Menjadi Ayah Yang Baik? Perlu Bersifat Lenient untuk Nampak Baik di Mata Anak

Māmy Syu
0
Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua. Hari Jumaat yang mulia ini bukanlah waktu yang sesuai untuk throwback kisah yang pahit lagi memilukan. Tapi cuma sekadar perkongsian kepada rakan pembaca bahawa untuk menjadi seorang ayah (yang terbaik) adalah tersangat tidak mudah!

Cara nak jadi ayah terbaik, tip menjadi bapa mithali, kenapa abah garang, perlu ke jadi bapa yang garang, parenting untuk kaum bapa, selamat hari bapa, apak selalu marah

So abam-abam yang berhasrat membina mahligai rumah tangga tu, harap bersedia ok?

Abah, seorang yang tegas dan kurang bercakap. Tapi keberadaannya di rumah boleh menjadikan kami semua 6 beradik jadi tertib dan berjurus* tanpa perlu beliau bersuara sedikit pun.

Zaman Syu kecil dulu, kehidupan kami lebih kepada Mama ke. Apa-apa keperluan, kami akan rujuk Ma. Nak beli apa-apa, kami cari Ma. 

Seingat Syu, sehingga darjah 6 pun, tak pernah sekali Syu meminta yuran sekolah or apa-apa lah direct kepada abah. Mesti akan melalui orang tengah, iaitu Ma.

Dan kalau cikgu bagi surat jemputan untuk sign report card, tak pernah abah yang datang. Semua Ma yang datang sign.

Bila naik ke sekolah menengah, sekali je abah hantar aku ke asrama, iaitu ketika nak daftar masuk kali pertama. Baru nak masuk asrama kan banyak barang kena bawak. Haruslah hantar dengan kereta.

Cuti akhir tahun, nak balik rumah kena balik sendiri. Barang-barang angkut sikit-sikit setiap kali ada minggu boleh balik bermalam di rumah.

Itu di zaman remaja. Kemudian melangkah ke fasa antara remaja dan alam dewasa. Masa tu Syu belajar kat universiti. Sehingga lah I nak grad, macam-macam bisnes part time yang I buat untuk survive kehidupan kat Uni.

Memang lah ada bantuan sara hidup dari MARA, tapi memang tak berapa nak cukup sebab dengan kos asrama, kemudian masuk semester ke-4, aku menyewa rumah pulak, dengan tujuan nak dekat sikit pergi ke kelas. Tak payah naik bas kolej macam sebelum-sebelum ni.

Bila Syu dapat result exam, I dapat dekan pun tiada pujian dari abah. Kalau dapat result so-so pun, seingat I lah, abah takde pulak marah. 

Hmm..bila tiba hari konvokesyen, pun abah tak menghadirkan diri. Disuruhnya Ma dan kakak sulung pergi tengok aku konvo kat Putrajaya.

Tapi, adakah semua tu menunjukkan bahawa abah seorang bapa yang teruk, tak ambil peduli dan dingin?

No. Absolutely no!

Abah sebenarnya sangat cakna dan tegas dalam perihal agama dan ilmu akhirat.


- Dulu abah merupakan guru pertama aku dalam mengaji al-quran. Dan aku antara yang terawal khatam quran antara adik beradik lain iaitu akhir tahun, before melangkah masuk darjah 2.

- Masa darjah 3, abah pernah gunting rambut aku compang-camping sebab keluar rumah tak pakai tudung.

- Aku pernah di rotan hanya disebabkan aku keluar bermain dengan baju berlengan pendek.
 
- Bagi aku abah terlampau garang dalam bab bacaan bertajwid, terutamanya surah Al-Fatihah.

- Setiap kali waktu solat, abah akan tanya dah solat ke belum. Kalau aku jawab sudah, dia akan sentuh ubun-ubun aku nak memastikan ianya basah atau tak. (kesan dari berwuduk)

- Bila ada tetamu datang, cukup dengan satu 'jelingan tajam' dari abah, kami semua anak dara faham-faham sendiri, menyusur senyap masuk ke bilik masing-masing. Tanpa suara, tanpa protes. Rela belaka masing-masing sebab dah biasa.


Paling Syu ingat adalah hari JUMAAT.

Kenapa hari Jumaat Syu teringat nak buat throwback pasal abah? Sebab ini lah. Sebab memori ini lah yang menggamit aku untuk bercerita.

Abah seorang penjawat awam, dan seperti biasa setiap hari Jumaat, mereka akan balik awal iaitu pada jam 12 tengahari.

Dalam sejam sebelum nak ke masjid untuk solat Jumaat tu, abah akan memanggil aku mencabut rambut putih / ubannya sehinggalah beliau tertidur.

Aku pula semasa tu, masih lagi budak-budak yang jujur. Aku terlalu taat dan lurus. Bila tiapkali aku mencabut rambut abah, aku takkan berganjak ke mana-mana selagi abah tak cakap 'berhenti'.hahaha.

