Clorox® Dedah Perbezaan Proses Membersih, Sanitasi dan Disinfeksi

Māmy Syu
0
BEZA MENCUCI vs DISINFEKSI
Kita telah berada di tahun 2022 tetapi virus Covid masih lagi berleluasa di luar sana, dan kini lebih mudah merebak pula dengan varian baharu iaitu Omicron.

Cara mudah disinfeksi rumah,cara-sanitasi-rumah-guna-clorox

Alhamdulillah hari ini mamy Syu bebas daripada kuarantin (HSO) kerana positif COVID-19 varian Omicron. Omicron merupakan varian yang paling cepat dan mudah merebak berbanding varian-varian lain, maka proses sanitasi rumah bagi cegah jangkitan virus SARS-CoV-2 kepada ahli isi rumah yang lain perlu lah dilaksanakan dengan segera.
cara sanitasi rumah guna dettol
Bagaimanapun, proses membersih ini memang dah menjadi rutin harian bagi kita, ibu-ibu yang cerewet bab kebersihan rumah. Tak dapat dinafikan kita golongan ibu-ibu ini memang handal dalam membersihkan rumah tapi malangnya itu tak menjamin rumah kita bebas kuman! 
BEZA MENCUCI vs DISINFEKSI
BEZA MENCUCI vs DISINFEKSI
Kuman adalah mikrob yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia, mereka hidup di mana-mana dan awas! mereka sangat kecil dan licik sehingga mereka boleh menyelinap masuk ke dalam badan kita tanpa kita sedari.
proses disinfeksi atau membasmi kuman
Pembersihan harian yang kita lakukan ni bukan sebab kita ni clean freak atau OCD ke apa, tapi ianya naluri ibu secara semulajadi yang sentiasa ingin melindungi insan yang disayangi, selain untuk mengelak pembiakan mikro-organisma berbahaya serta memelihara rumah daripada 'ditumpang' oleh makhluk perosak seperti tikus dan anai-anai.
Perbezaan antara Sanitasi dan Disinfeksi.
Persoalannya, bagaimana nak melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih? 

Kuman, bacteria, viruses, fungi and many more. They seem to be lurking everywhere dan kita tak mampu nak elak pun. Tertanya-tanya juga kan, adakah prosedur pembersihan rutin kita itu sudah memadai? Atau sebenarnya ia memerlukan prosedur sanitasi dan nyahjangkit?
cara sanitasi rumah sendiri

World Health Organisation ( WHO ) mengesyorkan 70% etil alkohol untuk peralatan khusus yang boleh diguna semula. Natrium hipoklorit pada kadar 0.5% (bersamaan dengan 5000 ppm) untuk membasmi kuman di permukaan.

Apa perbezaan maksud proses membersih, sanitasi dan membasmi kuman?

Definisi membersih itu sendiri sudah membawa maksud yang meluas yang mana meliputi cucian dan pembasmian kotoran. Pembersihan rumah adalah istilah umum yang membawa maksud kepada memastikan sesuatu tempat itu terhindar daripada kekotoran. Namun, terdapat perbezaaan di antara membersih dengan sanitasi dan membasmi kuman.
cara sanitasi rumah sendiri
Cara mudah disinfeksi rumah,sanitasi-rumah-pesakit-covid-dengan-clorox-expert,Sanitasi rumah bantu cegah jangkitan Covid-19
cara sanitasi rumah pesakit covid

Definisi Membersih vs Mensanitasi

Konsep membersih adalah melibatkan aktiviti cucian asas bagi membersihkan kotoran yang boleh dilihat secara mata kasar seperti mencuci pinggan mangkuk yang kotor atau menyapu debu di lantai serta mendobi pakaian. Cucian asas begini mungkin tidak berapa efektif dalam membunuh kuman secara total, ia hanya menjadikan rumah kita bersih tapi bukannya bebas kuman! So di sinilah sanitasi dan nyahjangkit memainkan peranan.
cara sanitasi rumah pesakit covid

