Kenapa Mak Dulu Boleh Jaga 10 Anak, Mak Sekarang Anak Baru Tiga Dah Kecoh?

Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Contohnya macam statement acik bawang ini : ''Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?''

Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza. Makcik zaman dulu membesarkan anak generasi "baby boomers" dan "millenials" sahaja.

Kami mommy daddy sekarang ini sedang mengasuh dan membesarkan "gen Alpha" tahu?!  Paradigma nya sangat jauhhhh berbeza.

anak anak sekrang kena kurung dalam rumah
Anak-anak sekarang. Mommy terpaksa 'invent' permainan indoor supaya mereka tak bosan

Zaman saya kecil-kecil dulu (saya gen-Y). Sekitar umur 5 - 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik, tanpa sekatan dan halangan.

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar. Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan malam, terus tertidur sendirinya.

Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Turun kerja dengan senang hati. Lewat petang pulang dengan segalanya sudah tersedia. 


Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?

Sebab anak-anak mak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak mak tak bergaduh dalam rumah. Mana anak-anak mak?

Ya.

Anak-anak mak keluar bermain dengan jiran dari kampung sebelah. Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah. Sebab dia tau, penat main, anak-anak confirm akan balik makan sebelum matahari terpacak atas kepala.

Anak perempuan mak main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak bimbang. Sebab anak perempuan mak dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan mak pergi kayuh basikal ke kedai tunjuk list barang, orang kedai bagi barang.

Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebih la.

senang kerja mak, sebab ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. 

Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta, tapi pakcik perebet kejut je, "adik..sampai rumah dah ni!"


Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.

Itu kehidupan zaman mak dulu. Zaman sekarang? Mommy?

Anak nak keluar main sendiri depan rumah, mamy risau sangat. Kereta banyak, motor pula laju-laju.

Anak baru pandai kayuh basikal tayar dua. Kadang jatuh terebah, kadang terlajak. Mamy sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!

Maka, bila dalam rumah, mamy sentiasa stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan, dan merengek minta main di luar.

Mamy nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mamy milenia ini banyak kebimbangan dalam hati. Anak mamy perempuan, anak jiran pula lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advanced!

Budak dulu-dulu kalau main kahwin-kahwin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kahwin-kahwin kadang memang 'kawin' terus.

Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mamy tak dapat masuk dapur, mamy kena pantau kat luar tengok anak-anak ni bergaul macam mana.

Mamy nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang pun risau. Usahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mamy terpaksa suruh anak main dalam rumah.

Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau. Risau. Risau. 

Makanya, mamy juga lah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas. Seorang atas gendongan, lagi dua orang paut di tangan. Kadang anak yang dua orang, yang tangan dah digenggam kemas itu pun boleh terlepas dan berlari entah ke mana. 

Mamy nak anak balik sekolah sendiri? Lagi lah tak harap. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mamy risau.

Maka demi anak, mamy gagahkan jugak sendiri hantar dan jemput anak sekolah. 10 minit sebelum loceng tamat sekolah berbunyi, mamy dah tercegat depan pagar sekolah. Takutttt! Kalau-kalau anak lintas jalan beli jajan atau ikut orang ntah sape-sape balik.

Dengan rutin macam tu, bila mamy nak ada masa di rumah? Anak 24 jam kena pantau depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear, sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan. Malah mak tak perlu risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.

Mamy sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!

10 ORANG ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ORANG ANAK MAMY SEKARANG.


So, berhenti lah dari mengeluarkan statement yang boleh menimbulkan ketidakselesaan telinga orang yang mendengar.

Belajarlah dan perhatikanlah gelagat CUCU-CUCU MAK. Adakah sama cara nak mengawalnya dengan anak anak yang mak besarkan dulu?

Lain kan? Jauh bezanya kan. Cabarannya lain machiam.


Sumber : facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan