Main game online dekat Solitaire.org ini sebenarnya boleh jadi addicted juga kalau dah mula terjebak haha. Game ringan begini Syu selalu main bila otak dah start tepu dengan tugasan menulis yang bertindan-tindan dan kebuntuan idea.
Syu sejenis yang tak suka install game, sama ada dalam laptop, PC ataupun handphone, sebab bila benda tu ada, Syu memang tak jadi kerja dibuatnya. I sangat mudah terhanyut okay. jadi I play safe dengan cara jangan install game langsung!
Dalam tak install game tu pun, Syu pernah tau main game online sampai merah biji mata suatu ketika dulu, masa zaman mak orang ni masih anak dara lagi.
Kalau kalian ingat lagi sekitar tahun 2009, (masa tu mamy belajar kat uni lagi) Facebook online games memang gila-gila meletop zaman tu. Jam 3-4 pagi berjaga lagi menunggu FB friend sedekah coin dekat Cityville dan Farmville tu hoii.haha
Nasib baik lah kuat-kuat main pun mak kau dapat maintain dekan lagi. Nak riak itu taklah, tapi jangan pandang sebelah mata dengan kepala otak budak-budak yang bermain games tau? Pemikiran gamers ni kadang lebih proaktif dan kritis daripada orang lain tau tak.
5 Sebab Kenapa Student Selalu Main Video Game
1. Sebab Mahu Mengurangkan Stress
Jangan tak percaya, ada sesetengah student yang sampai melabel permainan video sebagai 'vitamin gembira' mereka tau. Sebab melalui permainan itu mereka mencapai kepuasan dan keseronokan, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya menamatkan game tersebut dan dapat push rank up.
2. Sebab Ketagih Nak Main Lagi dan Lagi
Bila bermain video games, otak akan merembeskan hormon dopamin yang akan membuatkan seseorang itu teruja dan bersemangat. Dan bila setiap kali kita tak bermain video game tersebut, otak kita akan teringat dan terfikir pasal game tersebut.
Masa tu serotonin merambat laju dalam otak, lalu memberikan isyarat yang video game adalah bersamaan dengan kegembiraan. Jadi secara tak langsung timbul rasa teringin dan rasa yang kita perlu main video game tersebut untuk tenangkan perasaan tu,
3. Sebab Nak Kembalikan Fokus
Bila kita terlalu lama work on something, sampai satu takat, kita akan buntu dan hilang fokus. Jadi dengan bermain video games berbentuk trategi dan taktikal, kita dapat mengasah semula minda kita untuk lebih alert dalam membuat percaturan dan membuat keputusan.
Hasilnya, kita akan rasa segar semula, umpama baru lepas menghirup kopi hitam pekat kegemaran kita.
4. Sebab Mahu Memotivasikan Diri Sendiri
Attitude seorang gamers selalu dikaitkan dengan tekad, betul tak. Setiap permainan video mempunyai sasaran dan objektif tertentu yang harus dicapai. Jadi dari situ ia akan mebina determination untuk cuba dan terus mencuba sehingga menang.
5. Sebab Bosan
Faktor yang terakhir ni memang diri aku sangat tu haha. Most of the time aku akan bermain games sebab bosan atau sedang menunggu kawan atau menunggu giliran.
Daripada duduk termenung menunggu dalam keadaan janggal, lebih baik kita online sebentar, bermain card games macam Solitaire ke, Hidden Object games ke, ataupun my favourite adalah puzzle games macam Sudoku dan Crossword
Solitaire.org - Laman Video Game Percuma
Kelebihan Bermain Permainan Online ada banyak, tapi salah satunya I paling suka sebab ia tidak perlu download atau install ke peranti kita. Selain itu, di Solitaire.org juga adalah percuma, banyak pilhan, serta tak memerlukan login atau password pun untuk mula bermain.
Ini mamy bagi Abam Naufal bermain permainan cari objek tersembunyi sekejap sebab selepas push dia buat homework PDPR selama 2 jam, dia macam dah lari fokus dan hilang minat. So mamy comes to a decision untuk bagi dia 'vitamin' sebentar.
Naufal bermain Pirates and Treasures |
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
bukan student jeee. dia sekali dah terpengaruh ngan game susah nak mengata tidak pada game. hehe
ReplyDeletelegend games ni.. dulu selalu gak dok main games ni.. skrg je x de ms.. bz sgt..
ReplyDeleteanak2 sy asyik main games semasa PKP ni. buka buku pun jarang2...
ReplyDeletemmg dulu rse mcm ketagih main game kt FB.. skrg dan tak main dah sbb xde mse.. solitare nie mmg suka sbb uji otak dan strategi utk menang
ReplyDeleteTp kita xleh main games hahaha... Tp btul kdg games ni pun terapi stress...
ReplyDeleteBetul kadang main game utk hilangkan stress. Tapi berpada2 main. Jangan sampai benda lain dilupakan
ReplyDeleteSekali sekala perlu bg anak2 release stres. Tp mmg kena pantau lah.
ReplyDeleteBestlah abang Naufal layan game kejap. Tapi betullah, game ni kadang² boleh release stress. Macam cx, suka game yg santai takya fikir ntk tenang² saja hehe. Tapi kalau dah tenang, dok layan sudoku gak pastu pening balik hahaha
ReplyDeleteBagus juga games macam ni, nanti i nak share with my anak buah juga.
ReplyDelete