Bimbang rasa hati mamy akhir-akhir ini.
Kian lama kian sebati ungkapan holier than thou di lidah-lidah penggiat media sosial terutamanaya golongan muda-mudi. Rata-rata lisan generasi 'anak-anak kepada Millenials' (gen Z dan Gen alpha) ini mamy lihat semakin berani melontarkan komen serta dengan selamba melabel golongan agaman dengan label holier than thou di media sosial, Tiktok khususnya.
Apa Maksud Holier Than Thou maksud
Baiklah. Holier than thou simply means 'I am better than you'. Kalau direct translated kepada Melayu bermaksud 'lebih suci daripada kamu'. manakala dalam bahasa Indonesia; holier than thou artinya 'berpura-pura suci' atau 'sok suci'.
holier than thou meaning in malay
Secara ringkasnya, adjective holier than thou ini merupakan kata sifat bagi menerangkan ciri seseorang yang menganggap dirinya lebih baik, lebih tinggi, lebih suci daripada orang lain dan mereka ini sering dikaitkan juga dengan ciri hipokrit serta pantang dikritik.
holier than thou quotes
Menyindir seseorang dengan lafaz holier than thou adalah sangat bahaya
Kerana apa? Kerana secara tidak sedar kita sebenarnya sedang memupuk sifat iblis (sombong) ke dalam hati kita. Sombong, tidak boleh ditegur. Terlalu angkuh untuk menerima nasihat.
holier than thou quotes
Dan sifat sombong ini jugalah yang bertanggungjawab membuatkan mata hati kita ni nampak segala bentuk teguran atau dakwah (dengan ketegasan) yang berlaku depan kita; sebagai menindas, mengongkong kebebasan, tidak adil serta dilihat seolah-olah membuli dan membuka aib seseorang.
holier than thou quotes
Mereka ini selalu menggunakan tiket 'kubur masing-masing, Syurga neraka urusanku sendiri' untuk counter back setiap teguran yang mereka 'terasa'. Kadang-kadang, bila perkara yang Kenapa begitu angkuh? Bukan ke lebih santun jikalau dibalas dengan ucapan terima kasih kerana sudi menegur?
Pernah tak terdedik bahawa teguran itu sebenarnya teguran dari Allah, melalui orang tu? Adalah sangat rugi ye kalau misalnya Allah beri hidayah, jentik hati kita, tapi akibat kesombongan, kita telah mengabaikan hidayah tersebut.
Mamy lihat stigma holier than thou ke atas golongan pendakwah dan bertudung labuh misalnya, secara tidak langsung telah menyemarakkan sentimen kebencian terhadap orang agama dan tempiasnya terkena juga kepada content creator yang selalu memuat naik konten dakwah yang menegur secara umum.
Dan golongan yang selalunya melatah terhadap kandungan dakwah di Tiktok adalah para Tiktoker yang sering mempromosi perbuatan maksiat, mempamerkan aurat sendiri mahupun aurat orang lain, mencarut, berjoget, bergaul bebas dan sebagainya menerusi video dan penstriman secara langsung.
Amar Maaruf Nahi Mungkar
Sedih kadang-kadang bila mengenang akan kewajipan Muslim dalam menegur dan mencegah kemungkaran ini seolah-olah tidak lagi wajib di zaman sekarang. Sedangkan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ini adalah tanggungjawab seumur hidup.
Betul kata para cendekiawan bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang. Setuju tak? Zaman sekarang lidah (dan tangan) yang selalu kecam sana sini lebih banyak membunuh orang tanpa menghunus pedang. Berapa ramai hamba Allah yang ingin berdakwah dah berhijrah ke arah lebih baik telah dibunuh oleh lisan?
Perasan tak?
Dek kerana budaya memerli dan melabel orang holier than thou sekarang ni, minda masyarakat Melayu Islam seakan-akan di brainwash bahawa kalau nak menasihati orang, kau kena cermin diri kau dulu, baik ke tidak.
Kalau kau tak sempurna, tak cukup baik maka kau tak layak untuk menasihati orang apatahlagi berdakwah. Dari sinilah lahirnya pemuda-pemuda Islam yang lemah, bisu dan mengamalkan pendekatan 'play-safe', serta selalu saja mengelak daripada berdiri, menegaskan pendirian dan memperbetulkan apa yang dilihat tidak betul.
Walhal tugas mengajak orang berbuat baik serta mencegah kemungkaran itu sememangnya panggu wajib kita sebagai Muslim. Tak semestinya kena ada sijil tauliah, ustaz ustazah atau jadi pendakwah selebriti dahulu baru boleh jalankan tanggungjawab dakwah.
Tak. Bukan begitu konsepnya.
Ia tanggungjawab kita semua sebagai ummat Rasulullah untuk ajak orang buat baik dan cegah orang daripada buat jahat. Bermula dengan perbuatan, kalau tak mampu, guna sahaja lidah dan selemah-lemah iman adalah menegur pakai hati atau mendoakan saja si pelaku.
