Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet di Hotel Tower Regency, Ipoh | Pada 16 April baru-baru ni Syu berkesempatan menghadiri Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel and Apartment, Ipoh Perak. Sajian yang bertemakan 'selera kampung' yang disajikan di sini benar-benar menggamit nostalgia. Sebaik sahaja Syu keluar dari pintu lif untuk ke Cafe@6, aroma manis kuih-muih tradisi semerbak menyapa deria bau Syu sekaligus menyemarakkan lagi aura bulan Puasa tahu!
Overall, Syu berpuas hati dengan suasana dan makanan yang terhidang di sini. Semuanya menepati citarasa dan 'kena' dengan tekak Syu yang berasal dari desa ini. Tapi paling Syu recommend adalah menu kambing golek dengan sos lada hitam dan teh tarik kaw! Kedua-dua ini you guys wajib cuba okey!
|
Tarikk bro jangan tak tarikk. ahaks~ |
|
Teh Tarik ni Syu repeat 3 kali! haha 3 kali hokey. So you all nilai sendiri lah setara mana sedap nya tu. |
|
Lamb grill padu! Juicy di dalam, garing di luar~ |
|
Gravy blackpepper untuk makan bersama grilled lamb. |
Menu selera kampung - Bakar-bakar style
Antara menu killer buffet Semarak Rasa Tower kali ni, semestinya sajian pool side nya yang berkonsepkan bakar-bakar gitu. Ada pelbagai jenis ikan bakar, ayam panggang dan paling tak tahan dia punya air asam lah! Perghh kecur air liur.!
Pelbagai pilihan savoury dengan konsep street food bagi yang 'kurang' makan nasi
Ada tak spesies macam Syu? Yang kurang sikit dengan menu nasi berlauk? Syu prefer bukak puasa dengan kudap-kudap yang bergoreng, rojak gado-gado ke, tak pun cucur jemput-jemput. Nasi-nasi ni I kurang sikit.
|
Mari..mari..Siapa nak cucur udang panas-panas?! |
|
Makan ubi rebus bersama nyior muda yang diparut di hotel?. Memang rare! |
|
Roti jala selembut baldu. ahh~ |
|
Cicah roti jala atau murtabak bersama gulai kari ayam pekat pun sodap. |
|
Murtabak garing. |
|
Bubur lambuk. Sedap. Rasa macam kanji arab jalan Hospital, kat Taiping tu. |
|
Koeytiaw goreng atau char kuetiaw ni digoreng panas-panas tau! Sesedap rasa pada tekak Syu. |
|
Meatball / bakso dia custom made tau. Kaya dengan aroma rempah ratus. |
|
Popular Malaysian's street food. ABC dan cendol. Ceduk sendiri bahan-bahan topings ikut suka uolls. |
Puaskan keinginan 'sweet tooth' dengan pilihan dessert yang mabeles uolls!
Nak diceritakan, I memang seorang yang sugar addict. Bukan sweet tooth dah uolls. I dah tahap addict okey. Macam I cerita awal-awal I sampai tingkat 6 ni, pertama sekali yang hidung I capture adalah bau manisan~ ohh. Lemah imanku.
|
She is the Queen of the night~ hihi |
Penggemar nasi berlauk pasti teruja
Selera orang lain-lain kan. So bagi individu yang type 'perut nasi' mesti sangat teruja dengan lauk pauk yang terhidang di sini. Buffet Semarak Rasa Tower ini memang meraikan selera kampung, yang kini semakin trending di hotel-hotel. Kadang-kadang tekak pun boleh bosan juga dengan lauk 'berat' dan mewah betul tak? So berbalik kepada konsep '
less is more', sampai tercuit deria rasa tu.
|
Ulam kampung dan daun pucuk kayu segar. |
|
Terdapat 7 variasi sambal. Boleh mix & match dengan ulam kegemaran you alls. |
|
Pelbagai jenis kerabu. Kerabu perut, kerabu kerang, kerabu mangga. dan lain-lain. |
|
Masakan Tradisi Melayu |
|
Lauk yang pasti menambah 3 kali |
|
Yang ni paling 'marah'! hahahaha~ |
|
Hirup sup begitu saja pun layann~ |
|
Pelbagai ikan masin dan ikan pekasam. |
Oh ya, terlupa pula. Selain teh tarik dan ABC, you guys boleh juga pilih minuman seperti air sirap ros, sirap bandung, air jagung, dan lain-lain.
