Bantuan Pertolongan Cemas Bayi Sawan

Meera Starla Aurora adalah bayi comel berusia 6 bulan. Dialah jantung hati ibu dan bapanya serta tumpuan segala perhatian datuk dan neneknya. Selama dilahirkan, Meera sihat dan menjadi tumpuan kepada semua yang ada di rumah.

Cuma, sejak semalam, badan Meera terasa panas. Ibunya, Maria Farda Hanni yang mengambil cuti tanpa gaji menjaga Meera agak bimbang. 

Walaubagaimanapun, semalam lagi Maria telah membawa Meera ke klinik dan doktor memberi ubat demam paracetamol bersama picagari untuk diberi kepada Meera.

Sedang Maria menggosok pakaian dengan sterika, TIBA-TIBA dia perasan Meera yang terbaring di atas katil mengalami gerakan badan dan kaki yang seperti kejang berulang-ulang. 

Mata Meera kelihatan memandang ke atas. Air liur meleleh di mulut.

Maria menjerit, “ Ya Tuhan!!! Meeraaa....kenapa Meeraaa!!!”

Jantung Maria berdegup kencang. Dia mulai panik.

“Apa aku nak buat nii??” Ketakutan yang amat sangat menyelubungi fikiran Maria.


APA YANG PERLU MARIA LAKUKAN ???


BAYI SAWAN : Apa Yang Perlu Anda Lakukan,first aid febrile seizures, bantuan kecemasan baby sawan, sawan tarik, demam tinggi sampai sawan, tips kecemasan budak sawan



BANTUAN KECEMASAN BAYI SAWAN


1. Jauhkan bayi dari apa-apa benda berbahaya di sebelahnya seperti gunting, air panas dan sebagainya.

2. Pusingkan badan bayi ke kedudukan mengiring. Pegang bayi dalam keadaan begini selagi sawan masih berlangsung. 

Ini mengelakkan bayi dari ‘tersedak’ (cairan susu atau muntah dari perut masuk ke salur pernafasan). Lapkan cairan yang keluar dari mulut.

3. Jangan menghalang gerakan tangan & kaki yang sawan. Elakkan dari meletakkan sudu dan sebagainya ke dalam mulut.

4. Mohon bantuan dari orang berdekatan. Longgarkan dan buka baju sehingga tinggal pampers. 

Ambilkan tuala dan air suam. Lap ke seluruh badan dan biar air suam ini kering sendiri. (Air suam & bukan air sejuk atau ais kerana suam air mengembangkan salur darah di kulit untuk lebih haba keluar ke kulit). 

Ini akan menyebabkan haba dari badan keluar dengan berkesan dan menurunkan demam. Buka kipas kerana ini membantu air tersejat ke udara dengan lebih pantas.

5. Setelah sawan terhenti, bawa bayi ke Jabatan Kecemasan dengan segera. Jika sawan berterusan, panggil 999 untuk bantuan ambulans.

BAYI SAWAN : Apa Yang Perlu Anda Lakukan,first aid febrile seizures, bantuan kecemasan baby sawan, sawan tarik, demam tinggi sampai sawan, tips kecemasan budak sawan

SAWAN TARIK DI KALANGAN BAYI

1. Bagi kanak-kanak, kebanyakan sawan disebabkan oleh suhu badan yang tinggi (Dipanggil ‘febrile fit’ atau febrile seizures)


2. Usia yang paling lazim bagi mengalami gejala ini adalah di antara umur 6 bulan hingga 5 tahun.


3. Kunci bagi mengelakkan atau menghentikan sawan ini adalah dengan mengawal suhu badan semasa demam supaya tidak tinggi. 

Ubat seperti paracetamol menurunkan suhu badan. Dalam keadaan bayi tidak dapat menelan, ubat ini juga diberi melalui dubur.


4. Bagi bayi yang kerap mengalami sawan, doktor biasanya akan membekalkan ubat sawan yang boleh diberi melalui dubur. Jika ada, ubat ini boleh diberi semasa bayi sawan.
BAYI SAWAN : Apa Yang Perlu Anda Lakukan,first aid febrile seizures, bantuan kecemasan baby sawan, sawan tarik, demam tinggi sampai sawan, tips kecemasan budak sawan

5. Kajian menunjukkan pengambilan vaksin seperti Mumps-Measles-Rubella yang diberikan secara berjadual dapat mengurangkan risiko mengalami ‘febrile fit’.




BAYI SAWAN : Apa Yang Perlu Anda Lakukan,first aid febrile seizures, bantuan kecemasan baby sawan, sawan tarik, demam tinggi sampai sawan, tips kecemasan budak sawan

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian. bagus untuk ibu bapa ni

    BalasPadam
  2. good health info :)

    BalasPadam
  3. Adik beradik Syu semua pernah kena sawan masa kecik termasuk Syu.Memang tabik lah dengan abah Syu bila tengok cara dia handle adik2 Syu bila kena sawan.Tu pasal kalau kat rumah,mak & abah akan get ready satu jenis ubat yang masukkan kat dalam b*nt*t tu. Bila guna ubat tu,panas dalam badan akan cepat kebah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. respek kat abah Syu Memang kena tenang. Nak handle org sawan ni tak boleh panik

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y