5 Adab Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Islam

Ramai new parents yang teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka ke dunia dan yang pastinya anak kecil yang bakal lahir ini akan jadi penyeri hidup pasangan yang baru berkahwin. 

Selepas ini rumahtangga  mereka akan sentiasa dihiasi dengan tangisan si comel. Tapi ramai mommies daddies yang kadang terlupa akan amalan dan adab menyambut kelahiran bayi mengikut cara islam.

Pertama sekali hendaklah membaca doa pelindung dari gangguan syaitan


Ya. Manusia itu kan mudah lupa. So, apakata hari ni kita revise balik secara ringkas 5 adab dalam menyambut kehadiran bayi baru lahir mengikut cara islam.


1. Azan dan Iqamah

Sejurus kelahiran, bayi itu akan diserahkan kepada bapa atau walinya untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan bayi dan iqamah di telinga sebelah kiri. Tujuannya adalah untuk memperdengarkan kalimah seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah SWT dan merupakan seruan pertama yang didengar oleh bayi. Manakala menurut Sheikh Muhammad Ali Qutub, azan dan iqamah adalah seperti bacaan talqin, ini adalah kerana kelahiran bayi bermaksud berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya semasa di dunia.


2. Tahnik


Sunat melakukan tahnik di mulut bayi yang baru lahir. Caranya ialah dengan mengunyah kurma, dan kurma yang telah lumat itu diletakkan di hujung jari lalu dimasukkan perlahan-lahan ke dalam mulut bayi dan ratakan kurma tadi ke seluruh bahagian mulut bayi tadi, sekiranya tidak ada kurma, boleh digantikan dengan madu atau sesuatu yang manis. Hikmah bertahnik adalah untuk menguatkan urat-urat di sekitar mulut bayi dengan gerakan lidah dan akan memudahkan bayi untuk menghisap susu ibunya dengan kuat. Namun, tahnik diutamakan dilakukan oleh orang yang soleh untuk mengambil berkatnya supaya kelak bayi itu akan menjadi seorang yang soleh dan bertaqwa.


3. Aqiqah


Sunat bagi umat islam untuk membuat aqiqah, dimana ianya lebih afdal sekiranya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut bahawa aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Membuat aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling. Sunah Rasulullah menyuruh dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Namun bagi mereka yang tidak mampu, ia boleh dilakukan sebelum akil baligh si anak.


4. Mencukur jambul

Sunat untuk mencukur rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya, dan kemudian rambut itu akan ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak dan disedekahkan ke fakir miskin. Hikmah digalakkan mencukur rambut bayi adalah untuk membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh. Amalan ini diamalkan dalam islam supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang.


5. Memberikan nama anak


Sunat untuk memberikan nama anak yang baru lahir pada hari ketujuh kelahirannya atau secepat yang boleh. Ibu bapa hendaklah memberikan nama yang elok dan membawa maksud yang baik kerana nama itulah yang akan dipanggil di akhirat kelak.

Penutup

Jadi, ada ke mana-mana antara 5 ini yang mommy daddy terlepas pandang? Semuanya sempurna? Alhamdulillah.
Tapi bagi yang belum sempurnakan, jomlah kita mengamalkan adab-adab ini semasa menyambut kehadiran bayi you all yang akan datang. Semoga dipermudahkan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bagus sharing benda nie. Kadang kala ada parents terlepas pandang ;)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y