Cuti Penggal Akhir Persekolahan 2019 Dah Hampir Tiba!

Māmy Syu
1
Kurang seminggu je lagi sesi persekolahan 2019 akan menutup tirainya. Untuk Syu yang mempunyai anak prasekolah (6 tahun) semestinya agak bimbang dengan tahap kebersediaan si Naufal tu untuk melangkah ke darjah 1 tahun depan. huhu tapi orang kata cuti sebulan setengah nanti masih boleh catch up lagi apa yang dia tercicir, and should be no problem sangat lah kan. Tapi bukan itu yang I nak cerita hari ini.

Graduasi Tamat Pra-sekolah 6 Tahun

Actually penulisan hari ini I cuma nak coretkan rangkuman ringkas tentang sesi persekolahan 2019 yang I lalui bersama my #miracleNaufal. So lets check it out.

It's a wrap!

Aktiviti sekolah yang Syu get involved throughout the year

Secara keseluruhannya Syu berpuas hati sebab berjaya (walaupun susah sebenarnya as a working mom) melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sukan, event, persekolahan dan kerja sekolah Naufal sepanjang dia berada di pra-sekolah. I believe the power of parental involvement dalam menentukan kejayaan akademik, sosial serta kehidupan harian anak-anak.

Kadang benda-benda remeh macam getting him ready for school saja pun sebenarnya mampu memberikan impak emosi positif terhadap abam Naufal dan I can see it. Kalau hari yang paginya I berleter keana bangun lewat dan rushing, automatik mood dia pun kelaut. Tapi kalau pagi sebelum ke sekolah tu I siapkan dia tanpa stress and everything lancar je, memang jelas air muka tak-sabar-nak-pergi-sekolah terpacar di wajah dia.


Kawalan socio-emotional anak preschooler

Macam yang Syu mention tadi. Perkara yang remeh temeh je pun sebenarnya, dan memang hari-hari pun kita as a mom akan buat. Cuma kadang tu kesibukan kerja tu membuatkan kita terlepas pandang. Padahal nak 'pegang' emosi anak tak perlu sebarang peraturan dan komitmen besar pun. Buat dalam santai-santai je contohnya:

 1. berbual tentang minat anak dan bertanya apa pandangan about the world around him.

 2. dalam sehari cuba adakan one-on-one time dengan anak, tak perlu lama, 10 minit pun takpe but be sure to give him 100% attention la kat dia. Sembang santai dengan dia tentang apa yang dia buat di sekolah, dengan siapa, apa perasaan dan masalah yang dia hadapai hari tu. 

 3. buat sesi revision di rumah dengan kaedah si anak tu yang mengajar mak. Syu suka main cikgu-cikgu dengan Naufal dan secara tak langsung pemahaman dia makin kukuh. Mak nye pun jahat, haha olok-olok jadi murid yang tak reti pape! Jenuh 'cikgu' nya nak explain hahaha.

 4. masa buat kerja sekolah mesti fix. Ini mengajar anak preschooler untuk manage masa. Dan bagi lah reward sikit bila dia berjaya selesaikan kerja dia dalam waktu yang ditetapkan.

 5. peka dan perhatikan kelemahan anak. Mana-mana part yang mak rasa risau dengan kebolehannya, cepat-cepat bawak bincang dengan cikgu dia.



Jalin hubungan baik dengan guru 

Hubungan ibu bapa dan guru sangat penting especially untuk anak-anak prasekolah macam Naufal. Bab ni alhamdulillah, guru kelas Naufal ada membuka group Whatsapp untuk ibu bapa dan peluang ni Syu gunakan sebaiknya untuk berhubung dengan cikgu. Apa-apa masalah, tak puas hati ke, I terus private message cikgu dia untuk berbincang. Tapi takde lah pulak Syu serang or marah-marah cikgu! Jangan ya parents. This may make things awkward especially kat anak kita. Tak cool weyy kalau cikgu 'pangkah' anak kita di sekolah.


Maaf. Syu penentang tegar helicopter-parenting

Istilah "bantu anak buat kerja sekolah" sekarang ni banyak diselewengkan kepada "mak yang buat semuanya". Kita mak ayah cuma berikan dorongan dan galakan je, not to have him depend on ibu sepenuhnya. Kalau dah semuanya kita buatkan takut nanti anak jadi terlalu bergantung dan helpless bila dia dewasa kelak. 

So, libatkan diri sekadar saja je agar kita dapat tengok hasilnya nanti. Dan jangan lupa kita parents merupakan teladan terdekat bagi anak-anak belajar untuk berdikari. Daripada kita buatkan semua untuk anak, better kita jadi pemudah cara and show him how it's done dan biarkan anak go through trials and errors agar menjadi lebih matang dan berdikari.

Semoga pengalaman prasekolah Naufal tahun ini menjadikan Syu ibu yang lebih baik untuk menempuh alam pra-sekolah angah (budak Nufael, adik si Naufal) pula tahun depan. Dan dengan harapan yang tinggi, foundation Naufal di pra-sekolah selama 10 bulan lebih ni mampu memberikan asas yang kukuh untuk dia survive di tahun 1 nanti. Amin~

Post a Comment

1 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. cikgu mcm abam kie pun x sabra nak bercuti ni. dah siap segala kerja2 akhir thn. minggu akhir ni gi sek bawa laptop sambal layan movies je. x apa sbb semua kerja hakiki dah siap...

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!