Budak 5 Tahun Nyaris Maut Tercekik Buah Anggur

Nyaris Maut Tercekik, Jom Ikut Cara Betul Nak Potong Buah Anggur | Nampak macam kecil je buah anggur ni, tak sangka boleh buat anak tercekik.


Baru-baru ini, viral satu kes dimana seorang kanak-kanak berusia 5 tahun terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan kerana alami sesak nafas selepas tercekik buah anggur. 

Walaupun buah anggur nampak kecil dan lembut, namun saiznya itu sudah cukup untuk menyekat salur pernafasan, terutamanya pada kanak-kanak. 

Memetik post oleh Public Health Malaysia, buah anggur yang kecil dan lembut itu seharusnya dipotong ke saiz kecil terlebih dulu sebelum diberikan kepada kanak-kanak.


Cara potongan buah anggur juga adalah perlu secara memanjang dan bersaiz kecil, bukannya potong melintang macam biasa orang buat tu.

Kalau tengok kat bahagian komen, rata-rata netizen memandang serius isu ini dan akan lebih berhati-hati ketika memotong makanan untuk anak-anak yang masih kecil.


3 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Pasni kena hati-hati. Menda ni nampak kecik dan mungkin remeh ja pada kita ibubapa tapi kesan pada anak sangat berat 😥

    ReplyDelete
  2. Seram baca..tengok gambar lagi seram...nasib takde apa- apa kan...

    ReplyDelete
  3. Alamak, dah lah selalu juga bagi anak buah makan anggur sebiji. Bahaya betul rupanya.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.