Review Filem BoBoiBoy Movie 2 (2019)

Pecah rekod! 21juta kutipan hanya dalam 11 hari tayangan. Wow! So mommies ada yang dah bawa anak-anak ke panggung wayang menonton filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) yang mula ditayangkan bermula 8 Ogos lalu? Seriuslah belum?? Lebih dua minggu dah tayangan berlangsung ni. Sempat lagi nak gi sekarang. Syu check tadi tayangan still on!

Syu pun sebenarnya pergi menonton minggu cuti Raya Haji yang lepas. Cuma baru hari ni berkesempatan share my review on this BoBoiBoy Movie.

So malam 14 Ogos 2019 lepas Syu dan Inchik Asben bawa tiga orang little caliph kami ke MBO Taiping Sentral Mall untuk menonton filem animasi tempatan yang kedua untuk tahun ini. (pertama dulu filem Upin Ipin sekitar bulan Mac 2019).

review+boboiboy+the+movie+2
Masa kami pergi ni pun dengar kata dah kaut 9.9juta kutipan dah


Kami pilih hari Rabu and you guys knew why kan hahaha~ Pastu I sengaja booked 2 couple seats, in case budak-budak ni tak terkawal ke, berdiri or melompat-lompat atas kerusi ataupun tertidur ke; tidak la mengganggu orang lain kan.kan. Couple seats ni kan berada di row paling belakang dan atas sekali, haa beginilah otak mak-mak berfikir kalau nak bawak anak-anak outing! The struggle is real okay!

Sangkaan awal I, probably Naufal & Nufael ni akan tertidur separuh jalan sebab I amik late night movie, jam 10.50 malam (waktu lain semua full house). But sangkaan I meleset! 

Guess what? Anak-anak I termasuk lah si kecik Araa (setahun ½) ni pun stay awake and focus terhadap cerita sampai lah ending nya. So, you all agak? Best ke tak best filem BoBoiBoy kali ni?

Dahh laa..dah laa. Tak payah main agak-agak sangat lah. Jom ikuti ulasan penuh Syu tentang BBBM2 kali ini

review+boboiboy+the+movie+2

Capture perhatian bukan je kanak-kanak, malah orang dewasa juga

Secara jujurnya starting filem ni pun dah berjaya menangkap perhatian Syu. Ini mak budak ni, kalau budak, apatahlagi kan? Mana tak nya, seawal suku jam pertama pun dah bikin adrenaline rush dah hoiii dengan babak BoBoiBoy punya misi jadi huru-hara angkara Gopal. pfftt Gopal..Gopal. Selalu buat onar yang membuatkan misi BoBoiBoy hampir gagal. Bila lah kau nak matang ni Gopal oii? Dah masuk sekolah menengah kan.haihhz.


Kualiti grafik yang detail

Dari segi grafik, I nampak details dan kontur badan setiap watak dalam filem ni jauh bergand-ganda lebih cun daripada filem pertama. Tak caya you all buka channel YouTube Animonsta dan cari filem pertama BoBoiBoy, and compare sendiri. ahaks~ Semuanya sangat detail, dari segi bayang-bayang, light direction, smoothness dalam pergerakan malah camera angle juga dibuat creatively dari pelbagai sudut yang berbeza-beza setiap scene, mirip anime Jepun. Ianya umpama di shoot dari 10 biji kamera yang berbeza-beza kedudukan. Can you imagine? 


Penataan bunyi dan kesan bunyi

Terus terang, I doubt about bunyi dan kesan bunyi dalam filem animasi BBBM2 ni memang betul-betul dihasilkan sepenuhnya oleh produksi tempatan semata-mata. Sebab kualitinya setanding filem Disney baq hang! Ada satu part tu, memang meremang bulu roma oii dengar muzik latar dia. Terasa 'kegerunan' dan 'ketakutan' tu menyelinap satu badan, hanya dengan mainan muzik iringan dalam babak tu. Senang cerita, efek bunyi dia ada 'roh' la. Di mana ia mampu mempengaruhi mood penonton.


Jalan cerita agak kompleks bagi level kanak-kanak

Bagi Syu, jalan cerita BBBM2 ni agak berat untuk dihadam dan ditelan oleh kanak-kanak sebaya Naufal & Nufael (preschooler). Syu boleh kata, mereka hanya boleh faham cerita yang direct, macam part BoBoiBoy bertarung, guna kuasa gitu gini, keluar kuasa baru, kemudian kalah, dan hilang kuasa. That's it haha. Sebab bila dalam kereta I tanya budak berdua ni, balik-balik itu je yang diorang cerita. Tapi dari segi emosi, BBBM2 memang berjaya buat anak-anak I mengalir air mata, dua kali! Dua kali okey! Pandai diorang mainkan emosi budak-budak ye! hiks


