Kenapa ibu bapa membanding-bandingkan anak dalam segenap aspek?

Māmy Syu
4
ibu bapa membanding anak, emosi anak tertekan, banding anak, mak ayah suka bandingkan result, mak ayah suka bandingkan aku dengan abang, anak tak pandai membaca, condem anak, suka jatuhkan air muka anak, suka membanding-bandingkan anak

"Anak kau tak puasa ke? Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun, aku ajar dari awal. Sekarang umur 6 tahun, puasa penuh. Alhamdulillah... Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh. Nanti makin besar makin payah nak ajar..."

Bukan bab puasa saja, bab tahu ABC, membaca, mengira pun sama.

"Anak aku ada dua orang. Si abang tu aku mula hantar sekolah tadika masa umur 3 tahun setengah cam tu. Alhamdulillah umur 5 tahun dah boleh baca surat khabar dengan lancar. 

Tetapi si adiknya, aku hantar ke tadika pada umur yang sama macam si abang. Umur 4 tahun sekarang ni tapi ABC pun tak kenal lagi. Aku tengok anak kau umur 4 tahun dah lancar membaca. Hebatnya anak kau...."

"Anak kau dapat 6A dalam UPSR? Tahniah weiii. Anak aku dapat 4A je. Dua subjek lagi tak tahulah kenapa, dapat 1B dan 1C. Tak tahulah kenapa, sejak kecil umur 4 tahun pergi sekolah sama macam anak kau, pergi tuisyen pun sama macam anak kau, tapi anak aku tak cukup pandai macam anak kau..."

Itu bab akademik. Pernah dengar ibu bapa banding-bandingkan anak berdasarkan rupa paras?

"Dua orang anak aku, dari kecil, si kakak ikut kulit aku, putih. Yang adik ikut kulit ayahnya, gelap. Sebab tu jodoh si kakak ni cepat, nikah masa umur 24. Si adik ni lambat, ni umur 29 baru ada orang merisik..."

Alkisahnya...

Syu pernah dengar sendiri 4 situasi di atas. Syu yakin kalian pernah alami juga. Atau sekurang-kurangnya pernah dengar. 

Inilah realitinya, orang dewasa banding-membandingkan anak.

Cuba kita bayangkan kalau kita ubah situasi. Fikirkan bagaimana si anak-anak pula banding-membandingkan ibu bapa mereka. 

"Ayah aku lembab sikit bab nak mengajar aku dan adik-beradik aku puasa. Umur 8 tahun baru ayah aku ajar aku puasa. Tu yang aku umur 10 tahun baru puasa penuh."

 "Kau untunglah ada ayah yang efisien dan rajin. Umur 3 tahun dah belajar puasa, sekarang umur 10 tahun dah puasa penuh siap khatam qur'an lagi. Untunglah kau..."

"Ayah mak aku tak fikir jauh. Masih dok bawah tempurung. Orang lain hantar anak-anak ke tuisyen supaya boleh belajar lebih untuk jawab peperiksaan supaya dapat keputusan yang tinggi. Tapi mak ayah aku mana ada duit. Malas kerja belaka."

"Kalau mak ayah aku rajin dan dapat duit lebih, mestilah aku pun boleh pergi tuisyen macam kau pergi tu. Mesti aku pun boleh berjaya juga. Tapi itulah, mak ayah aku pemalas. Malas kerja, buat side income, malas berbisnes, mana nak dapat duitnya..."

"Ayah mak aku, kedua-duanya kulit putih. Patutlah aku putih melepak. Ayah kau kulit hitam, mak kau pun hitam, jadilah kau hitam. Kesian kau..."

"Ayah aku ada PhD weiiii. Rajin belajar sampai PhD. Ayah kau ada apa? Setakat degree je. Malu la ada ayah camtu... Mesti ayah kau dulu SPM cukup-cukup makan je. Ayah aku cemerlang masa SPM, dapat biasiswa pergi luar negara, belajar sampai hujung dunia tu... Ayah kau mesti tak pandai macam ayah aku..."

Amacam?

Agak-agak, kita gembira ke kalau dengar anak-anak berbicara sebegini membanding-bandingkan kejayaan ibu bapa mereka dengan ibu bapa rakan-rakan mereka?

Saya sebenarnya kesian bila tengok anak-anak seusia 4 hingga 7 tahun ini dibanding-bandingkan oleh ibu bapa sendiri. Anak jiran dah pandai baca buku ensiklopedia, anak kita eja 'ibu' pun jadi 'abu.' 

Anak kawan umur 4 tahun dah pandai tulis karangan 1000 patah perkataan, anak kita pegang pensel pun salah lagi. 

