Joymix Hello Bong Vitamin C Bantu Cegah Resdung Berulang

Joymix Hello Bong Cegah Resdung daripada Berulang | Gejala sinus atau resdung seperti kerap bersin, hidung tersumbat serta gatal-gatal mata merupakan antara ciri-ciri resdung yang teruk. Syu sendiri pun selalu mengalami gejala sinusitis di awal pagi seperti hidung berair jernih disertai dengan mata gatal di ujung dekat hidung terutamanya selepas bangun dari tidur.



Apakah resdung?

Dari segi bahasa, resdung merupakan kata singkatan daripada perkataan 'resah hidung' yang juga sinonim dengan terma sinusitis (radang sinus). Dalam bahasa medis pula ia disebut 'allergic rhinitis'. 

Syu selalu diajukan dengan bermacam-macam soalan berkaitan allergic rhinitis ni, antaranya macam mana cara hilangkan gatal hidung, petua hilangkan gatal lelangit, dan apa rawatan sinus di rumah dan macam-macam lagi. Tapi itulah, jawapan dari seorang hakak farmasi semestinya lah dengan kaedah pengambilan ubat antihistamin hehehe. Ramai yang tak puas hati bila Syu sebut kena makan ubat. hiks~

Punca resdung

Untuk pulih dari resdung ni sebenarnya boleh dikatakan mustahil lah. Sebab punca berlakunya radang sinus adalah daripada respon sistem imuniti terhadap alergen. Apabila badan anda berhadapan alergen seperti debu hama dari tilam, spora dan debunga dari tumbuhan, bulu haiwan peliharaan dan kulapuk pada permukaan perabot dalam rumah (mildew), badan akan membebaskan histamin bagi menentang alergen tersebut. Bagaimanapun, ada juga punca-punca bukan alergi bagi resdung, antaranya seperti asap rokok, bau-bauan yang kuat menyengit dari minyak wangi, produk pencuci atau pelarut cat.

Rawatan resdung di rumah

Sorry guys I have to say this. Tak ada rawatan spesifik untuk hilangkan resdung ya. Itulah faktanya. So kalian yang menderita resdung kenalah terima hakikat yang kalian perlu hadapinya sepanjang hayat. So do I huhu. Syu pun dah redha gaiss menjalani hidup seolah-olah macam mengalami selsema berpanjangan dewasa akibat resdung. 

Cara mengawal resdung

Walaupun resdung ni tiada penawar, tapi kita masih boleh kawal gejala resdung kita dengan mengamalkan diet yang kaya dengan serat dan antioksidan, rendah gula, serta seimbang kandungan vitamin dan mineralnya. Jadi, perbanyakkan lah makan sayuran hijau dan buah-buahan terutamanya sitrus. Sebab buah jenis sitrus seperti limau dan buah oren terbaik sebagai agen anti-oksida dan anti-keradangan.

makanan cegah resdung

Kalau berdasarkan saranan dalam piramid makanan, dalam sehari kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah-buahan. And yes I know harga buah-buah segar kat Malaysia ni sangat pricey kan. Saiz satu hidangan buah-buahan kadang boleh mencecah RM 6 tau. Jadi kalau 2 hidangan sehari, darab 30 hari? Nampak~ Sihat itu sangat mahal harganya gais.


JoyMix Hello Bong Orange Powder

Syu nak perkenalkan serbuk pracampuran JoyMix yang mempunyai gabungan ekstrak dari jus oren Jeju Island (a.k.a hallabong -한라봉) dan ekstrak kunyit ini sebagai alternatif buah limau mandarin setiap hari. Syu sekarang ni dapat menikmati khasiat penuh dari sebiji oren hanya dengan kos RM 2.60 saja sekali hidangan. Menarik kan?

