Fakta Tentang Nikotin Yang Wajib Diketahui

Māmy Syu
0

Assalamualaikum semua. Sukar untuk Syu menulis tentang ni. Biasanya hal dan insiden yang berlaku dalam keluarga memang jarang Syu kongsi secara umum di blog. Tapi kali ni Syu rasa ianya penting untuk you all semua tahu yang kesan akibat merokok tu amatlah serius dan bakal mengubah hidup kalian sekeluarga.



Segalanya bermula tanggal 3 ramadan yang lalu, abang Syu yang duk elok-elok sihat je, tiba-tiba mengalami sawan kejang dan terus tak sedarkan diri. Sebaik sampai di casualty, abang di intubate kerana gagal bernafas sendiri. Segalanya berlaku sangat pantas!

Di hospital, imbasan CT scan menunjukkan dalam otak abang ada nanah dan doktor kata ia disebabkan oleh jangkitan kuman.Selepas 9 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), akhirnya pada 23 April, abang Syu dah sedar, dan tak perlukan alat bantuan pernafasan lagi dah.

Dia pun dipindahkan dari ICU pergi ke wad biasa dan boleh menguruskan diri tanpa sebarang bantuan. Pada hari yang sama juga doktor aturkan prosedur MRI untuk mengenalpasti dengan tepat, adakah benar ia sekadar nanah, atau sebaliknya.

Keputusan Imbasan MRI yang Mengejutkan Seluruh Keluarga

Selang beberapa hari, keputusan MRI menunjukkan bahawa 'mass' yang kelihatan seperti nanah di dalam otak itu sebenarnya adalah ketumbuhan (tumor) di bahagian frontal lobe sebelah kanan. Doktor tidak dapat mengesahkan penyebab berlakunya tumor tersebut, namun katanya ia mungkin berkait rapat dengan tabiat merokoknya sejak muda.

Namun mujur ianya tumor meningioma dan bukan tumor jenis metastasis, yang memerlukan rawatan radioterapi dan kemoterapi. Macam manapun ketika mendapat perkhabaran tu, kami semua speechless. Sebab bila sebut kata tumor, kita semua tahu rawatannya tidak lain tidak bukan adalah melalui pembedahan.
Alhamdulillah tanggal 6 Julai 2021, abang Syu selamat menjalani pembedahan membuang tumor di kepala yang mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.

Tumor dan 3800 Bahan Kimia dalam Asap Rokok

Tumor otak adalah ketumbuhan pepejal yang berlaku tidak mengira usia. Faktor terjadinya ketumbuhan adalah daripada kepincangan DNA atau sel yang bermutasi. Mutasi sel ini adalah sel-sel yang rosak, akibat pencemaran radiasi dan bahan kimia dari persekitaran, contohnya seperti asap dari pembakaran rokok.

Asap rokok yang bebas ke udara ini mengandungi lebih daripada 3800 bahan kimia aktif dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya merupakan bahan pencetus keabnormalan sel iaitu punca utama kepada tumor dan kanser.

Bukan hanya tumor, namun bahayanya kandungan asap rokok, hinggakan seorang ibu hamil itu bakal berdepan masalah seperti :
i.   risiko keguguran, 
ii.  kehamilan diluar rahim (ectopic pregnancy), 
iii. kecacatan janin neural tube defects (NTD), 
iv. asthma yang tidak terkawal semasa kehamilan, 
v.  kelahiran bayi mati, 

Selain itu, bila anak terdedah kepada asap rokok secara pasif (atau kini dikenali sebagai asap rokok basi) mereka berisiko mendapat masalah autism spectral disorder (ASD), dan masalah asthma kronik. 

Rokok Tanpa Asap Kurangkan Risiko Mendapat Tumor?

Sekarang dah tau yang asap rokok melalui pembakaran tulah yang menjadi pelaku utama kepada penyakit-penyakit seperti tumor otak dan kanser. Dan tentunya bukanlah mudah untuk perokok untuk berhenti serta merta. Kalau boleh berhenti, baguslah. Tapi kalau tak boleh, macam mana?

Baru-baru ni Syu dengar kata bahawa alternatif seperti alat HNB (Heat-Not-Burn) berpotensi membantu perokok merendahkan risiko kesihatan. Tapi device ini selalu orang keliru dengan E-Cigarette yang juga dikenali sebagai vape. E-cigarette ini menggunakan cecair nikotin, manakala HNB pula menggunakan rokok tembakau, bukan cecair seperti vape.

Ia membantu mengurangkan bahaya asap rokok dengan cara memanaskan tembakau (rokok) dan melepaskan rasa tembakau dan nikotin dari tembakau ini tanpa melibatkan sebarang pembakaran. Bila tiada pembakaran, maka tiadalah asap. Jadi potensi untuk perokok mendapat kesan buruk asap rokok boleh dikurangkan, sekaligus dapat merendahkan risiko kesihatan seperti tumor dan barah.

Bagaimanapun, penggunaan rokok tanpa-asap ini bukan bertujuan menggalakkan lebih ramai merokok. Ia sekadar alternatif kepada perokok tegar yang masih ingin kekal merokok, tapi dengan risiko kesihatan yang lebih rendah. 

Usah dinafikan, bahawa jalan terbaik untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang optimum adalah dengan berhenti merokok. Sebab dalam tembakau ini mengandungi nikotin, yang juga boleh memberikan kesan terhadap otak.  Namun berhenti merokok bukanlah tugas yang mudah.

Oleh itu, orang yang ingin mengurangkan kemudaratan dan risiko akibat daripada pengambilan nikotin melalui tembakau boleh cuba beralih kepada produk alternatif seperti alat HNB.