Definisi Mensanitasi vs Disinfeksi

Kebanyakan orang cenderung menyamakan istilah "sanitise" dengan "disinfect" tapi hakikatnya ia merupakan dua perkara yang berbeza! Nerve-wreaking, huh? Perkataan sanitize sangat kerap meniti di bibir semua orang hari ini, tapi tak ramai yang betul-betul faham akan maksudnya. 
cara sanitasi rumah pesakit covid
Mensanitasi atau sanitizing merupakan aktiviti membersih dan juga mengawal penyakit berjangkit (mengikut piawaian) daripada di transmit dari satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Objektif proses sanitasi ini adalah bagi memastikan sesuatu permukaan itu bersih dari kotoran dan juga ianya bebas kuman. Jika dalam situasi pandemik dengan penularan varian Omicron sangat mudah berjangkit ini, better kita disinfeksi rumah kita daripada hanya sekadar sanitasi.
Definisi Nyahjangkit (disinfeksi)
Disinfeksi atau membasmi kuman bukan sekadar mengurangkan kuman, tapi ia adalah proses membunuh secara menyeluruh kuman seperti fungi, virus dan bakteria, termasuk spora mikrob ini daripada permukaan. Aktiviti disinfeksi tidak semestinya menghilangkan kotoran sepertimana proses sanitasi berfungsi. Prosedur nyahjangkit atau pembasmian kuman ini menggunakan ejen kimia yang diluluskan oleh EPA sahaja. 
kepentingan sanitasi covid 19
Selain menggunakan bahan kimia, disinfeksi juga boleh dijalankan melalui kaedah penseterilan pancaran sinar UV yang secara efektif dapat memusnah dan merencat protein DNA microbs daripada membiak. Namun proses disinfeksi memerlukan tempoh tertentu untuk memusnahkan kuman sepenuhnya sebelum permukaan itu bebas.
aktiviti sanitasi dan disinfeksi di premis
Dalam mendepani gelombang keempat COVID-19 dengan penularan varian Omicron yang sangat cepat berjangkit ini, kita perlu selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, alat kawalan jauh, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta pakej penghantaran.

Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.

Jenis pembasmi kuman yang mudah didapati iaitu Natrium hipoklorit atau lebih dikenali sebagai peluntur atau Clorox. Terdapat juga pembasmi kuman yang sedia diguna termasuk lah tisu basah pembasmi kuman dan semburan penyahjangkit yang boleh digunakan di rumah.

Peluntur Sebagai Disinfectant?

Persoalan yang satu ini pun selalu berlegar-legar dalam kepala Syu. Cecair peluntur yang ada di rumah kita ni sebenarnya ejen sanitasi ke ejen disinfeksi?

Ha jawapannya adalah dua-dua pun boleh, bergantung kepada kepekatan larutan peluntur itu sendiri. Tak percaya? Kenapa tak percaya? Sebab peluntur bertoksik? hehe as far as we all know, bekalan air paip ke rumah kita pun mengandungi peluntur (klorin). Tapi bukanlah pada konsentrasi tinggi.

Bahan aktif bagi peluntur adalah sodium hypochlorite, atau ringkasnya orang kampung menyebut ia sebagai klorin. Sodium hypochlorite adalah germicide yang sangat powerful sebagai ejen disinfeksi kerana keupayaannya dalam menyahasli (denature) protein mikrob dan juga berkesan meruntuhkan dinding sel bakteria, DNA virus dan juga kulat. Bahan ini adalah untuk digunakan pada permukaan, BUKAN manusia.

Cara mudah disinfeksi rumah,Sanitasi rumah bantu cegah jangkitan Covid-19


Tahukah Anda, Cecair Disinfectant Boleh Dibuat Sendiri Di Rumah?