Tiga langkah mudah mengambil Hello Bong. Pertama, ambil dan buka satu sachet berisi 3gram serbuk oren. Kedua, tuang ke dalam mulut dan akhir sekali kemam sampai semuanya larut dalam mulut dan telan.hiks~

Ulasan Syu selepas 7 hari mengamalkan JoyMix

So many thanks to Nurul, my blogger friend yang hadiahkan I sekotak Hello Bong ni. Bungkusan poslaju nya sampai ke tangan Syu lama dah, 18 haribulan haritu lagi dah sampainya. Dan Syu dah consume lebih seminggu dah pun. Syu ambil 2 sachet sehari, iaitu pada awal pagi sebelum sarapan dan juga sebelum makan malam around 6.30 PM macam tu. Dan perubahan serta merta yang Syu alami adalah bangun pagi Syu terus rasa nak ke toilet. Fuhh lawas molek orang kata.hiks~

Resdung muka makin reda

Seawal 7 hari pengambilan serbuk oren hallabong pun Syu dah boleh nampak kesan positif terhadap resdung sekitar muka. Macam kalian semua sedia maklum, resdung boleh mencetuskan jerawat batu sekitar zon-T dan pinggir hidung. Tapi sebaik selepas I consume JoyMix Hello Bong, ada seketul jerawat yang baru nak naik di atas hidung Syu ni, dah mula merah-merah dan sakit, tiba-tiba terbantut tak jadi tumbuh. Eh! Kecut macam tu je pulak dia.hahaha~

Masalah kerap bersin beransur kurang

Suasana di rumah Syu tak setenang suasana pagi di rumah orang lain. Kami dua laki bini macam berperang lawan bersin, kadang tu sampai tergigit lidah! Maybe it sounds funny to you guys, but I was miserable okay. It can sabotage my entire day dan nak pergi kerja pun bad mood je.huhu. Tapi alhamdulillah lepas consume JoyMix, kurang sikit dah bersin pagi-pagi. Iya, masih juga bersin especially lepas mandi pagi, tapi tidaklah macam sebelum-sebelum ni. Bersin non stop sampai tak sempat tarik nafas.

Tiada lagi kegatalan pada mata

Syu memang mempunyai mata yang super-sensitive dan sangat cenderung untuk gatal dan berair. Nak kata sebab side-effect pakai kanta lekap, tak mungkinlah sebab Syu hanya pakai kanta lekap untuk certain occasions saja. Pergi kerja, Syu pakai cermin mata je. Tapi dalam tempoh seminggu ni, Syu tak ada la lagi experience mata gatal. I was like~WOW! for a second sebab dalam seumir hidup, tak ada sehari pun lagi I tak genyeh (gosok) mata sebab gatal. Nikmat weh! Alhamdulillah.

Rasanya yang manis

Jujur cakap Syu ni memang seorang yang gemar makanan manis. Just name any desserts, pasti Syu kenal sebab boleh dikatakan semuanya favorite Syu. Tapi serbuk hallabong JoyMix ni bagi Syu ianya macam terlebih manis. Bila Syu kemam dalam mulut, I can feel sharp and throbbing pain dekat gigi I.isk~ Excessive sugar may be to blame for throbbing teeth. Rasanya lah. Tapi maklumat dari website rasmi joypremix.com mentions that this product has no sugar added. Hmm..mungkin ekstrak buah hallabong itself yang sedia manis leting dah kot. 


Kesimpulan?
As a conclusion, Syu nak kata yang tempoh seminggu itu sebenarnya terlalu singkat untuk menilai keberkesanan sebarang produk. Dari apa yang Syu ulas di sini, semuanya berdasarkan pengalaman yang Syu rasai selepas mengambil produk makanan tambahan JoyMix Hello Bong. Jadi review Syu adalah setakat seminggu penggunaan je lah. Kalau kalian pun pernah consume produk yang sama untuk tempoh yang lebih lama dan nak share feedback dekat sini pun boleh. Just tinggalkan di ruangan komen di bawah okay.

Wanna know more about this product, kindly tap on any social platform below.

Laman Web :

Official Facebook :

Instagram :


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Good info ni..rasa nak try pula utk anak sy yang resdung.terima.kaish atas perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la. Nanti boleh share dgn Mamy Syu macam mana feedback nya

      Padam
  2. Tengah consume jugak ni. Sedap. Suka makan sebab rasa sejuk je tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..dia ada sensasi sejuk gitu ,macam serbuk glucose masa zaman kecik2. Bila tiapkali demam mesti kena minum air glucose glucolin

      Padam
  3. Thank you share. Myra yang resdung nie boleh la cuba. Tak tahan nak bersin setiap pagi.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y