Resipi Muffin Brokoli dan Keju Untuk Bayi Berlatih Makan Sendiri!

Hi mommies! Pernah cuba beri bayi peluang untuk suap makanan sendiri tak? Ini dikenali sebagai led weaning dan hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan parents. Kalau nak cuba, pastikan anda beri si manja makanan bersesuaian. Nah, ini resipi yang boleh parents cuba.



 Muffin Brokoli dan Keju 


Bahan-bahan: 
200g brokoli 
1 ½ cawan yoghurt tanpa perisa (360ml) 
¼ cawan minyak masak zaitun 
1 telur besar 
50g keju 
2 cawan tepung naik sendiri (225g) 
½ sudu kecil garam 
¼ cawan susu (50ml) 

Cara membuatnya: 
-Panaskan ketuhar ke suhu 200ºC. 
-Kukus brokoli sehingga lembut. 
-Masukkan yoghurt, telur, minyak, brokoli dan keju ke dalam mesin dan dicincangkan. 
-Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar dan tuangkan campuran air dari mesin pemproses makanan dan gaul bersama. 
-Tambahkan sedikit susu sekiranya anda rasa campuran itu terlalu kering. -
-Ia akan kelihatan sedikit basah dan berketul-ketul. 
-Bahagikan campuran ini dengan rata dalam tin mufin. 
-Bakar selama kira-kira 15 minit sehingga coklat keemasan. 

Yay dah siap dan boleh disajikan untuk si manja!  Mesti anak teruja nak makan sendiri, hihi.

Catat Ulasan

0 Ulasan