Social Media Influencer, Singkirkan Hard Selling Marketing

Māmy Syu
9
Akhir-akhir ini ketara revolusi media pemasaran convensional kepada media pemasaran melalui "penggalak media sosial" atau lebih familiar dengan panggilan social media influencer. 

Teknik pemasaran yang mengunakan khidmat influencer ini dikenali sebagai Influencer Marketing strategy. Antara medium yang intrend sekarang adalah TikTok, blog dan ig.

influencer marketing-malaysia mommy blogger mom influencer

Siapa social media influencer?

Setakat hari ini, Syu sendiri tak pasti adakah "media social influencer' ini mempunyai terma khusus di dalam bahasa Melayu. Dari segi bahasa, Influencer bermaksud insan berpengaruh. manakala social media merujuk kepada media maya yang membolehkan manusia serata pelusuk dunia berhubung tanpa batasan.

So kita nak takrifkan apa?

Social media influencer boleh ditakrifkan sebagai orang yang kuat daya pengaruhnya di alam maya. Mungkin?

Tapi frasa moden atau bahasa internet yang paling mudah mentakrifkan maksud Social Media Influencer adalah terdiri daripada :
  -Tweet-famous
  -Bloggers
  -Tiktokers
  -Instafamous
  -Page FB viral

Macam mana social media influencer membantu perniagaan?

Tak perlu dipersoalkan lagi. Kalian para business owner  akan mendapat engagement yang tinggi dan mendapat hubungan dengan pelanggan melalui social media influencer. 

Kalau kalian sedang dalam proses mengembangkan jenama kalian supaya lebih dikenali ramai (brands awareness), peranan dan hebahan oleh social media influencer adalah yang paling ideal dan cost effective.

Berbaloi ke upah influencer marketing, social media influencer, penggalak media sosial,instafamous, tiktoker malaysia



Sebab apa cost effective?

Pemasaran influencer dapat mencapai jumlah audiens yang sangat ramai. Kadang capaianya boleh pergi hingga ke luar jangkaan walaupun melabur dengan nilai yang kecil.

Itu sebabnya pemasaran influencer sangat ideal dibandingkan dengan pemasaran konvensional (pengiklanan di media arus perdana) yang biasanya menelan belanja yang besar walaupun ROI nya belum pasti.

Jenis-jenis social media influencer

Terdapat dua jenis social media influencer; pertama, Superstar Influencer, dan kedua adalah micro-influencer.

i) Superstar Influencer

Mereka terdiri daripada influencer dengan 500K hingga jutaan pengikut di media sosial. Jumlah pengikut mereka sangat besar, namun taburan interest dan minat audiens mereka adalah terlalu rawak dan kabur serta tidak tertumpu terhadap 'topik' tertentu.

Katakanlah seorang instafamous yang memiliki pengikut yang ramai dan aktif, menyiarkan jenama kalian di instagramnya. Sudah tentu jenama kalian akan ditonton oleh ramai audiens.

Ya, reputasi jenama kalian akan meningkat namun persoalannya, adakah ia dapat menaikkan jumlah jualan anda?

Apa yang aku boleh kata, ianya adalah 50-50. Mungkin meningkat dan mungkin juga statik.



ii) Micro-Influencer

Tidak seperti superstar yang namanya sudah besar dan sangat terkenal. Sebaliknya, micro-influencer merupakan penggalak media sosial dengan coverage yang kecil namun mempunyai pengikut dengan minat yang terarah.

Ya, mereka tidak memiliki ratusan ribu pengikut, tetapi mereka memiliki pembaca dan pengikut yang percaya serta menyukai kandungan mereka. 

Syu pernah baca petikan kata-kata dari seorang tokoh perniagaan Barat yang mengatakan "Gain trust before you sell; and trust equals purchases".

Contoh, kalian merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan keperluan bayi dan ibu dan menggunakan khidmat seorang blogger parenting dengan jumlah blog hit 70K-100K sahaja sebulan. 

Jumlah hit blog parenting tersebut mungkin tidak sebanyak blog gosip, drama online atau blog berita. Namun beliau mempunyai pembaca dengan latarbelakang demografi yang sama, iaitu group ibu bapa muda, yang setia dan percayakan content parenting yang beliau siarkan.

