Susu Friso Gold Baharu Kini Dengan Susu Istimewa NOVAS™ Formula Mudah Dihadam

Assalamualaikum mommies semua. Sudah lama rasanya Syu tak story pasal baby Ara dekat blog Syu ni. review susu friso gold untuk sembelit, susu friso gold ok ke

Kepada pembaca yang pernah follow kisah mek Araa ni sejak dari lahir, mesti tahu yang 1st of March 2021 ini usia mek Araa akan genap 3 tahun. ahh macam tak percaya gais it's been three years gais! How time flies.

Susu-formula-friso-gold

Sebenarnya hari ni Syu nak cerita tentang susu Friso. Memandangkan I masih lagi dalam usaha untuk wean off dengan mek Araa, jadi I plan nak carikan susu formula yang lebih sedap, yang pasti budak Araa ni suka.

Mek Araa ni sampai sekarang masih tak menunjukkan tanda-tanda nak putus susu ibu.huhu. Ada orang bagi petua suruh letak pencelup merah la, bubuh halia pedas lah, letak serbuk kopi bagi pahit lah. Tapi I tak sampai hati lah nak buat khianat kat anak macam tu.

Syu lebih prefer kalau anak bercerai susu bila dia sendiri yang memilih susu formula (sebab sedap barangkali) berbanding susu ibu.

Entahlah. Mungkin Syu terlalu sensitif atau overthinking. Tapi bagi Syu, cara ini nampak lebih molek, sopan dan natural. 

Ia tak menganiaya anak atau menakut-nakutkan anak. Dari segi emosinya pula, Syu sebagai ibu dapat lepaskan tanggungjawab menyusukan anak dengan gaya yang terhormat, dan berhati tenang..

Survey susu formula yang ada di pasaran Malaysia

Untuk memastikan proses wean off kami dua beranak berjalan lancar seperti yang dirancang, Syu dah melakukan tinjauan dan carian online jenama-jenama susu formula yang ada di pasaran sejak Disember tahun lepas lagi. 

Dalam banyak-banyak susu, Syu tertarik dengan susu tepung brand Friso® Gold yang baru-baru ni telah keluar dengan formula dipertingkatkan dengan NOVAS™

Kalau nak tahu apa yang special tentang susu Friso Gold upgraded formula ni, klik video di bawah untuk ketahui lebih lanjut.


Friso Gold Baharu dengan Susu Istimewa NOVAS™

Kalau nak tahu, kenapa NOVAS™ Signature Milk ini berkualiti tinggi sangat? Haa sebab susu ini terdiri daripada molekul kecil semulajadi dan berstruktur lembut! 

Ianya diformulasikan khas untuk membantu sistem penghadaman anak kita agar dapat menyerap nutrien seimbang dengan lebih 50 zat termasuk DHA dan GOS dengan lebih optimum. 

Syu yakin, tumbesaran Araa dari segi perkembangan kognitif, kematangan sistem imun serta lain-lain fungsi penting badan, semuanya bermula daripada usus yang sihat dan kuat dari dalam.

Bila badan anak kita kuat dari dalam, mak tak perlu risau nak lepaskan anak buat aktiviti apa pun. Sebab kita confident yang anak kita membesar dengan sokongan zat yang cukup.

Susu Dihasilkan Oleh Lembu Premium yang Dipilih Khas

Kepakaran sains tenusu Belanda melebihi 140 tahun digunakan bagi memastikan hanya lembu-lembu premium sahaja di ladang di The Netherlands. Melalui bantuan sensor leher, dengan mudah kesihatan lembu-lembu ini dipantau melalui kegiatan harian lembu, berapa langkah ia berjalan, berapa lama ia berbaring dan jumlah pengambilan makanan lembu. 

Taraf kesihatan lembu, kualiti dan komposisi susu yang baik inilah yang menjadikan NOVAS™ Signature Milk berkualiti tinggi.

Selain persekitaran ladang yang ideal, lembu-lembu ini juga diberikan makanan khas mengikut status fisiologi mereka. Mereka diberikan makanan yang seimbang (termasuk rumput rai dan jagung) yang disediakan secara teliti dan terperinci oleh para penternak. 

Nampak tak? Bukan senang nak dapatkan susu yang berkualiti. Semuanya kena bermula dari awal.

susu fromula friso gold novas signature

6 Kelebihan Susu Friso Gold Yang Syu Suka

1. Susu Yang Tiada Sukrosa Tambahan
Setinggi mana pun kandungan nutrien dalam sesuatu susu, semestinya kita sebagai ibu-ibu tetap akan berfikir dua kali jika susu tersebut turut mengandungi gula tambahan. Dan dari pembacaan, Syu dapati susu fromula jenama Friso Gold ini mempunyai kebaikan nutrisi harian semulajadi yang baik untuk tumbesaran anak kita tanpa sukrosa dan perisa tambahan.

2. Teknologi LocNutri
Lebih 90% nutrien asli dapat dikekalkan melalui kaedah LocNutri. Kandungan macronutrient seperti protein akan dipelihara daripada dirosakkan oleh proses dengan suhu tinggi. Molekul protein yang telah berubah daripada bentuk asal boleh membawa kepada masalah gastrointestinal seperti ketidakhadaman, kembung perut atau lebih teruk lagi, sembelit.

