PKP Tingkah Laku Anak-anak Makin Menjengkelkan

Māmy Syu
3
Hari ini 28 April 2020, Perintah Kawalan Pergerakan dekat Malaysia tahap 3 akan berakhir, tapi akan disusuli pula PKP tahap 4 sampai 12 Mei haha. 

Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan kita berkurung di rumah. Tapi bagi Syu, orang dewasa macam kita ni tetap keluar rumah juga, paling tidak pun 5 hari sekali untuk stock up keperluan harian. Tanpa disedari, sebenarnya orang yang betul-betul berkurung sekarang ni adalah anak-anak kita! 

Dalam keadaan pandemik ni, kita orang dewasa pun akan mengalami tekanan, dan apatahlagi si kecil? 

Dr Robin Gurwitch, Profesor Psikiatri di Duke University berkata “Apabila kanak-kanak tertekan, ia selalunya ditunjukkan melalui perubahan fisiologi, emosi serta tingkah laku.”

Betul!

Anak anak Syu masing masing dah menunjukkan perubahan tingkah laku sejak seminggu lalu.


Perubahan corak tidur siang

Kalau bercakap tentang tidur siang, antara Naufal, Nufael dan Araa, memang Araa lah yang paling juara tidur siang. Tapi sepanjang minggu lepas, cuma sehari je dia tidur siang. Enam hari selebihnya, bukan main susah nak bagi tidur. Di dodoi, sudah. Diulit, sudah. Berzikir, berdendang, menyanyi semua sudah. Tapi selepas dua jam, masih tak tidur-tidur lagi. Aduii~

Lepastu, bila mata tak tahan dah terlampau mengantuk, mula lah semuanya serba tak kena. Penyudahnya, dia buka loud speaker full volume lah wei.

Terlalu Lama Berkurung - Tingkah Laku Anak-anak Makin Menjengkelkan
حوراء حلوانه 


Lambat tidur malam

Biasanya hari normal persekolahan, abang Naufal dan Angah Nufael akan tidur sharp pukul 9 malam. Kalau malam tu lambat dinner, waktu tidur diorang akan lajak sikit around pukul 9.30. Tapi start je PKP, bebudak ni dah pandai tidur pukul 11 ke atas. 

Waktu sebelum PKP, kan cuti sekolah seminggu. Ha masa tu taat lagi tidur awal. Tapi bila start je PKP, alamak aihh. Lambat betul diorang tidur. Alamak aihh. Mak kau ni dah lah jenis tak tahan daulat tidur lambat. Lepas isyak je, mata nak celik pun kena tongkat dengan lidi huhu~ Kalau ikutkan fakta psikologi, budak-budak kalau turun ke tanah bermain, sampai berpeluh memang akan affect pola tidur diorang. hmm..
 


Asyik nak berkepit dengan ibu (clingy)

Ha yang ini I memang annoyed gila! Satu kerja apa pun tak boleh buat. Bukan si adik Araa je ya! Tapi dengan si abang-abang nya pun berkelakuan serupa. Ibu ke dapur, berjujuk tiga beradik mengekor masuk dapur. Mengekor tu satu hal. Mulut tu. Mulut tak henti bertanya itu ini itu ini. 

Tahu tak, setakat sebulan PKP ni, dah 4 pinggan mangkuk pecah. Tengah basuh pinggan, 
"Ibu, ibu. Tengok ni saya potong sayur
*prangg!*
Spontan Syu lepaskan pinggan dalam singki, terus terpa ke arah Naufal, dan merampas pisau dari tangannya. Dalam keadaan berdiri atas kerusi, dengan pisau di tangan budak 7 tahun? Kuss semangat! Bahaya nak oii!


Hilang selera makan

Si abam Naufal dengan si angah Fael jenis kurang makan nasi. Diorang ni jenis suka makan makanan jenis savoury macam cucur (jemput-jemput), karipap, ataupun lempeng. Nasi-nasi ni kurang. Tapi adik Araa memang perut nasik! Sehari mesti 3 kali makan nasi. But lately ni, dia cuma makan nasi 2 3 suap je. Tak macam kebiasaan, 1½ senduk habis.

ibu bapa tertekan PdPR, pkp dan covid-19 kanak-kanak lagi stress daripada orang dewasa, kanak-kanak menjadi mangsa dera ibu bapa turut tertekan, gilir-gilir jaga anak dengan suami,


Kemerosotan tingkah laku

Secara psikologi nya, dalam situasi pandemik macam sekarang ni, seseorang tu cenderung mengalami penurunan tingkah laku.

Penurunan tingkah laku ni macam ni tau. Perbuatan or tindakan yang biasa kita buat masa kecik dulu, tiba-tiba kita buat balik sekarang ni. Contohnya macam Naufal. 

Masa kecil dulu dia suka gentel bucu bantal busuk, dan menghisapnya. Sekarang tabiat tu berulang kembali, tapi kali ni dia menghisap leher baju pulak. Huu~

kanak kanak stres dengan perintah kawalan pergerakan pkp covid 19
Arr tengok la tu. Bergulung-gulung leher baju tu

Lepastu, 2 hari lepas, tak pasal-pasal dia ngempol (kencing tilam) pulak dah! Padahal dah 4 tahun dia dah tak pakai pampers. Adoih rasa nak terburai jahitan czer ni mengangkat tilam hoii!

