Hari-hari Tidur Malam Macam Kat Hotel Je Dengan Bantal Hotel DAG | Bantal kepala yang baik merupakan kunci pada tidur malam yang berkualiti dan mampu mengembalikan tenaga secara optimum. That's why kita kena pilih bantal yang sesuai sebab struktur bantal yang baik mampu menjamin tidur malam dengan selesa dan lena.
dag pillow review bantal dag,
Haa, sekarang Syu guna bantal H-Classic dari DAG tau. Dengan bantal hotel DAG, hari-hari macam tidur kat hotel je..mmMmm lenanya.
Kalau nak merasai pengalaman seolah-olah tidur di hotel dengan suasana serta keadaan tempat tidur yang selesa, I suggest kat you all agar bertukar bantal lama yang you all guna tu kepada bantal hotel DAG. Antara faktor kenapa you all patut bertukar kepada rangkaian bantal dari Das Abdul Global adalah:
1. Material Dengan Jaminan Kualiti Terbaik
Kualiti bantal H-Classic ni actually diberikan rating 4 bintang, tapi for me, boleh beri gred 5stars dah pun rasanya. Sebabnya bantal ni diperbuat daripada fiber polyster Hollowfill berkualiti premium di mana rongga-rongga antara fiber tu menjadikan bantal ni tembun, montel dan tembam. Disebabkan tembamnya bantal DAG ni, so nampak la macam tinggi tapi hakikatnya tak. Bantal ni tak tinggi, ia sedang-sedang elok je ikut postur tidur yang baik.
Selain tu material bantal DAG juga bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk baby, orang yang mempunyai masalah alergi, malah tidak menjejaskan individu yang ada asthma dan ekzema. Ia juga tak panas, tak memerangkap habuk dan peluh yang boleh menyebabkan bantal jadi lembap, berbau pengap dan hapak.
harga bantal hotel DAG, pengalaman guna bantal das abdul,bantal das abdul vs bantal leyna
harga bantal hotel DAG, pengalaman guna bantal das abdul,bantal das abdul vs bantal leyna
2. Mewah Tapi Mampu Milik
Bantal DAG siri H-Classic ni merupakan hot selling item tau. Dengan hanya RM45, you all dah boleh merasai nikmat pengalaman tidur lena, selesa serta mewah seperti di hotel okey! Berbaloi sangat, tak sampai ratus-ratus pun tau. Jaminan DAG bahawa bantal mereka akan tahan up to 4 years di mana ia nya berbaloi-baloi sangat dah dengan jumlah pelaburan yang tak sampai 50 ringgit tu.
Sarung/sampul bantal ni pun kalau you all nak tahu, ianya diperbuat daripada kain jenis Egyptian Cotton yang terkenal dengan sifat tahan lasak nya tu. So hayat bantal you all guys akan bertahan lebih lama dari bantal biasa, biarpun ianya dah basuh berkali-kali dengan washing machine, ia tetap elok, tak jadi lunyai dan tak kempis, malah makin gebu lagi ada lah!
3. Senang Didapati Di Mana-mana
Tak susah pun nak beli bantal DAG. Seluruh negara ada reseller yang menyimpan stok tersedia mereka sendiri di rumah. Tapi Syu beli haritu melalui laman web rasmi DAG, dasabdulglobal.com tau. Syu pilih bantal yang Syu nak beli, pastu kat bahagian bawah tu ada form yang perlu diisi. Lepas isi tu, wakil dari HQ akan respon melalui panggilan telefon.
Pantas jugak respon diorang! Serius Syu impress gila kot. Isi form waktu lunch hour, tup-tup masa Syu bertapa dalam surau ofis ni untuk solat zohor, HQ dah call. Semasa berinteraksi dengan wakil pihak HQ DAG tu, dia tawarkan 2 kaedah pembelian, sama ada nak melalui pos atau COD.
So Syu pilih lah COD. Tak sampai sejam lepas bercakap dengan HQ, ada satu lagi panggilan masuk dari nombor +60195614655.[←←klik untuk WhatsApp] Ohh rupanya pihak HQ dah forward no phone I kat reseller kawasan I tinggal, and that phone call is from local reseller, iaitu puan Jaja.
So, we set tempat pertemuan, kat Petronas Gerik, and here we go. Seketoi bantal DAG sampai ke tangan Syu dengan caj COD RM1. Yay! Better and cheaper than deliver via courier service, of course!
Ulasan Syu Selepas Menggunakan Bantal Hotel DAG
Keselesaan untuk bantal H-Classic ni, Syu bagi 5 bintang.
Komposisi dia montel dan nampak seakan-akan padat, padahal bila I letak kepala, memang tenggelam, hapus hanyut hilang terus di dalam kelembutan bantal ni...ohh~ and I was like, "wow, fluffy nya macam tidur atas donut" hahaha boleh gitu? Imaginasi tak ke lain dah! Makanan je kau tahu kan Syu?! hahaha
Saiz yang ideal
Syu suka dengan saiz bantal DAG ni sebab ianya besar dan lebar, sekali tengok dah macam bantal saiz king dah. Memang best la kalau you all nak ber sweet-sweet gediks laki bini tidur sebantal dua orang. ahakss~ Takde adengan tarik-tarik bantal ye. Sesuai terletak je dua kepala, dengan selesa. And jangan risau, walaupun saiznya besar, tapi ni I guna sarung bantal queen pun muat lagi. Tapi sendat la sikit rupa dia. Dah macam abam Zul Arifin sarung baju adik dia hahaha. Sexy gitteww!
Peluk pun sedap!
Kalau jenis pasangan suami isteri jarak jauh macam Syu ni, bila tidur malam sorang-sorang, selalunya duk dalam perasaan insecure je. So untuk comfort myself, I sellau tidur berpeluk bantal. Dan bantal H-Classic ni lah selalu jadi mangsa pelukan paksa rela Syu ahhaha. Nasib lah kau bantal~ Siapa suruh sedap sangat. Serius! I peluk dia terasa 'penuh' je. Nyaman!
Best tidur mengiring
Selama Syu menggunakan bantal ni, Syu lebih selesa tidur mengiring. Disebabkan bantal dia lebar, so I boleh tidur atas bantal ni dan pada masa sama, I boleh peluk juga hujung bantal ni dengan cara meletakkan bantal ni pada sudut 45° di depan muka. haa 2in1 tuh~ Bantal kepala boleh, bantal peluk pun boleh.
Ohh by the way, terbaru ni! DAG juga ada mengeluarkan bantal peluk tau. Syu pun baru tahu. Kalau tak masa beli H-Classic ni dulu, sah-sah Syu dah grab bolster ni sekaligus haritu.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y