So biarpun hakikatnya abah dah jauh berlayar ke alam mimpi, aku masih lagi di sisi nya mencabut rambut hitam, sebab pada ketika tu, rambut putih dah tak lagi aku jumpa. haha Bengong kan?

Begitulah aku di zaman kanak-kanak.

Nakal, tapi adakalanya boleh jadi seorang yang teramat lurus. 

Sebenarnya kalau nak diceritakan, terlampau banyak!

Namun, secara ringkas boleh Syu ulas di sini adalah, apa saja yang kurang dari abah atau apa yang tak diberikan kepada aku selama beliau membesarkan aku, langsung tak menjadi nanah di hati aku.

Sungguh. Aku tak berdendam pada abah! Lillahitaala.

Bagi aku, hidup sebagai suami isteri ini memang resminya adalah saling melengkapi kekurangan satu sama lain.

Aku tahu, bahkan sangat faham situasi abah pada masa itu. Aku sendiri pun sekarang kan dah pun berumah tangga. Jadi aku faham sangat.

Mama merupakan anugerah paling istimewa buat abah, dan juga buat kami. Mama lah yang menjaga sudut batin kami, menceriakan kami, tempat kami mengadu dan menumpang bahu tatkala kami lemah.

Manakala abah mengambil peranan yang lebih besar dan penting.

Iaitu memastikan kami anak-anak hidup betul-betul ikut landasan menuju akhirat, dan berusaha menyelamatkan kami dari disentuh api neraka. *iskk..menitis air mata*



Ya Allah, kau redhailah kedua ibu bapa ku, dan jangan Kau benarkan api neraka menyentuh walau seinci dari tubuh mereka ya Allah.


Orang lain boleh berkata apa yang mereka mahu.

Menghukum, melabel dan memberikan gelaran-gelaran yang tak cantik pada kita.


Tapi bagi aku, selagi kita tahu tanggungjawab utama kita dalam mendidik anak, dan jelas dengan tujuan dan maksud kita hidup di atas muka bumi Allah ini, insyaAllah anda pasti akan menjadi BAPA YANG BAIK biarpun pada mata anak-anak, anda dilihat sebagai monster, Thanos, godzilla atau sebagainya.

Usah risau kerana itu hanya sementara. Kelak mereka dah dewasa dan mampu menilai (macam aku sekarang ni), mereka akan sendiri sedar

"Allahu! beruntungnya aku mempunyai ayah begini. Kalau tidak, mungkin aku bukan aku yang sekarang.."

Betul. Itulah yang aku rasa sekarang. Kalau aku ber abahkan orang lain, mungkin aku tak jadi Syuhadah yang sekarang.

Mungkin aku sekarang seorang penyanyi. Atau pelakon?  Who knows? 

Well zaman primary school dulu memamg aku penyanyi dan penari pentas pun. ahaks~

Aku yakin abah sebenarnya dah mencongak, anaknya yang ini, cenderung minatnya ke bidang nyanyian dan lakonan. Jadi beliau sudah merancang nak detour kecenderungan aku tu agar lebih berat ke arah agama.

Dulu aku darjah 3 hingga 5 merupakan wakil sekolah dalam tilawah. Dan abah guru aku. Begitu juga nasyid. Sehingga darjah 6, ustazah sentiasa memilih aku menjadi tekong (vocalist) kumpulan nasyid.

Bagi aku, abah sebenarnya dah pun memberikan semua yang aku sepatutnya dapat. Dan banyak juga benda yang sebenarnya abah mampu bagi tapi sengaja beliau taknak bagi. Banyak hikmah yang aku dapat di sebaliknya.

Dan overall aku rumuskan, kini abah dah nak masuk umur 68 tahun dah, baru aku mula nak rasa 'kasih' dan 'chemistry' nya dengan abah. 

Mungkin sebab sifat abah yang tegas dan garang dulu menjadikan aku emotionally detached dengan abah.

Dan kini aku pun dah berkeluarga, dan abah pun dah bercucu, baru aku dapat berbual tanpa awkward dengan abah.

Boleh bergurau, mengusik dan acah-acah memerli gitu. Bagi aku, ini merupakan sesuatu yang sangat baru dan detik ini sangat aku hargai dan pasti akan aku nikmatinya selagi masih ada masa.



Kakcik sayang Abah.
Kakcik sayang Ma.



Sekali lagi, kenapa aku nak cerita semua ni?
Sebab hari ni hari Jumaat, dua orang anak teruna aku Naufal (6) dan Nufael(4), kedua-duanya mengulit rambut aku sehingga aku tertidur. Bila terjaga jam 2.30 petang, aku rasa sangat 'dejavu' dengan situasi ini, lalu terus aku menulisnya di sini, di blog Annur Syuhadah.


*(Jurus : loghat ganu yang membawa erti bertingkah laku baik)

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!