Apakah kos sara hidup di Manjung?

Apakah kos sara hidup di Manjung? | Kajian menunjukkan bahawa kos hidup di daerah Manjung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, ia masih dianggap sederhana dan berpatutan bagi warga Manjung, bahkan bagi pemastautin yang bekerja di Manjung itu sendiri. 

Dengan perancangan kewangan yang betul, mereka masih mampu membeli flat dan rumah kos rendah. Selain itu, terdapat juga projek township yang menawarkan 10,500 unit perumahan atas tanah (landed) untuk dijual sekitar Bandar Baru Setia Awan Perdana yang amat sesuai buat mereka yang merancang untuk membeli rumah pertama di Manjung. 

Perkongsian Syu kali ini sedikit sebanyak akan membimbing korang through the cost of living in Manjung.

Sumber : facebook



1. Perumahan / Kediaman


Kos perumahan bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi, usia hartanah tersebut serta proximity dengan pusat bandar. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan kerana kos sewa kediaman adalah berbeza-beza mengikut jenis hartanah yang korang pilih, seperti:


Pangsapuri persendirian (private)
Kebanyakan perantau yang bekerja di sekitar Manjung lebih suka tinggal di pangsapuri atau apartmen kerana kemudahan yang disediakan seperti, kolam renang, taman permainan,  kawalan keselamatan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, sewa untuk tinggal di unit apartmen agak lebih murah daripada rumah landed. Pangsapuri dengan 4 bilik tidur di tengah-tengah bandar seperti The Venus akan menelan belanja kira-kira RM 1200 sebulan dan boleh naik sehingga RM 3000 bergantung kepada jenis pangsapuri.


Pangsapuri perkhidmatan (Serviced apartments)
Sesetengah orang, macam Syu sendiri prefer untuk tinggal di pangsapuri servis sebab lebih selesa dengan kemudahan stail hotel yang mempunyai perabot tersedia (fully furnished). Pangsapuri-pangsapuri servis biasanya dilengkapi kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium, serta dengan kaedah pembayaran fleksibel di mana penyewa boleh memilih untuk membayar sewa harian, mingguan mahupun setiap hujung bulan.

Untuk sewa bilik di pangsapuri seperti Apartment Bukit Permata, Lumut Waterfront Villa dan Apartment Titi Panjang biasanya menelan kos RM400 - RM 600 sebulan, di mana ianya dikatakan lebih makahl berbanding menyewa seluruh unit apartment tersebut.


Perumahan atas tanah (landed)
Unit kediaman bertanah atau landed property merujuk kepada rumah banglo, rumah teres dan rumah berkembar. Memandangkan Manjung merupakan daerah yang sedang membangun, jadi banyak projek pembinaan rumah teres dan rumah kluster berkembar dibangunkan di sekitar daerah ini lagi-lagi dengan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang bakal memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manjung kepada 90 minit sahaja.

Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) sendiri menawarkan lebih 10 ribu unit kediaman baru dengan konsep moden dan mampu milik. Rata-rata golongan muda berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) layak memohon untuk perumahan BBSAP fasa ke empat dan lima. Dianggarkan jumlah potongan pinjaman perumahan adalah dari RM 600 ke RM 900 sebulan bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.



2. Makanan

Makanan di sekitar daerah Manjung dianggap murah terutamanya di Lumut. Memandangkan demografi penduduk dan pekerja yang berkerja sekitar Lumut merupakan pekerja industri, jadi makanan di sini sangat mudah didapati dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, ini sangat bergantung kepada di mana dan apa yang korang makan. Makan di medan selera atau daripada penjaja pinggir jalan pasti harganya lebih murah berbanding makan di restoran seafood mahupun medan ikan bakar. By the way, ia depends on lifestyle korang juga. Perbelanjaan untuk makan korang tentu akan lebih rendah jika memasak sendiri di rumah.



3. Pengangkutan

Bandar utama Manjung, iaitu Seri Manjung mempunyai perkhidmatan bas rapid-Manjung dengan dua laluan utama iaitu laluan dalam bandar (Manjung City Loop) dan laluan ke Pangkalan TLDM. Servis GRAB juga agak rancak di sini terutamanya pada hujung minggu. Bagi korang yang pengguna tegar kenderaan awam dianggarkan kos transportation korang lebih kurang RM 80 - RM 100 sebulan.

Di Manjung, memiliki kereta sendiri dikatakan agak membebankan berikutan beberapa kos tambahan yang perlu ditanggung seperti petrol, cukai jalan, sewa parking dan sebagainya. Langkah lebih ekonomis adalah dengan bermotorsikal.



4. Khidmat Kesihatan

Manjung mempunyai sebuah hospital kerajaan terletak berdekatan bandar Seri Manjung. Bagi penjawat awam, kos rawatan adalah percuma manakala orang awam pula akan dikenakan caj RM1 untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar. Sementara itu, terdapat dua kemudahan fasiliti kesihatan swasta, iaitu KPJ Sri Manjung dan Pantai Hospital Manjung.
Caj deposit untuk konsultasi pakar adalah sekitar RM 240 ke RM 300, manakala biaya untuk ujian darah dan diagnostik adalah kira-kira RM 180 hingga RM 200. Kebanyakan yang berkerja di Manjung adalah dari institusi swasta dan mendapat peruntukan tahunan kesihatan di fasiliti kesihatan panel syarikat masing-masing. namun begitu, adalah lebih baik jika mencarum insurans takaful untuk diri dan keluarga.


5. Utiliti

Yuran utiliti seperti elektrik dan air biasanya akan berkisar antara RM 80 hingga RM 200 bergantung kepada penggunaan korang. Untuk caj servis telefon bimbit, ia akan menelan kos kira-kira RM 35 hingga RM 100 mengikut pelan mobile yang korang pilih. Bil internet WIFI di rumah biasanya menelan belanja kira-kira RM 110 sebulan dan servis TV satelit dikenakan biaya sekitar RM 48 sebulan. Kesemua kos utiliti di Manjung tidak ada banyak bezanya dengan Kuala Lumpur.


6. Pendidikan

Pelajaran tinggi di Manjung banyak menjurus kepada perikanan, marin dan oil & gas. Terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang terletak dalam daerah Manjung, seperti UniKL MIMET, NIATS Oil & Gas Marine Academy, Kolej Komuniti Manjung, IKM Lumut, Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung, serta Kolej Perikanan Malaysia Lumut dan sebagainya.



7. Lain-lain


Perbelanjaan lain adalah termasuk perbelanjaan untuk hiburan dan peralatan elektronik atau gajet seperti komputer, laptop atau televisyen. Peralatan sukan dan rekreasi seperti basikal dan yuran kelab renang dan dewan badminton juga termasuk dalam kos pelbagai jika korang tinggal di Manjung.


Sebagai kesimpulan, kos sara hidup di Manjung sebenarnya boleh diurus jika korang menguruskan kewangan dengan baik. Rancanglah kewangan dengan sewajarnya untuk mengelakkan diri dari terlebih belanja dari kemampuan.

Catat Ulasan

0 Ulasan