Sbb ada bca sblm ni kata yasmin ganggu penyusun.. Tu risau nk mkn.. Bila bca your review terasa nk beli trus esok pg.. 😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. as for me ianya jejas sikit. terlalu sikit. so far till I reply this comment pun I still susukan baby I dah 1 tahun 8 bulan. So, sukat badan masing2 ok. Kalau rasa jejas teruk, should discontinue lah ye

      Padam
  5. Hi kak syu. Period sy mmg ada masalah. Dtg tak betul. Doc beri pil yasmin 3box utk 3cycle terus supaya period sy stabil. Sepanjang makan pil ni boleh bersama suami kan kak syu? Selepas habis 21biji mmg kena stop 7hari ya kemudian baru ambil pil seterusnya walaupun masih period?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh awak. Boleh je brsama suami.
      Tempoh 7 hari tu memang wajib off. Tak kira period datang atau tak.
      Kalau lepas 7 hari, period masih keluar, tetap kena on balik day#1 yasmin.
      Biasanya period akan berhenti sebaik selepas makan balik pil.

      Padam
  6. Tanpa Nama00:06

    hi kak..sya masi berbaki 4 pill lg tp da kluar lendir coklat pekat sikit.so kena habiskan baki 4 pil juga ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye.
      Kena habiskan juga hingga cukup 21 hari. Tak kisah period datang atau tak.
      Harap jwpn ni membantu

      Padam
  7. Assalamualaikum,hye. Harap Puan dapat share pengalaman Puan hamil selepas berhenti makan pil. Saya sblm ni mmg makan pil yasmin. Tapi dh stop sebulan lepas sbb plan nk ada anak. Bulan ni saya tak datang period. Bila buat upt hasilnya negative. Sebelum makan pil yasmin, period saya teratur. Time amalkan pil yasmin pun tetap teratur. Bila stop makan ja tiba2 tak datang period langsung. Harap Puan dapat share pengalaman Puan brapa lama ambil masa utk pregnant dan adakah period Puan tetap normal walaupun stop makan pil ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Mai.
      Untuk yg trying to conceive (TTC) habis makan yasmin 21 biji tu, period akan dtg. lepas suci, boleh dah cuba conceive.
      Tapi cubaan Syu x berjaya. So I continue mkn iberet folic dan tggu cycle period bulan berikutnya. Try. Alhamdulillah baru lekat. So ianya bergantung badan masing2. Kalau ikutkan nasihat doktor, kalau nak TTC kena berhenti perancang seawal 2 bulan.
      So boleh cuba mana2 yg sesuai. Good luck ya.

      Padam
    2. Ohh..lupa nak cakap.
      Period Syu memang regular biarpun tak makan yasmin.
      So Mai jaga diri leklok k..sebab dah x dtg peeiod tu kan, mgkin dah lekat. Rsult Upt -ve mungkin sebab awal lg. Cuba test lg lepas 3 minggu

      Padam
  8. Tanpa Nama09:50

    Boleh tahu knp farmasi ckp yasmin x sesuai utk ibu menyusu sebab boleh effect baby yg menyusu? Means bahaya utk baby yg minum susu tu. So better jgn bg terus. They said la. Tp sis beli jgk sbb nk cuba utk first time. Baby dah 1thn 10bulan. Boleh bg pencerahan x? Selamat atau tak sbnrya? Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basically, pil2 cegah hamil semunya mengandungi hormon.
      Dan semua jenis hormon pun boleh pass through breastmilk, bukan hanya yasmin.
      Pharmacist tu maksudkan, yasmin tak sesuai untuk ibu menyusu sebab hormon dalam pil yasmin ni boleh jejaskan penghasilan susu. Makaudnya, susu ibu boleh berkurang, atau kering.
      Tapi untuk Syu, Syu tak kisah ambil pil yasmin sebab anak dah besar dan lebih 6 bulan. Baby dah tak bergantung pada susu ibu sangat dah, sebalik nya diet baby lebih kepada makanan pejal.

      Harap jelas la ye.

      Padam
  9. Salam sy nak tnya btl ke kena mkn pil yasmin sblm tido. Kalu sy pilih mkn timing ari2 pukul 5 tak berkesan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taknada masalah. Tapi I amik jam 7.45 - pukul 9 sebab bila tiba bulan puasa, tak la kita terlewat ambil pil.

      Padam
  10. Salam sy nak tnya kalu ambil pil yasmin ari2 pukul 5 ptg ok ke? Atau kena jgk ambil sblm tido. Sbb dok ckp sblm tido paling sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok je pukul berapa pun. Tapi prefer malam.

      Padam
  11. Assalamualaikum nak tnya, klu dah 21 hri makan n stop 7 hari. masa tempoh 7 hari tu selamat tak nak bersama? n bila start balik makan, adakah prlu tunggu n pakai protection lain masa 7 hari pertama mkn pil utk yg second box? sbb sy bru nak masuk 2 box. yg 1st box tu sy kena nasihat masa 7 hari awl kna pakai protection lain sbb sy bkn start mkn masa 1st period.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temph break 7 hari tanpa pil tu selamat awak. Tak perlu protection sebab awak dah nak masuk kotak kedua.
      Protection tu cuma pada yg baru nak start.

      Padam
  12. Syu..saya kl ambl perancang klinik..negative effect dia sama mcm syu..pastu saya stop n rancang sndr..ank ketiga br usia 10 bln dh lekat baby dlm prt..teruk kena bebel ngan misi..😅skrg ni dlm tempoh berpantang ank keempat..igt nk try pil perancang yasmin jgk..cuma nk tanya syu,pil sekotak tu,utk consume sebulan je kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Ye bet tu. Sekotak hanya utk sebulan. 21 hari.

      Padam
  13. Tanpa Nama07:49

    sya baru 1st time makan pil yasmin sbb period tak teratur. cun semalam hari ke 5 period selepas 4 bulan tak period. then ada Kaha selepas makan 21 kapsul akan period. ada tak yg period tak kelua sampai masa kotak yg ke 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamy pun tak berapa pasti jugak. Tapi normally memang period akan datang ikut susunan pil, iaitu dlm tempoh 7 hari tanpa pil tu

      Padam
  14. Tanpa Nama18:13

    Hai saya bru nk terai pil jasmin. Dh lama xperiod. Blh bgi thu mcm mne cara makan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutnya, nak start makan yasmin kena tunggu hari ke 7 period. Tapi disebabkan period awak tak datang2, awak boleh je start bila-bila. Tapi seeleoknya start hari pertama hari ahad. Sebab sepapan pil tu, harii pertama dia berlabel " Sunday"

      Padam
  15. Tanpa Nama23:36

    Assalamualaikum syu, nak tny . Sy baru jew sebulan makan pil yasmin.. sblom nie pil uralcon . Nak tny sy dh lama makan pil perancang . Ikot kn dh lebih 2 tahun.. skrg nie nak dekat 3 tahun dh mkn pil perancang. Xpe kew kalo sy teruskn pil perancang nie smpi 5 tahun centu?? Ada side effect x kalo sy teruskn mkn pil yasmin nie . Sbb kalo nmpk kat mana2 pil yasmin ramai urg rekomen.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama14:21

    Ambl pil yasmin mesti sblm tdr?

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y