Perubahan emosi yang sukar dijangka

Masing masing dah mula menunjukkan perubahan emosi mendadak dan asyik berubah-ubah. Pening kepala ibu, kadang rasa nak menangis pun ada.

Abis tu dia ingat dia je emo? Padahal ibu ni lagi berjuta kali lebih emo dalam keadaan sekarang ni tau. Tapi terpaksa bottled up semua emosi tu demi ketenteraman.huhu.

Naufal, sikit-sikit menangis, sikit-sikit meraung. Ibu kantoi kan dia mandi tak gosok gigi pun nak sentap, nak sebak, nak teriak.

Nufael, asyik nak merjuk je kerjanya. Lambat sikit buatkan susu kat dia, mesti merajuk.

Hawraa, tak sudah-sudah menyelit belakang almari. Orang cari macam nak gila, panggil nama dia, dia boleh buat senyap. Ibu syak, dia memang berniat nak menyorok dari semua orang..huu~

Tiga-tiga orang dengan perangai masing-masing, nak menguji kesabaran ibu sampai rasa nak naik angin! 

*sabar. Puasa..puasa..*

Tapi syukur lah tak ada sorang pun yang tantrum or mengamuk tak tentu pasal. Diorang tahu ibu nya tak cukup sabar nak handle budak mengada. Kalau ada yang berani cuba, haa sebat dengan rotan lah 'makan' dia. ibu bapa tertekan PdPR, pkp dan covid-19 kanak-kanak lagi stress daripada orang dewasa,
kanak-kanak menjadi mangsa dera ibu bapa turut tertekan, gilir-gilir jaga anak dengan suami,

Boleh ke ibu ayah mengawal tekanan mental anak-anak?

Yes, boleh sangat! InsyaAllah. Kita as parent memang kena peka terhadap perubahan behavior anak-anak dalam tempoh PKP ni. Sebab 'berkurung' itu sendiri sebenarnya sudah bertentangan dengan fitrah seorang kanak-kanak.

Bukan namanya budak lah kalau tak melasak, berlari satu padang, main bola kayuh basikal. Am I right?

So apa yang mak ayah boleh buat adalah dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap anak yang menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan mental. 

Peranan kita sebagai mak ayah adalah penting di saat-saat sukar macam ni. Kita kena tunjukkan pada anak-anak yang we all in this together. Biar anak faham yang ibu atau ayah akan sentiasa ada di sisi. Ianya penting bagi membina perasaan selamat dan yakin dalam diri anak.

“Abam, kenapa Abam nampak gelisah je ni?"
"Abam risau apa?
"Ibu kan ada ni. Ibu saaayang Abam" 

Lebih kurang begitu la skrip nya ahaks~ 

Ye. Kita kena keep saying those words. Luahkan ayat-ayat lifting yang bisa menghilangkan kegusaran di hati si kecil.

Elakkan pendekatan marah
Bila keadaan jadi terlalu tegang, cuba kawal diri untuk tidak memarahi anak. Marah hanya akan membuatkan keadaan mental anak bertambah buruk.

Sebaliknya, berikan dakapan dan ciuman penuh kasih sayang sekurang-kurangnya sekali sehari, sebelum mereka masuk tidur. Tak banyak, sikit, pelukan pasti akan membuatkan anak rasa ibu sentiasa ada dan dekat dengannya

Kesimpulan
Situasi pandemik ini adalah situasi yang penuh dengan ketidakpastian. Mana dengan puasa lagi, memikir sama ada PKP sambung lagi ke tidak, raya tahun ni macam mana suasananya, boleh balik kampung ke tidak.. 

Arghh benda macam ni pun boleh bikin I stress!

See? Mental kita yang dewasa ni pun boleh koyak, ni apatahlagi si kecil di rumah kita ni? Lagi lah fragile. 

So penting untuk ibu bapa perhatikan secara teliti sebarang tanda kesihatan mental pada anak-anak. Tandakan perubahan yang nampak keterlaluan dan membimbangkan.

Kalau anak mula tunjuk sikap mengasingkan diri, dan tak mau makan apa-apa langsung, itu mungkin petanda yang sangat-sangat tak baik. 

I think you all boleh hubungi talian sokongan di bawah dan dapatkan nasihat dari mereka.

ibu bapa tertekan PdPR, pkp dan covid-19 kanak-kanak lagi stress daripada orang dewasa, kanak-kanak menjadi mangsa dera ibu bapa turut tertekan, gilir-gilir jaga anak dengan suami,

Kalau tidak, you all boleh cuba teruskan je melayan anak-anak dengan sepenuh perhatian dan luangkan lebih banyak masa bersama mereka. Mudah-mudahan anak-anak kita baik-baik saja. Moga ia boleh mengurangkan kebimbangan (anxiety) dan kegelisahan (restlessness) yang mereka hadapi dalam mengharungi tekanan akibat perintah berkurung COVID-19 ni.

Post a Comment

3 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Betul la tuh, sedangkan orang dewasa pun stress tak tahan inikan pula budak-budak lagi la

    ReplyDelete
  2. Kesian budak2 Kan Diorg pun stress juga duk rumah lama2..mak budak pun kesian juga lagi stress hihii.. jemput join segment mama tu ye

    ReplyDelete
  3. Betul. Sian anak saya bosan dok rumah biasanya sebelum ni petang2 bawak dia keluar jalan2 kat padang

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!