Dia Suri rumah


Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, cuci jamban. Petang baru ingat nak makan nasi. 

Check homework anak. Malam-malam tak cukup tidur jaga baby. Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis.

Bila anak buat perangai, rosakkan barang. Orang kata dia 'tak jaga' anak. Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak, sampai masuk wad, dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yang pujuk. Semua, dia yang 'jaga'.

Balik kampung hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun pukul 12 tengahari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. Surirumah 'tak kerja'. Yang orang tak tahu, malam tadi dia cuma tidur 2-3 jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak menyusu, sekejap-sekejap anak ajak pergi toilet. Badan habis lenguh-lenguh lesu.

Orang tengok anak dia kurus, orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap tak mahu makan. Nasi dengan telur kicap juga yang dihadapnya.

Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh beli. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, itu semua dia beli guna duit dia berniaga. Sekali sampai 2-3 bisnes dia pulun sampai tak tidur malam.

Orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh buat bisnes full time. Yang orang tak tahu, sambil dia layan customer, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil update Facebook, sambil menyusu anak. Lepas pos barang customer, singgah kedai pula beli barang dapur.

ORANG KATA DIA KAKI FACEBOOK 😒 Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia, kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak. Dengan kucing. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dengan tokei dekat pasar, "Ikan ni berapa sekilo?" Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.

Orang selalu cakap, cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Mukapun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin, sebanyak itu jugalah air matanya mengalir.

Surirumah.
Standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah ada cuti. Tak ada istilah 'MC'. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat. Tak pernah dibayar gaji.

Surirumah.
Semulia-mulia pekerjaan.
Tapi tak pernah terpilih.

Tak apalah. Sebab ALLAH Tak pernah memilih.

Surirumah.
Sabarlah...ALLAH sayang

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.