Tengok apa yang Syu terjumpa dari laman web Clorox Malaysia. Di sini Syu akan kongsikan semula teknik penyediaan larutan nyahkuman menggunakan Clorox® Bleach bagi tujuan mensanitasi pinggan mangkuk, gelas atau perkakas dapur selepas digunakan oleh ahli keluarga yang dijangkiti Covid.
  • Pastikan sisa makanan dibersihkan terlebih dahulu, kerana sisa bahan organik akan bertindak balas dengan peluntur aktif dan mengurangkan kepekatan peluntur.
  • Sediaan ini sesuai untuk dekontaminasi peralatan yang kontak dengan mulut seperti perkakasan dapur, mainan anak yang diperbuat daripada plastik, papan plastik pemotong, dan sebagainya. Dilute 20ml Clorox® Bleach ke dalam 5L air.
  • Rendam semua item dalam larutan ini dan biarkan selama 2 minit.
  • Bilas barang-barang tersebut dan biarkan kering.
harga sanitasi rumah
Next, if you are disinfecting permukaan keras seperti tub mandi, singki, kepala paip, jubin lantai, bangku, tong sampah, tombol pintu, suis lampu dan sebagainya, larutan sodium hypochlorite 6% adalah sesuai untuk kegunaan tersebut. Untuk Membersih, Membasmi Kuman dan Menyahbau Permukaan Keras dan Tidak Berliang: 
  • Cuci permukaan daripada debu atau kotoran yang kelihatan terlebih dahulu. 
  • Mop atau Lap dengan larutan membasmi kuman 1 cawan (250ml) Clorox® per 5 liter air. 
  • Biarkan larutan berkontak dengan permukaan selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bilas dan dilap kering.

Disinfeksi Secara Profesional Guna Clorox Expert®

Larutan pembasmi kuman buatan sendiri adalah tidak stabil dan hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam sahaja selepas dibancuh atau dicairkan. Mungkin bagi yang mempunyai lifestyle yang mengejar masa macam Syu ni akan merasa berat dan sukar untuk melakukannya.

Membasmi kuman di rumah sebenarnya tidak susah mana dan anda mempunyai beberapa pilihan berdasarkan bajet dan kemudahan. Ohh by the way Syu happy sangat sebab terjumpa rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang ready to use. 

Seriously ia sangat-sangat membantu Syu mendisinfeksi kediaman, tempat kerja Syu di sekolah adan dalam kereta secara profesional tanpa perlu bersusah payah. Paling penting ia mempunyai pengiktirafan EPA, serta dapat membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk virus SARS-CoV-2 dalam masa 1 minit!

Dengan kadar kebolehjangkitan Omicron yang sangat tinggi sekarang ini, Syu nak mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa tip bagaimana untuk melindungi diri dan insan tersayang sepertimana yang dicadangkan Clorox.


Disinfeksi dengan Clorox Expert Terbukti Berkesan Bantu Cegah Jangkitan Covid-19

vendor syarikat sanitasi rumah

Wujudkan Satu Pek Kit Pencegahan

Himpunkan item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta tisu pengelap dan penyembur pembasmi kuman) dan masukkan ke dalam casing atau beg yang bersesuaian. Tempatkan di beberapa lokasi seperti di hall way rumah, dashboard kereta, di meja kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan untuk kegunaan dan capaian segera pembasmi kuman.
proses membersihkan secara fizikal

Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej

Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain.


Membasmi Kuman Pada Gajet dan Barangan Bawaan Harian

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, laptop dan handphone berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling. Setibanya di rumah, pastikan item-item ini dilap dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk dekontaminasi item peribadi kita dan mengelak daripada menjadi penyebar virus secara tidak sengaja.
sanitasi rumah coway

Disinfeksi Bahagian Dalam Kenderaan

Sanitasi rumah bantu cegah jangkitan Covid-19

Banyak masa kita habiskan dalam kenderaan dan dalam kebanyakan masa kita berada dalam kenderaan adalah tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang air cond kereta dan tak lupa juga tombol gear dan pemegang pintu.


Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau parcel pembelian online ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut dengan Clorox Expert Disinfecting Spray. Letakkan ia di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara.
garis panduan sanitasi dan disinfeksi
Cara mudah disinfeksi rumah,garis panduan sanitasi dan disinfeksi rumah dengan clorox


Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh

Hand rail di tangga, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang seringkali ditemui dengan kepadatan koloni kuman yang tinggi. Sama juga juga seperti item-item yang sering disentuh seperti telefon, keyboard komputer dan remote televisyen. Clorox Expert Disinfecting Wipes sangat ideal bagi membersihkan permukaan-permukaan ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari.
Sanitasi rumah bantu cegah jangkitan Covid-19

Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.


I hope this article helps! Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah dalam Membersih, Sanitasi dan Disinfeksi seperti yang dibincangkan di atas bagi membantu kita kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron.

Stay clean, stay healthy!

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!