Cara Claim Pembelian Ubat bagi Pesara Awam

Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat bagi Pesara Perkhidmatan Awam | Masih ramai yang belum tahu akan kewujudan kemudahan claim pembelian ubat bagi pesara awam.

Memang ada sesetengah ubat 'special' , contohnya ubat untuk diabetik Qtern® (dapagliflozin & saxagliptin); ia memang tak ada dibekalkan oleh fasiliti kesihatan kerajaan.

Atau satu lagi, ubat 'special' untuk rawatan hipertensi, Pradaxa® (Dabigatran) yang selalu digunakan sebagai gantian Warfarin, juga tidak akan dibekalkan oleh mana-mana klinik mahupun hospital kerajaan. 

Kedua-dua ubat ini merupakan antara ubat yang poten dalam mengawal kencing manis dan juga darah tinggi, dan perlu di prescribe oleh doktor pakar.

So bila ubat special ini kita terpaksa beli sendiri dari farmasi di luar, kita layak menuntut semula kos ubat tersebut melalui kaedah yang dinyatakan dalam pekeliling.

Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat bagi Pesara Perkhidmatan Awam, claim rawatan perkhidmatan awam, cara memohon tuntutan pembelian ubat.

Kemudahan ini bukan sahaja untuk pesara kerajaan. Tapi ianya dipanjangkan kepada anggota awam yang masih berkhidmat, dan boleh cover sekali ibu, bapa, dan anak kandung anggota tersebut. Dalam bahasa mudahnya, kalau you ada ayah yang makan ubat Pradaxa, you boleh buat tuntutan atas nama you, bagi pihak ayah you. Borang tu nanti, minta bos / ketua jabatan you all luluskan dan turunkan tanda tangan.

Antara rawatan yang boleh dituntut semula perbelanjaannya ialah : 

1. Perbelanjaan Perubatan

   Ubat-ubatan, alat ortopedik (tulang artificial platinum dll.) dan anggota palsu.

2. Perkhidmatan Perubatan

   MRI / CT Scan

3. Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik

   Hemodialisis, 3 kali seminggu/sehingga RM200 sekali, serta ubat Eprex sebagai bayaran tambahan ATAU alat gunahabis dan ubat rawatan CAPD

4. Rawatan Kemandulan di LPPKN

   Rawatan primary infertility di Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga yang tidak tersedia di hospital kerajaan

5. Rawatan penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN)


6. Rawatan kepakaran yang tiada ditawarkan di hospital kerajaan.



Bagaimana cara mengemukakan tuntutan

Bagi menuntut kos pembelian ubat misalnya, you all mestilah terlebih dahulu menerima rawatan di klinik / hospital kerajaan (sahaja) dan mendapat preskripsi/ surat ubat dari doktor yang jelas menyatakan ubat tersebut tidak available di fasiliti kerajaan dan perlu dibeli sendiri. Semua ni perlu disahkan oleh doktor kerajaan sahaja.

Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat bagi Pesara Perkhidmatan Awam, claim rawatan perkhidmatan awam, cara memohon tuntutan pembelian ubat.

Bila dah dapat preskripsi, you all terus dapatkan ubat tersebut di farmasi retail dan jangan lupa untuk mendapatkan resit pembelian rasmi dari farmasi tersebut.

Dengan menggunakan borang SARA UBAT (JPA) you all boleh kemukakan tuntutan berserta salinan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.


Dokumen-dokumen sokongan


1. Surat pengesahan Doktor / Surat Rujukan Pakar (yang tercatat arahan supaya beli ubat sendiri)

Cara Memohon Tuntutan Pembelian Ubat bagi Pesara Perkhidmatan Awam, claim rawatan perkhidmatan awam, cara memohon tuntutan pembelian ubat


2. Surat arahan ubat / preskripsi

3. MyKad Anggota / Pesara

4. MyKad Pesakit (sama ada isteri, suami, ibu, ayah, anak).

5. Memo / pengesahan doktor yang menyatakan ubat yang diperlukan tidak dapat dibekal oleh hospital.

6. Salinan resit  (bagi sesetengah resit yang mudah hilang tulisannya, fotostat 1 untuk security)


Langkah akhir, hantar permohonan 

Apabila semuanya telah lengkap, kemukakan permohonan kepada ketua jabatan (bagi anggota)

Dan, untuk pesara, ketua jabatan you all adalah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Saraan (bagi pesara). Tertakluk pada peraturan dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2001 atau lebih tepat :

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Aras 1 Sky Tech Tower 2 MKN Embassy Techzone
Jln Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
Selangor.

No. Tel: 03-8887 8777

Sumber : laman web www.JPA.gov.my

Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara JPA claim perjalanan ke hospital untuk pesara

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. thank you for sharing. at least tahu la sikit2 skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjawat awam wajib ambil tahu. Sekarang ni rata2 umur 40 dah macam2 penyakit.

      Padam
  2. penjawat awam kene tahu ni. mudah

    BalasPadam
  3. bagus info mcm nie.. penjawat awam boleh baca

    BalasPadam
  4. Thank you share info yang berguna ni. Marina pon baru tahu ni

    BalasPadam
  5. Salah satu kelebihan penjawat awam dan pesara kan. Perkongsian yang bagus. Boleh dijadikan rujukan.

    BalasPadam
  6. Thank you sharing..

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y