Pakej Buffet Ramadan Semarak Rasa Tower
Kesemua hidangan special yang I tayang ni you all boleh nikmati sepuasnya selagi tak pecah perut dengan hanya membayar RM 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak-kanak. Manakala kadar hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu pula adalah RM 58.00 dewasa dan RM 45.00 untuk kanak-kanak.
Hey! Bukan itu je. Kalau you guys tempah dalam tempoh promosi (6 -12 Mei 2019) early birds, you alls hanya perlu mambanyar RM 48.00 sahaja bagi dewasa dan RM 38.00 je bagi kanak-kanak.! Murah tu uolls.
Surau yang terdapat di level 10 Hotel Tower Regency ini juga sangat selesa dan bersih, dan paling penting ianya berhawa dingin. Andai kata you guys nak bermalam sini, rate untuk bilik King Deluxe untuk semalam cuma RM180 (termasuk sajian bersahur dan buffet berbuka 1 pax). Manakala rate harga untuk bilik Twin Deluxe pula adalah RM 250, juga termasuk sahur dan buffet berbuka untuk 2 pax)
Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet di Hotel Tower Regency, Ipoh
dari 6 Mei 2019 - 4 Jun 2019
7.00 Malam sehingga 10 Malam
Cafe @6 - Tingkat 6 Tower Regency & Apartment
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh Perak
Call untuk menempah sekarang!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
konsep street food tu menarik xD
ReplyDeleteIngat kat Klang Valley je Ramadhan buffet Meriah. Rupanya kat Ipoh pun. Serious I tak savas tunggu Ramadhan this year.
ReplyDeletesambal petai udang tu paling marah..sedapnya kalu dapat berbuka dengan lauk tu. memang kena nasi tambah la. orang ipoh boleh la datang sini berbuka puasa..semua nampak sedap menyelerakan
ReplyDeleteBuffet Ramadhan kat Ipoh pulak hehehe bestnya menyelerakan dan sangat menyedapkan harga pun ok berpatutan murah juga tapi nak pergi sana tunggu ada kerja jer wakakakaka...
ReplyDeleteSedapnyee menu selera kampung ni, macam2 jenis juadah ada. Yang pasti semua boleh masuk tekak kalau menu selera kampung. Tapi jauh lah pula hahhaa.
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
Sis suka ke Ipoh jalan2 makan kat sana, so sure masakan kat sini pun sedap-sedap jugak kan. Tengok gambar pun dah terliur. Harga pun masih dalam kemampuan lagi..kalau dekat memang sis pergi tapi masalahnya jauh
ReplyDeletedia buat ala-ala gerai nampak menarik la..suka tengok teh tarik dia..memang nampak sedap..buih-buih tu perghhh mmg tarik hebat ni heheheh..kalau org turun ipoh boleh kita rekomen hotel ni
ReplyDeleteI like the street food thingy there. Ramadhan always serves the best food
ReplyDeletewahhh ! nampak meriah betul buffet ramadhan yang disajikan di sini ya. tengok2 gambar rasa tak sabar pulak nak berpuasa. harga dia berpatutan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan
ReplyDeleteTeh tarik 3x tambah makna tahap sedap sangatlah tuu. Murah jugak pakej berbaloi sgt n menu plak best2. Bg ena berbaloi untuk menginap sekali. Teringin pergi jalan sana.
ReplyDeleteBanyaknya menu yg sedap2..beh rambang mata xtau nak mkn yg mana satu dulu.. Nnti nak singgah berbuka di sini juga la..
ReplyDeleteSajian bakar2 tu nampak sedap. Emi kalau pergi buffet ramadhan, suka duk makan menu bakar2 ni la selain dessert.
ReplyDeleteMemang sedap and berbaloi makan kat situ kan, last year i pernah buka kat situ. Their siput sedut is my favourite la.
ReplyDeleteMenariknya..harga pon sangat berpatutan dan juadah pon pelbagai dan meriah. Paling best siap ada pakej bilik lagi..
ReplyDeleteAlaaaa...nak try gak....but so far in ipoh. But nevertheless i am sure ramai orang ipoh will go for at least one session of buka puasa with their families at here.
ReplyDeleteSedapnyaa char kueytiaw kan.. Saya paling suka ckt yg kering tu.. Kalau berair dah kurang gemar dah.. Harga pun not bad kan
ReplyDelete