Jadi?

Hora horey lah kalian bersorak! Kerana majoriti audiens blog beliau adalah "targeted audience" jenama anda!

Biasanya, dengan ulasan kreatif dan perkongsian pengalaman peribadi blogger, 60% audiens akan terpengaruh dan berniat untuk membeli, dan sekitar 10% akan teruja untuk segera mendapatkan produk yang di review tersebut. [sumber kajian Sushivid]


Strategi Pemasaran Micro-influencer 

Pemasaran dan pengiklanan melalui micro-influencer merupakan penyelesaian yang sangat sesuai untuk negara seperti Malaysia, yang kuasa membeli nya terletak pada kepercayaan serta keikhlasan layanan dan servis.

Makin mesra dan santai sesebuah ulasan itu, semakin tinggi peluang untuk mendapat conversion. Ia dipanggil soft-sell strategy. Kesannya mungkin lambat kelihatan, namun peratus keberhasilannya tinggi.

Iya, proses untuk convert prospek kepada pembeli bukan sesuatu yang mudah ya. Ada prospek yang mengambil masa berbulan-bulan untuk buat keputusan nak membeli.

Haa! Di sinilah micro-influencer memainkan peranan, dengan cara berkongsi pengalaman dan ulasan jujur mereka bagi mempengaruhi prospek dalam membuat keputusan.

Jualan paksa (hard selling)

Hard selling merujuk kepada strategi jualan agresif dan tidak ikhlas lagi mendesak. Dalam sebuah seminar keusahawanan yang Syu pernah hadiri, penceramah ada menyatakan bahawa untuk menjual sesuatu servis atau produk, usahawan pertama sekali perlu mengelak daripada melakukan pendekatan hard sell.

Katanya, "Hard selling will just only angering your potential customers and pushing them away".

Bagaimana micro-influencer meningkatkan reputasi jenama?

Pengikut micro-influncer di media sosial adalah dalam lingkungan kurang dari 10K follower. Namun pengikut mereka adalah terdiri daripada orang yang rapat dan kenal satu sama lain secara peribadi seperti keluarga, rakan lama, rakan alumni, rakan sekerja and everything in between lah.

Bila micro-influencer ini mempromosikan brand anda dengan cara memberikan ulasan dan pendapat tentang produk yang digunakan, pengikut mereka lebih mudah tertarik dan terdorong untuk membeli atas faktor keyakinan dan percaya (sebab kenal).


"Well! Kawan lama zaman sekolah kan? Aku kenal dia! Aku tahu dia jenis macam mana. taste tinggi tu. Kalau dia cakap benda tu ok, aku yakin memang betul ok. Opkos la aku lebih percayakan pendapat dia tentang produk tu berbanding apa yang retis dan duta produk cakap."



Soft sell dan micro-influencer
Strategi pemasaran soft sell tidak menjanjikan peningkatan sales seawal produk/servis itu diperkenalkan. Sebab strategi jualan halus ini mengamalkan teknik persuasif (memujuk) yang langsung tidak menekan prospek like- 'beli sekarang or you akan susah nanti!'

Eh, ayat tu.

Sounds familiar? I know right. 

Kedengaran seperti nada telemarketer yang menefon kita supaya membeli plan insurans mereka kan? haha. Tak kurang juga kedengaran seperti ayat copywriting sesetengah seller yang menyiarkan facebook ads.


Penyampaian dalam bentuk santai dan bersahaja micro-influencer
Beberapa cara biasa micro-influencer untuk mempromosikan sesebuah jenama adalah dengan cara menyebutkan nama brand (bersahaja tanpa penekanan), story telling, product placement, memberikan pendapat tentang produk yang dia gunakan, perkongsian pengalaman before and after, video membuka parcel yang dia terima,  melancarkan contest dan membuat giveaway produk kepada follower/fans mereka.


Pemilihan influencer
Influencer juga berhati-hati dalam mempromosikan brand atau produk. Jenama yang tidak menyokong niche mungkin akan ditolak demi menjaga dan mempertahankan konten mereka.