3. Sistem TrackEasy  
Di bawah setiap tin Friso® Gold 900g, terdapat kod QR yang mudah diimbas dengan kamera telefon pintar. Menerapkan kaedah scan and trace, kini kita para ibu boleh menjejak perjalanan lengkap susu bermula dari proses awalnya di Holland, agar hati kita lebih tenang dan yakin akan keaslian dan keselamatan produk.

track easy susu formula friso gold


4. Protection Lid Yang Diperbaik
Inovasi penutup perlindungan kedap udara (protection lid) yang ada pada tin susu Friso Gold kini telah ditambahbaik daripada versi yang sebelumnya. Kini ia lebih mudah, tak bersepah, dan lebih hygiene. Ia juga berciri kedap udara bagi memastikan kesegaran susu sentiasa terpelihara. 

Jom tonton video di atas untuk melihat sendiri how convenient protection lid is.

5. Harga Yang Berbaloi
Bagi Syu, kualiti sesuatu benda itu bukan bergantung pada harganya. Tapi lebih kepada nilainya. Adakah nilai barang tersebut berbaloi dengan harga? You all decide. Tapi kalau you all tanya I, I would say it really worth it. Untuk setin susu import yang dipercayai, RM 78.00 berbaloi bagi I.

harga susu friso gold malaysia

6. Mempunyai Reputasi Yang Baik
Syu membaca review para ibu yang ditinggalkan di laman e-commerce Shopee (Friso Official Store), rata-rata mereka bersetuju yang susu Friso Gold baik untuk perut anak mereka, dan tidak menyebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Nampaknya susu formula buatan Belanda ini serasi lah dengan perut kanak-kanak Malaysia. Ye tak?

Mamy Syu kata

Untuk percubaan, Syu request sample susu Friso Gold Step 3 (untuk anak 1 - 3 tahun) dari laman web rasmi Friso Gold. You all kalau nak cuba jugak, boleh lah klik [Request Sample] ini.

susu-formula-terbaik-anak-sembelit-friso
Bercakap tentang rasa susu, Syu yakin ianya memang sedap! 

Based on pengamalan I sendiri minum susu kehamilan jenama Friso masa pregnant dulu, susunya memang rasa berlemak, tak manis sangat, serta paling penting tak berbau hamis lembu.

So far mek Araa nampak suka je dengan susu ni. Habis dia minum setiap kali bancuh. Jadi, harapnya anak bertuah aku Araa ni berjaya lah bercerai susu badan menjelang bulan Mac ini. 

Mak tak larat dah anak oii nak meriba kau sambil menyusu. Besor panjang dah kau heyy melebihi ribaan mak dah anak oii.


Ok wish us luck ya gais!
Bye! susu frisolac untuk bayi sembelit, friso gold susu formula terbaik untuk anak 1 3 tahun sembelit, susu untuk anak 2 tahun keatas,susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun, perhatiakan tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, macam mana rasa susu friso gold 3, review susu friso

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Wah, bagus juga susu ni. Ni harga tetap ke promosi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga asal susu friso gold ni sebenarnya rm80. Tapi kalau beli kat shopee memang banyak boleh jimat kalau apply voucher code

      Padam
  2. Kan kadg tak smpai hati nak pisahkan anak dengan cara letak macam2. Nad pun tengah usha nak wean off kan ni.. Nad memg dh bagi dia susu tepung tapi tu la dia nak lagi susu badn.. Heehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak bijak tu Nad. Dua-dua dia pegang hehe

      Padam
  3. Masa pregnant pun kita ambil friso, susu nie mmg bagus sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Fiza. Kalau letak air batu, rasa macam makan aiskrim.hehe

      Padam
  4. Ramai yang beli susu brand ni untuk anak mesti bagus kan, my cousin pun beli jenama ni juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Kelly. Anak I minum susu friso, lawas je dia membuang.hihi

      Padam
  5. Susu jenama Friso ni tgk mmg ramai yg gemar meminumnya baik ibu mahupun anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula tu.
      Sampai Syu pun terjebak sekali, sukakan susu formula dari Belanda ni kak Limah

      Padam
  6. maaf nak tanya ..anak saya mmg minum friso dri mula lgi sehingga 5 thun skrg,baru ini saya beli yg friso step 4 yg new pckging new formula yu,dia trus xnak minum kata nya xsedap dan bukn susu friso yg selalu dia minum tu .. saya bau susu yg lama dan baru ni berbeza ..mcm mana ya nk buat ..xtahu nak pksa mcm mna sruh minum n terangkn kt anak .ada suggestion atau pendpt ..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Maisara.
      Susu friso yg baru ni syu perasan bau wangi vanila tu agak kurang dari yg friso packaging lama. Dan rasa dia pun dah tak manis. Utk anak syu, syu tambah extra 1 scoop berbanding sukatan biasa. Makna kata susu dia syu bancuh pekat sikit dari biasa.
      Mula2 risau juga takut jadi sembelit pula sebab minum susu yg agak pekat. Tapi alhamdulillah perut anak sy ok.
      Mungkin Maisara boleh try cara ni. Kalau menjadi, syukur la. Tapi kalau dia rejek juga, terpaksa cari susu lain sebagai alternatif.

      Padam
    2. Atau cara lain nya, cuba patah balik guna friso gold step 3 balik. Dan campur friso 3 dan friso 4 tu dlm nisbah 3:1 untuk neutralkan balik rasa dia. So anak x terkejut sgt dgn perubahan rasa dia.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y