Sebut sahaja MILO® pasti golongan millenial yang membesar bersama MILO® macam Mamy ni akan terus terngiang-ngiang tagline 'Minum MILO Anda Jadi Sihat dan Kuat!' yang pernah famous suatu masa dulu.
"nusa mahsuri badminton academy"
Kemudian dalam era 90-an pula MILO® memperkenalkan slogan baharu, "Malaysia Boleh!" seiring dengan Sukan Komanwel, Malaysia 1998. Slogan ini sangat trending masa tu bahkan hingga ke hari ini pun, masih kedengaran ia dilaungkan oleh atlet-atlet dalam apa-apa kejuaraan sukan.
BADMINTON MASTERING TRAINING
Ye guys, lebih 70 tahun dah pun MILO® ni mempelopori pembangunan sukan negara kita ni dan yang paling latest, mereka baru melancarkan MILO® Champions Clinic: E-Coaching yang bertemakan 'MILO® Aktif Negaraku'.
latihan badminton dari coach yang berpengalaman
Program yang bermula sejak September 2020 ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memupuk gaya hidup aktif di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan platform untuk meningkatkan akses kepada sukan biarpun dalam keadaan pandemik.
pemain nusa mahsuri kelab badminton kanak
Pendekatan latihan atas talian ini bagi Syu dapat mendorong ibu bapa agar dapat lebih terlibat secara aktif dan inklusif dalam mengikuti modul latihan anak-anak selama lima minggu sehingga tamat sesi latihan.November nanti.
gelanggang badminton nusa mahsuri
Pandemik dan Anak-anak
Sejak kita berhadapan dengan krisis pandemik ini, perubahan lifestyle anak-anak amat ketara sebab terlalu banyak masa dihabiskan di dalam rumah saja.
pusat latihan badminton malaysia
Bagi Syu, sebagai seorang ibu yang berkerjaya, memang risau sangat dengan perubahan drastik tingkahlaku dan gaya hidup anak-anak. For the past few months ini pun, my first son Abam Naufal menunjukkan perubahan sikap, tak mendengar kata dan selalu memberontak terutamanya ketika PDPR.
sudirman cup 2021 malaysia players
Seolah-olah dalam fikirannya hanya ingat nak main, main dan main saja. Since then mamy dah berhenti paksa dia dan mencuba inisiatif berupa pendekatan 'mengajak-buat-bersama' and it works!
akademi badminton kanak kanak
Syu nampak program MILO® Champions Clinic ini pun menerapkan pendekatan yang sama iaitu melalui proses latihan sukan yang memerlukan penglibatan ibu bapa bersama anak-anak.
Haa dengan maknye sekali terpaksa aktifkan diri, berlatih sambil bermain dengan anak-anak.
program latihan badminton
Syu yakin, kebersamaan ibu bapa dalam sukan dengan anak-anak dapat memupuk nilai-nilai insaniah seperti semangat ketekunan, tekad untuk terus maju, serta sifat gigih dan tak mudah mengalah.
kelas badminton untuk dewasa
Kesemua nilai-nilai ini adalah sangat penting bagi membantu mereka melangkah lebih jauh dalam masa-masa yang mencabar ini,
kids badminton club malaysia
MILO® Champions Clinic: E-Coaching
Program ini merupakan sesi coaching peringkat beginner bagi kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun. Ia menawarkan tiga pilihan sukan utama iaitu futsal, badminton dan bola keranjang. Ketiga-tiga bidang ini dilatih oleh jurulatih-jurulatih hebat negara.
training di pusat latihan badminton
Apa yang istimewanya, program ini bukan sahaja melibatkan jurulatih terkemuka malah anak-anak kita bakal dilatih berpandukan modul kejurulatihan bersepadu yang bertaraf dunia!
kelab badminton akademi ipoh
Kemunculan istimewa bintang dan lagenda sukan negara seperti Rashid Sidek (badminton), Nur Izzati Yaakob (basketball) dan Nik Akif Syahiran (bola sepak) juga turut menyemarakkan lagi semangat para peserta, sekaligus dapat memberi inspirasi terhadap peserta.
Usaha MILO® amat konsisten dengan aspirasi sukan negara agar peserta-peserta cilik ini bakal menjadi pelapis untuk menaikkan lagi reputasi skuad negara di persada dunia.
kelab badminton profesional malaysia
Sukan Badminton Jadi Pilihan Naufal
Kalau you guys perasan, Syu pernah story kat blog tentang minat yang mendalam Abam Naufal terhadap badminton sejak umur dia 4 tahun lagi. Semuanya ada tercoret di sini.
sudirman cup 2021 winner
Jadi bila muncul program kejurulatihan macam ni, Naufal memang tak teragak-agak lagi dah untuk memilih sukan apa.
Semestinya dia memilih sukan badminton.
Mommies daddies kalau berminat, boleh daftar nama anak-anak you all di www.milo.com.my. Program ini diadakan dua kali setahun, dan fasa pertama bermula April manakala fasa kedua pada bulan September.
Feedback dan Perkembangan Naufal
Selepas 2 minggu menyertai program MILO® Champions Clinic ni, perlahan-lahan Naufal memperbaiki teknik asas bermain badminton, dari asas genggaman raket hinggalah kepada gabungan teknik pukulan dan foot work yang betul.
Selama ini Naufal bermain ala-ala jaguh kampung je. Orang kata, asal dapat pukul dan balas pukulan bulu tangkis je pun, with zero idea tentang basic badminton.hehe. Tapi dengan skill kampung tu pun mamy nampak Naufal ni sangat berpotensi untuk stand out. InsyaAllah.
impak program badminton
Wrapping up
Secara peribadi, Syu merumuskan bahawa program latihan macam MILO® Champions Clinic ni patut diteruskan setiap tahun (biarpun pasca pandemik nanti) sebab coaching secara maya macam ni dapat memberi peluang kepada kanak-kanak luar bandar seperti Naufal agar boleh dicapai melalui medium digital.
kelab badminton kanak-kanak selangor
Moga harapan Naufal untuk menjadi jaguh cilik badminton berjaya direalisasikan. Mohon aminkan sama ya guys. Terima kasih.
Syu juga amat-amat menghargai inisiatif MILO® ini dan diharapkan usaha ini dapat menggilap bakat dan potensi pemain pelapis negara agar suatu hari nanti, mereka ini dapat diketengahkan ke peringkat kebangsaan seterusnya ke arena antarabangsa.
daftar jadi atlet badminton
jadual latihan badminton kanak-kanak
Ribuan terima kasih mamy ucapkan buat MILO® dan RacexAsia!
skuad badminton negara, kelab badminton,kelas badminton untuk dewasa,daftar jadi atlet badminton,nusa mahsuri badminton academypengarah pembangunan remaja kebangsaan persatuan badminton malaysia, BAM, badminton association malaysia, modul kejurulatihan badminton misbun sidek
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y