Syurga Ganjaran Paling Setimpal Buat Para Isteri, Sesuai dengan Ujian Dilaluinya

Māmy Syu
3

Kenapa ganjaran syurga bagi isteri yang solehah? Sebab ianya setimpal untuk setiap apa yang mereka dah pun lakukan dalam perjalanan menjadi isteri yang solehah. Allah SWT memberi ganjaran ini sebagai balasan untuk setiap kesabaran, ketabahan, kekecewaan, penderitaan dan pengorbanan mereka ketika bergelar isteri.

Zaman sekarang ni, nak jadi isteri yang baik pun susah, apatah lagi isteri yang solehah.

Apa penghalangnya…?
Nak faham suami, nak penuhi keinginan suami, nak layan suami yang mana tak pernah mencukupi dan mensyukuri atas apa yang isteri dah korbankan, dah ketepikan kehendak sendiri, dah sampahkan perasaan sendiri semata-mata untuk mengutamakan suami berbanding perkara-perkara yang lain lagi.



End up, isteri juga yang dipersalahkan. Dituduh tidak pandai menjaga suami, tidak pandai melayan suami.

Sebenarnya cita-cita bagi seorang isteri hanyalah satu. Iaitu ingin menjadi isteri solehah yang diberikan kelebihan untuk memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.

Tapi persoalannya, bagaimana seseorang isteri itu nak solehah, sedangkan di sisinya adalah pasangan yang tak soleh atau fasik?

Bagaimana nak solehah pada pasangan yang nafkah pun tidak pernah diperdulikan?

Macam mana nak solehah pada pasangan yang langsung tidak membantu dalam urusan kerja-kerja rumah.

Macam mana nak solehah pada pasangan yang solatnya pun culas, kadang-kadang terus kelaut?

Macam mana nak solehah pada pasangan yang curang dan tidak pernah memanfaatkan langsung peluang kemaafan yang sering diberikan berulang kali?

Macam mana?

Hendak menjadi baik dengan pasangan macam ini pun susah, apatah lagi nak jadi solehah.

Bukan senang ya. Si isteri bertarung dengan perasaan sendiri, untuk terus kekal jadi baik.

Nak terus kekak buat baik sedang ujian yang datang bukan calang-calang!

Terpaksa mengadap juga pasangan macam ni dalam perjalanan menjadi isteri yang baik.

Maka, sebab itu tak ramai yang mampu untuk meneruskan. Kecundang jua akhirnya bila mana lebih banyak dosa berbanding pahala dalam rumah tangga yang dibina.

Mengundur dari teruskan kerana semakin lama dibiarkan, semakin jauh dan hilang title solehah tu.

Kredit : Tuan Firdaus Shakirin



Post a Comment

3 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. susah nak mengejar title solehah tu.. sy yg belum kahwin pun hmm.. apapun usaha utk perbaiki diri sendiri dulu.. semoga dapat jodoh yg baik juga..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah nampak usaha kita walau tak seberapa pada mata orang lain. Semoga kita isteri-isteri semua dimasukkan ke dalam syurga.

    ReplyDelete
  3. Memang tak mudah.. tapi bagi isteri yang diuji dengan suami begitu... Boleh jadikan Asiah isteri Firaun sebagai model dan contoh.. bagaimana boleh dapat syurga disisi Allah walaupun suaminya kejam dan zalim..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!