Bercampur baur perasaan berdebar-ketawa-stres-sedih

Ianya filem aksi, tapi stres dan mood tegang tu cepat dileraikan dengan scene kelakar. So, tak lah lama sangat jantung ni berdegup kencang, ahha no good for your heart. Lawak serta 'punchline' dah macam 'snek' dalam filem BoBoiBoy 2 ni. Yerr, macam mengunyah popcorn panggung tu laa~ Non stop dari awal sampai akhir, tak kering gusi tau. Budak Naufal ni ketawa sampai terbatuk-batuk. Tak sempat nak ambil nafas, tup tup keluar lagi part kelakar yang tak menahan nak tergelak nye oii. hahaha. Semput mak! 

review+boboiboy+the+movie+2

Komedi berbentuk sarkastik 

Banyak juga humor sarkastik terhadap isu yang sedang trending sekarang ni. Perli dalam melawak gittew. Pastu you all jangan lupa bawa pen dan kertas untuk jot down nama sebenar Pipi Zola, anak si Cikgu Papa tu tau haha. Ini memang bunyinya macam nak membahan dan menyindir rapat mak pak zaman moden yang suka letak nama anak panjang berjela-jela, sampai 4-5 patah perkataan.kih kih kih.

Skrip dengan nilai moral dan mengutamakan persahabatan

Bagi Syu, sikap BoBoiBoy yang degil dalam cerita bikin seorang Syuhadah ini terbakorr tauu! Bergerutu dalam hati, "Heyy degil sangat kenapa?!! Cuba dengar sikit cakap orang tua" haa "Kan dah kena tangkap!" "Siapa suruh degil sangat" huhu. Tapi bagi side budak-budak pulak, kedegilan itu equal to a strong will power. Nilai kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tu, tak kira apa halangan tetap jua nak buat sampai jadi! Syu baca ia sebagai sebuah determination, which is reminds me to Luffy character dalam anime bersiri, One Piece.


Klimaks / babak kemuncak filem BoBoiBoy yang bikin semua orang geram

Taknak lah I jadi makhluk durjana yang mengeluarkan 'spoiler' filem tempatan kita. nonono. Kalau I pecah kat sini, maka tempoh 1 jam 50 minit filem ni akan rasa tawaar setawar hati mu. Eh! hahaha  Apa yang I boleh kata cerita dia nak dekat-dekat akhir tu banyak memainkan plot twist yang gila unexpected kot guys! So, kalau nak tahu what is it, just book your ticket, right now. Through apps kat phone saja pun, kompem tak keluar peluh setitik pun. ahaks~

Trailer BoBoiBoy Movie 2 (2019)

So berapa rating filem BoBoiBoy 2 ni?

For me, filem animasi BoBoiBoy 2 ni sangat berbaloi ditonton. Bawak lah satu family. Mak ayah yang level veteran pun boleh layan cerita ni sebab ada unsur 'klasik' yang dibawakan oleh watak Retak'ka, si penjahat tu. So I give 4.7/5!

review+boboiboy+the+movie+2

Sebelum balik jangan lupa tunggu lepas credit ye. Ada scene after credit yang mesti membuatkan you all teruja nak tunggu kemunculan BoBoiBoy 3 pula. Really!

 REVIEW BOBOIBOY MOVIE 2

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Fuh memang TERBAIK cerita Boboi ni. Btw nice review :)

    BalasPadam
  2. 12 Ogos dah terjah panggung dah dengan 2 ketul kami tu.

    BalasPadam
  3. Ramai kata cerita ni best kan.my dotter tengok pun dengan mak sedara dia. Kemain dia punya cerita psl filem ni. Sesuai utk anak2 tengok kan.

    BalasPadam
  4. Katanya memang best kan movie nie, anak bongsu Kak Sue ja pi tengok dengan Abah dia hari tu.. siap ajak repeat lagi..

    BalasPadam
  5. Ramai tgk movie nih...masa sesuai ditayangkan time cuti sekolah hr tu.. Tahniah penerbit.

    BalasPadam
  6. Ada juga dengar kat radio kata dah dpt kutipan yng bnyk dlm tmpoh bbrpa hari tu. Tp kita x dpt tgk lg. Klau dduk ipih mngkin pergi dh. Sna bnyk pnggung wyng.

    BalasPadam
  7. nad tak tengok lagi..ramai cakap bes..entah bila dpat tengok..hahahaa..tunggu jela keluar tv agaknya..hehee

    BalasPadam
  8. Betul tu kena tggu sampai habis tuk end credit

    BalasPadam
  9. haha.. second time tengok movie dengan harraz dan secara berjemaah.. ajak papanya dan family belah hubby.. dan second time jugak harraz takmo dok diam dalam panggung wayang even citer kartun yang kami tengok.. hahaha.. adoi.. last2 yang asyik tengok mak bapaknya.. anak sibuk main2.. haha Best citer ni

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y