Ironi Gololongan Yang Menyindir Dengan Lafaz Holier Than Thou
Jangan terkejut ya kalau mamy cakap yang dalam ramai-ramai mereka yang kononnya tidak suka dan anti dengan golongan holier than thou ini, sebenarnya mereka sendiri pun sedang mempraktik holier than thou attitude tanpa mereka sendiri menyedarinya.
Setuju tak gais?
Mereka ni kelihatan lantang mengecam dan melabel si polan dan si polan ini dengan istilah holier than thou, sampai terlupa, pada hakikatnya diri mereka sendiri tu yang sedang berlagak suci; perasan bagus, sok alim, sok lebih suci; melalui perbuatan mereka yang memperlekehkan orang lain.
Did you see?
Dia tujukan orang itu perasan bagus, dalam pada yang sama dia sendiri yang perasan bagus dan pantang ditegur.
- "Eh, kenapa? Kau ke yang pegang kunci syurga?"
- "Ala kau pun belum tentu masuk syurga"
- "Tak payah memandai nasihat aku, kau pun bukan betul sangat"
- "Eleh bajet alim la dia ni. Sedar diri sikit, kita semua pun pendosa."
Justeru, kerana takutkan dosa dan neraka itu lah kami menegur. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat sinikal kepada holier than thou ni, lambat laun kalian sendiri juga akan terjumpa dalam mana-mana ruangan komen di media sosial.
Tidak Pandai Mengulas Holier Than Thou dari Sudut Agama
Mamy bukanlah seorang yang tinggi ilmunya dalam agama, dan disebabkan itu mamy tidak akan ulas doktrin holier tha thou ni dari perspertif agama. Ditkhuatiri nanti mamy jadi pembohong besar pula, membicarakan sesuatu yang diri sendiri pun jahil tentangnya.
Cuma apa yang diulas di sini adalah pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian sendiri tentang fenomena yang berlaku akhir-akhir ini dalam kelompok masyarakat kita.
Pesan Mamy Terhadap Mereka Yang Mempraktik Lafaz Sindiran holier than thou
Kalau diperhatikan dengan teliti, mereka ini sebenarnya dengan jelas memandang hina dan memperlekeh golongan agamawan yang tak sebulu serta bertentang dengan kepentingan mereka. Kelompok ini selalunya mengambil Islam sebahagian sahaja lalu meninggalkan sebahagian yang lain yang mana tidak menguntungkan mereka.
Islam memang mudah tapi jangan pula diambil mudah.
Kata-kata holier than thou ini sebenarnya berasal daripada mana? Adakah ia bersandar kan Quran mahupun sunnah? Atau adakah ia hanya ciptaan golongan Barat semata-mata?
Kalau ianya langsung tiada sandaran kitab dan sunnah, kenapa kita beria-ia nak guna? Apa untungnya kita? Selain daripada membesarkan ego sendiri, kerana berhasil menyindir pihak itu dan pihak ini?
Tepuk dada tanya iman. Ketuk pintu hati kadang-kadang, dan tanyakan pada hati. "Hello awak yang di dalam. Apa khabar? Sihat tak tu? Awak ada sakit ke tak? Ada terkena penyakit sombong tak tu?"
Bahaya kalau hati terkena penyakit ini. Sangat bahaya!
- Sombong adalah penyakit hati yang mana dia merasa hebat dan memandang tinggi diri sendiri
- Orang sombong suka meremehkan dan merendahkan orang lain
- Sabda nabi, 'Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia'- HR Muslim
- 'Takkan masuk syurga orang yyang dalam hatinya ada sifat sombong walau hanya seberat biji sawi'-HR Muslim
Allahurobbi. Ya Allah! Jauhilah kami dari sifat sombong dan tinggi diri kerana sombong itu menjauhkan kami dari syurgaMu. Kami taknak begitu. Kami mencita-citakan syurga ya Allah.
Kepada golongan pendawah, agamawan, influencers dan content creator secara umumnya, mohon kalian terus kuat dan sabar dengan kecaman dan sindiran holier than thou ini. Kami nampak, malaikat-malaikat nampak dan semestinya Allah juga nampak usaha kalian.
Jadi please jangan patah semangat tatkala kalian dilontarkan dengan lafaz holier than thou oleh netizen dan makcik bawang army di kiri kanan atas dan bawah. Percaya je pada hati dan iman, bahawa kalin bukan perasan suci, atau perasan bagus. Tapi kalian merupakan satu manusia dengan hati yang penuh cinta dan kasih, yang kalau boleh tak nak ada seorang pun saudara seIslam yang dicampakkan ke neraka.
Teruskan perjuangan!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
baru tahu pasal bnda ni. patutlah pakat guna perkataan ni. huhu
ReplyDeletekdg kala org kita ni tau sebut jer tapi tak faham makna dan tak ambil kisah pada makna dan langsung tak nak ambil pendekatan untuk lebih tahu makna sebenar..
ReplyDeleteBahaya pada akidah/pegangan kita kalau buta2 sebut sebab terikut2 utk nampak urban/moden.Tapi kan mamy bukan nak kata apa kdg disebabkan perbuatan buruk oleh sesetengah penceramah ugama segera yg muncul dlm tv tp banyak kes skandal/maksiat ni lah buat org pndg semua ustaz/ustazah ni sok suci..
ReplyDelete