Contoh, seorang blogger pejuang penyusuan susu ibu sudah tentu tidak mahu mempromosikan jenama susu rumusan bayi kerana itu bertentangan dengan apa yang diperjuangkan, kecuali jika anda cuba menawarkan susu membesar untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Namun, produk yang terbaik untuk dipromosikan melalui blogger dalam kategori ini adalah sama ada pam susu, nursing bra, nursing cover, EBF storage bottle atau aksesori lain berkenaan penyusuan susu ibu.

Pasaran micro-influencer adalah sangat luas

Bilangan micro-influencer di Malaysia ini sahaja tumbuh bagai cendawan sesudah hujan. Jadi ia menjadi suatu kelebihan bagi kalian, owner sesebuah produk untuk memilih influencer yang bertepatan dan sesuai dengan kempen anda.

Jika influencer yang kalian hire itu gagal memberi kerja sama dengan baik, kalian takkan susah untuk mencari seorang lagi influencer lain untuk melakukannya. ohh btw depan mata anda ini pun sudah ada seorang. hihi. 

Mamy Syu, seorang blogger lifestyle parenting yang terarah kepada gaya hidup seorang ibu yang berkerjaya, dan kisah struggle beliau sebagai pasangan PJJ, yakni hidup berjauhan dari suaminya, dalam menempuh kehidupan seharian sambil membesarkan 3 orang anak seorang diri sejak mula.

Bukan #bbnu (Blogger Baru Nak Up) namun, nak dikatakan blogger retis pun tidak. Apatahlagi blogger otai, memang tak lah! 

Well, I'm a micro-influencer yang memegang 'kolam' parenting, healthy homecooked food, perkembangan anak-anak, petua kesihatan and everything in between.

Syu merupakan salah satu Malaysia Mommy Blogger di Malaysia.

Untuk standard harga satu iklan, itu bergantung pada jenis kempen. Sama ada dalam bentuk penajaan produk, penajaan tunai, itu terpulang. 

Namun untuk menentukan harga sebuah blog post, sebuah video dan perkongsian laman sosial, anda perlu berbincang lebih lanjut menerusi emel atau texting melalui whatsapp.

Nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke laman Bloggers Malaysia Biters The more you know, the better! 

Cheers!
Kita berblog hepi-hepi je ok. No jaki-jaki.





Post a Comment

9 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. well said sis:) agree dengan statement you.Blogger macam kita memang banyak beri pengaruh kepada readers, sebab depa follow post yang kita publish dalam pelbagai gaya.haha. Rugi kalau tak cuba promote produk dengan Blogger yang punya Blogspot ni.murah dan berpatutan, inshaALLAH.:)

    ReplyDelete
  2. hi Mommy Blogger Syu

    ReplyDelete
  3. Betul tu sis.. Kita level2 micro influencers ni mmg pengaruh kita nampak mcm kecil.. Tpi biasanya org2 sekeliling kita tau kita mcm mana.. Biasa akan trust kita punya taste kan

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya masih tak ramai tahu pemasaran perniagaan melalui Blogger ni...

    ReplyDelete
  5. setuju. antara influencer yg senarai kat atas ni, blogger is the best choice untuk promote servis/produk coz iklan kekal di Google selagi kita penulis blog tak delete entry tu. Bila orang cari je apa2 berkaitan produk/servis sebelum nak beli mesti akan cari di Google dulu. So pengiklanan di blog lebih relevan.

    ReplyDelete
  6. Lebih selesa dipanggil blogger sahaja. Influncer tu macam belom layak je utk sis Bella. Kadangkala follower berjuta tapi engagement takdek dan fake sangatlah menyedihkan. Apapun indeed social media marketing memang effective.

    ReplyDelete
  7. Post di Blog sangat berguna dan mampu membantu semua pencarian di enjin pencarian google, review produk pun lebih detail dari media sosial yang lain dan ianya kekal jarang di padam oleh blogger

    ReplyDelete
  8. Ada banyak medium utk buat marketing produk, tapi marketing thru blog ni dia macam forever season. Tak lekang tak hilang. Silap haribulan, penulisan di blog boleh naik ke first page google search. So tu yang untungnya kalau The Brand nak buat marketing guna servis blogger.

    ReplyDelete
  9. Sgt setuju lgpn blog sgt revelen tuk prmote iklan2 xrugi pun kitaorg x pdm pn entry tu..jd kekal..hihi..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!