Anak saudara kita umur 5 tahun sudah tahu pakai mekap tebal tapi nampak natural macam Kate Middleton, anak kita umur 7 tahun sikat rambut pun malas. 

Hadoihh..
Sebenarnya pada umur sebegini anak-anak perlu disuburkan dengan nilai-nilai kehidupan dan kemahiran insaniah. 

Contohnya keyakinan diri. Orang putih kata self-confidence. 

Bercakap dengan orang, bergaul, kita puji kebaikan yang anak-anak kita buat, berikan peluang mereka buat silap supaya kita boleh perbetulkan, bercakap depan orang (dalam kelas di tadika), dan pelbagai lagi.

Contoh seterusnya adalah akhlak dan moral. Berterima kasih apabila diberikan bantuan, meminta maaf apabila buat salah, senyum apabila bersua muka.

Tahu hormat orang yang lebih tua, bersalam cium tangan atau tunduk hormat, hormat guru dan ibu bapa, luahkan rasa sayang pada ibu bapa dan adik-beradik, berpakaian bersih dan kemas, dan macam-macam lagi. 

Contoh lain adalah kemahiran untuk surive dalam hidup. Seperti tahu harga wang dan bagaimana nak membeli dan buat bayaran, cara melintas jalan raya, jangan bercakap atau ikut orang yang tak dikenali, pupuk minat belajar seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwondo, dan sebagainya. 

Ini tidak .
Umur baru 5 tahun ibu bapa dah nak hantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, tuisyen atau kelas peribadi berbayar yuran paling mahal dalam dunia pun tak apa, anak-anak masing-masing, bukan kita nak halang. 

Tetapi apa pun potensi atau pencapaian anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun, usahlah dibanding-bandingkan dengan pencapaian kanak-kanak lain. Too early to say anything. 

Kesian si anak, asyik dibandingkan. Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak suka orang bandingkan kita dengan ibu bapa lain. 

Cool je wak. Kita lakukan je dengan slow and steady. Anak-anak kita bukan bahan eksperimen, atau lab rat. Tapi anak-anak adalah mutiara kehidupan. 

Didik dengan aman, agar tumbesarannya menjadi manusia yang aman. Bukan carca-marba. 

Anak-anak kita bukan bahan bandingan. Nak banding, banding supaya kita tahu apa nak dibuat supaya anak-anak berubah jadi lebih baik. 

Bukan membandingkan sebab nak jadikan modal bersembang dengan kawan atau lawan. 

Ingatlah selalu, setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jangan bebankan anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun dengan perkara-perkara tak perlu sebegini. 

Jangan bebankan diri kita sebagai ibu bapa juga. 

Penat tau banding-membanding ni.... 

Anak itu anak kita, kan? Sayangi seadanya tanpa membanding-banding, kita pun akan lebih tenang jiwa. 

Penulisan asal : Dr Syahr Musafir

ibu bapa membanding anak, emosi anak tertekan, banding anak, mak ayah suka bandingkan result, mak ayah suka bandingkan aku dengan abang, anak tak pandai membaca, condem anak, suka jatuhkan air muka anak, suka membanding-bandingkan anak

Post a Comment

4 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Hahahaaa... memang penat kalau asyik suka membanding-banding, nampak sangat dah tak ada kerja lain nak dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu le tu. Selagi tak buat orang down, selagi tu dia tak boleh duduk diam. Mulut tu terketar2 je agak nya bila tak mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati

      Delete
  2. Anonymous20:28

    saya pernah kena banding2 dgn makcik masa duduk kg dulu.Dia selalu kata saya ni budak nakal,tolol,degil.Anak si polan tu rajin,elok,sopan-santun.Saya dikatanya macam bapak jantan.Cara makan nasi pun dia compare dgn sepupu sy makan.Masa tu saya darjah 3.Sy rasa teruk sgt ke saya ni?Ya la masa tu budak2,nak menjawab punya takut...makcik sy memang teruk,bila dada sy mula berkembang naik putik masa darjah 4 dia tuduh org lelaki ramas sebab tu naik dada..sy nangis sebab sy malu padahal sy tak buat apa2 pun.Takkan dia tak tahu anatomi tubuh gadis?Macam2 dia buat sy..skrg makcik tu dah kawin ada anak 6 org,tuhan balas dah kat dia perangai anak2 tu mcm2 jenis sampai dia kena darah tinggi.Trauma sy bila ingat kenangan kanak2 masa duduk di kg dengan makcik...sebab tu self confidence saya terjejas sampai ke dewasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Dari apa yg awak cerita, makcik awak mmg sangat toksik lah orangnya

      Delete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!