Mungkin anda akan bertanya "Apakah kaitan antara nikotin dan kanser?". Untuk kita lebih memahami peranan yang dimainkan oleh nikotin, kita haruslah memahami apakah itu Nikotin.

Apa itu nikotin?

Nikotin merupakan drug yang membuat perokok menjadi ketagih (kecanduan) dengan rokok, namun nikotin bukanlah bahan yang paling berbahaya dalam rokok. Nikotin atau nikotina ini sebenarnya merupakan sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (Nicotiana Tabacum). 

Kandungan nikotin dalam daun tembakau didapati sehingga 3.0% daripada berat kering tembakau. Bagaimanpun nikotin juga wujud sebagai trace elements (unsur surih) di dalam tumbuhan lain seperti tomato, terung, ubi kentang, dan cili hijau. Ha jangan tak tahu ye?

Struktur kimia nikotin

Memandangkan nikotin merupakan unsur organik, maka struktur asas kimianya adalah terdiri daripada carbon, hidrogen dan oksigen. Nama bagi nikotin (C10H14N2) mengikut IUPAC nomenclature pula, ialah 3-(2-(N-methylpyrrolidinyl)) pyridine.

Separa hayat Nikotin
Separa hayat (half-life) bagi nikotin adalah sekitar 1 hingga 2 jam. Bermakna, sekiranya seorang perokok telah menyedut sebanyak 1mg nikotin semasa merokok, selepas 6 jam berikutnya, kepekatan nikotin dalam badannya hanya tinggal 0.031mg sahaja.

Mekanisma Tindakan Nikotin Dalam Badan
Basically ramai yang salah anggap bahawa nikotin ini membantu mengurangkan stress dan tekanan. Bagaimanapun, hakikat sebenar nikotin adalah bersifat stimulan, bukannya depressan.

Sesingkat 10 saat sebaik selepas nikotin disedut melalui asap rokok, ia akan meresap dengan mudah melalui lapisan mukosa mulut, hidung dan tekak, serta melalui kapilari darah paru-paru, straight away ke otak.

Nikotin berupaya melepasi BBB (Bood Brain Barrier) jadi ia dapat sampai ke otak dan mencetuskan rangsangan terhadap kelenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon norepinephrine dan dopamin.


Hormon Norepinephrine
Norepinephrine (adrenalin) juga dikenali sebagai 'fight and flight' hormone. Apabila dirembeskan, ia akan mengaktifkan saraf simpatetik tubuh lalu meningkatkan kadar pernafasan, degupan jantung serta blood pressure menjadikan si perokok lebih alert dan peka.

Jadi dah faham kan kenapa perokok selalu craving rokok bila mereka mula rasa mengantuk? ohh terutamanya ketika mereka memandu jarak jauh. 


Hormon Dopamin 
Dopamin dikenali juga sebagai pleasure hormone kerana fungsinya yang mampu stimulate perasaan kegembiraan dalam otak. 

Apabila seseorang menyedut asap rokok berserta nikotin,  mereka akan merasai sensasi tenang dan seronok hasil cetusan daripada hormon dopamin ini.

Tapi awas! 
Kesan seronok ini hanya sementara.

Seusai dua jam, mereka akan mula gelisah dan tidak tenteram. Maka sebab itulah saban hari kita tengok para perokok always keep coming back for more cigarette.

Kesan Nikotin Terhadap Fisiologi

Secara umum, nikotin terbukti dapat merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, dan kecergasan. Dalam beberapa kes, pengambilan nikotin juga menyebabkan penurunan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan loya dan muntah.

Kesan Ketagihan Nikotin
Pengguna nikotin juga selalunya mengalami kebergantungan kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina berdasarkan kesan kebergantungan dan ketagihannya.

Sekiranya seseorang itu cuba berhenti daripada merokok, mereka akan mengalami simptom pengunduran (withdrawal symptom) seperti sakit kepala, gangguan tidur, keresahan dan kerengsaan (irritability). Simptom ini sangat lambat untuk wear off, kadang mencapai beberapa bulan atau tahun.


Keracunan Nikotin
Walaupun kandungan nikotin dalam rokok adalah sedikit, dan hampir mustahil untuk mengalami nicotine toxicity, namun jangan lupa. Nikotin juga turut hadir dalam beberapa bentuk, seperti gam kunyah yang digunakan secara oral.

Penggunaan secara oral boleh menyebabkan keracunan. Pengambilan 50mg nikotin sudah cukup untuk membunuh seorang lelaki dengan berat badan 70kg.

Setelah memahami apakah itu nikotin, kita faham bahawa pengambilan nikotin bukan tiada risiko, tetapi ia juga bukan penyebab kanser, kerana penyebab kanser adalah tar dan bahan kimia karsinogenik lain yang terkandung dalam asap rokok.

Usaha Untuk Berhenti Merokok

Berhenti merokok tidak semudah yang kita harapkan. Walaupun ramai yang telah cuba berhenti, tapi tetap akan berpatah balik dan gagal dek kerana ketagihan yang tinggi terhadap nikotin.

Oleh itu, anda boleh memulakan  dengan produk alternatif. Setiap hari berlalu tanpa rokok atau tembakau adalah satu kejayaan! Ingatlah, anda bertahan untuk selama satu hari lagi, anda akan menang sendiri.

Raikan dan beri penghargaan kepada diri sendiri. Dengan nilai duit yang biasanya dihabiskan untuk rokok, kalian kini boleh membelanjakannya kepada perkara lain berbentuk self-reward yang boleh menggembirakan diri sendiri.

Semoga berjaya dan sihat!


Rujukan:
https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Mag_Speakout_Edition_2019.pdf
http://www.myhealth.gov.my/merokok/
http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-tembakau-a-merokok/

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!