Ubat Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas ya Ibu

Breastfeeding mommy semestinya akan rasa lega bila mengetahui bahawa susu ibu mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang mampu menguatkan imuniti bayi, especially bayi baru lahir. That's why lah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun suggest mak-mak beranak kecik ni untuk menyusukan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan dan meneruskannya lagi sampai lah umur anak capai dua tahun.

ubat tahan sakit untuk ibu menyusu


Tidak dapat tidak ibu-ibu yang menyusukan bayi ni daripada mengambil ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan yang dialami. So persoalan tentang side effect ubat yang dimakan tu, kena pada baby atau tak, tu seringkali timbul, dan berlegar di ruang kotak minda ibu-ibu. Betul tak?

Secara amnya, keselamatan ubat yang diambil ibu adalah bergantung kepada jenis ubat, penyakit ibu serta umur baby yang disusukan tu. So jom baca selanjutnya tentang kesan sampingan ubat yang barangkali boleh pass through breast-milk dan mungkin bakal menjejaskan kesihatan dan fungsi organ baby yang disusukan.

Artikel dari akhbar Metro Ahad ini sengaja Syu tulis dan siar semula di blog ini untuk panduan ibu-ibu menyusu agar lebih ramai faham bahawa pentingnya untuk dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil apa-apa ubatan dan supplement for the sake of your baby's health.

ibu mengandung boleh makan panadol


Farmakologi setiap ubat adalah berbeza

Kesan sampingan ubat dipengaruhi oleh kepekatan ubat dalam susu ibu. Kemasukan ubat ke dalam susu juga bergantung kepada saiz molekul ubat, kadar pelekatan ubat terhadap protein (protein binding), sifat larut dalam lemak sesuatu ubat, bagaimana ubat disingkirkan daripada badan, cara pengambilan sesuatu ubat, dos ubat serta kekerapan pengambilannya.

Justeru, ibu yang menyusukan anak dinasihati untuk memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi semasa mendapat rawatan agar ubat yang sesuai dapat diberikan. Walau bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya ibu terpaksa mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Ini adalah penting bagi memastikan kesan sampingan atau kesan yang tidak diingini dapat dielakkan.



Terdapat beberapa jenis ubat yang perlu diberi perhatian semasa menyusukan anak:

Ubat yang selamat digunakan dalam penyusuan

Ubat dalam kategori ini selamat dalam penyusuan kerana kepekatan ubat yang diserap ke dalam susu ibu adalah rendah. Antara contohnya adalah ubat demam paracetamol.

Ubat yang boleh diambil ketika penyusuan dan perlu memantau kesan sampingan kepada bayi

Ubat-ubatan dalam kategori ini biasanya jarang memberi kesan sampingan atau hanya memberi kesan sampingan yang ringan kepada bayi yang menyusu. Jika berlaku kesan sampingan kepada bayi, ibu dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor yang merawat. Ubat alternatif yang lain mungkin diberikan jika perlu.

Ubat yang perlu dielak jika boleh

Ubat dalam kategori ini hanya disarankan untuk diambil oleh ibu menyusu sekiranya tiada alternatif ubat yang lain. Dalam keadaan tertentu, penyusuan perlu diberhentikan sementara waktu sehingga rawatan ubat berakhir.

Ubat yang tidak selamat dalam penyusuan

Ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai tidak selamat dalam penyusuan adalah ubat yang mempunyai kesan yang memudaratkan kepada kesihatan bayi. Sebagai contoh, ubat untuk rawatan jantung seperti ubat amiodarone, ubat anti-kanser dan sebagainya.


Tip Untuk Mengurangkan Kesan Sampingan Ubat

Ibu yang menyusukan anak perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat termasuk ubat am dan juga ubat tradisional. Berikut merupakan beberapa tip bagi mengurangkan pendedahan bayi terhadap ubat-ubatan semasa penyusuan.

Ibu haruslah sentiasa berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi sekiranya perlu mengambil ubat semasa penyusuan supaya ubat yang selamat diambil oleh ibu menyusu dapat diberikan.
Ambil ubat pada dos dan masa yang telah ditetapkan, elakkan meningkatkan dos ubat tanpa arahan daripada doktor.

Jika dos hanya perlu diambil sekali sehari, ibu disarankan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur atau pada waktu yang jarak penyusuan bayi adalah panjang, contohnya pada waktu malam.
Kadar risiko bayi terdedah kepada kepekatan ubat yang tinggi dapat dikurangkan kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut.

Ibu boleh amalkan “susukan bayi dahulu kemudian barulah ambil ubat” supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya.
Ibu juga boleh perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya.

Seandainya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko seperti terapi radioaktif, ibu dinasihatkan untuk memberhentikan penyusuan sepanjang tempoh rawatan.
Dalam tempoh tersebut, bayi boleh diberi susu yang telah diperah sebelum rawatan bermula atau  menggunakan alternatif lain untuk menggantikan susu ibu seperti susu formula.

Ibu boleh menggunakan kaedah “perah dan buang” sekiranya ibu perlu menjalani rawatan yang berisiko tetapi masih ingin meneruskan penyusuan selepas tempoh rawatan selesai.
Hal ini penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan dan seterusnya boleh menyusu bayi selepas tamat sesi rawatan menggunakan ubat.


Sentiasa dapatkan nasihat ahli perubatan terlebih dahulu

Sebagai kesimpulannya, ibu yang menyusu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan atau memberhentikan sebarang pengambilan ubat semasa penyusuan. Jika anak mengalami tanda-tanda yang luar biasa atau membimbangkan, ibu perlu membawa anak berjumpa dengan doktor segera.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).pantang larang ibu menyusu,bolehkah ibu demam menyusui anak,ibu menyusu demam boleh makan panadol,ubat selsema yang sesuai untuk ibu menyusu jamu yang sesuai untuk ibu menyusu

Catat Ulasan

0 Ulasan