Main Game di Plays.org Secara Percuma

Māmy Syu
0

Hello peeps! Dah lama Mamy Syu tak berkongsi jurnal pengalaman mamy di sini kan. Kalau tidak, hampir setiap hari mamy akan berkongsi daily life routine mamy dengan anak-anak, betul tak?

Bukannya mamy nak berhenti menulis, tapi kebelakangan ni mamy sangat sibuk dengan tugasan luar dan kerap kali perlu out station. Makanya blog mamy ni sedikit terabai. Tapi hari ni mamy betul-betul macam orang hilang akal bila terlalu letih dan burnout dengan tugas yang tak habis-habis. Terfikir sejenak, macam nak unwind balik dengan cara bermain game, malangnya dalam smartphone mamy ni memory full dan tak lepas dah nak install apa-apa apps lagi dah.

So I searched la 'web permainan online percuma' di search bar dan terjumpa blog Fiza yang berkongsi pasal Plays.org ni. Dari perkongsian rakan blogger mamy ini, nampaknya web portal Plays.org ini memang menarik serta menawarkan banyak game-game lejen yang selalu mamy main semasa zaman universiti dulu. Tak semena-mena terimbau kembali kenangan zaman remaja. Chewahh haha.

Kaki game tau mamy korang ni..hahah. Nasib baik lah kuat-kuat main pun mak kau dapat maintain dekan lagi. Nak riak itu taklah, tapi jangan pandang sebelah mata dengan kepala otak budak-budak yang bermain games tau? Pemikiran gamers ni kadang lebih proaktif dan kritis daripada orang lain tau tak.

Game simple dan ringan yang disajikan di Plays.org ini pada pendapat mamy, sangat bagus untuk unwind disaat otak kita dah start tepu dengan career dan tugasan menguruskan anak-anak.


5 Sebab Kenapa Kita Orang Dewasa Pun Perlu Main Game

1. Sebab Nak Hilangkan Bosan


Faktor yang pertama ni memang menggambarkan diri aku sangat tu tau? haha. Most of the time aku akan bermain games sebab bosan atau sedang menunggu kawan atau menunggu giliran. 

Daripada duduk termenung menunggu dalam keadaan janggal, lebih baik kita online sebentar, bermain card games macam Solitaire ke, Board games ke, ataupun my favourite adalah game tembak-tembak (chainreaction games) yang macam ala-ala Zuma tu lah. Seriously addicted gila! 

plays.org permainan online percuma
Supermarket game - Sesuai main di saat bosan menunggu giliran di hospital atau kauter kerajaan


2. Kurangkan Stress


Jangan tak percaya, ada sesetengah student yang sampai melabel permainan video sebagai 'vitamin gembira' mereka tau. Sebab melalui permainan itu mereka mencapai kepuasan dan keseronokan, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya menamatkan game tersebut dan dapat push rank up.

3. Sebagai 'Vitamin Gembira'


Ketagih Nak Main Sampai Menang. Bila bermain video games, otak akan merembeskan hormon dopamin yang akan membuatkan seseorang itu teruja dan bersemangat. Dan bila setiap kali kita tak bermain video game tersebut, otak kita akan teringat dan terfikir pasal game tersebut. 

Masa tu serotonin merambat laju dalam otak, lalu memberikan isyarat yang video game adalah bersamaan dengan kegembiraan. Jadi secara tak langsung timbul rasa teringin dan rasa yang kita perlu main video game tersebut untuk tenangkan perasaan tu,


4. Nak dapatkan Balik Mood dan Fokus


Bila kita terlalu lama work on something, sampai satu takat, kita akan buntu dan hilang fokus. Jadi dengan bermain video games berbentuk trategi dan taktikal, kita dapat mengasah semula minda kita untuk lebih alert dalam membuat percaturan dan membuat keputusan. 

Hasilnya, kita akan rasa segar semula, umpama baru lepas menghirup kopi Americano pekat kegemaran kita.

web based online game plays.org
Chutes and Ladders Game- best game ni sebab boleh multi-player sehingga 6 orang



5. Sebab Mahu Memotivasikan Diri Sendiri

Attitude seorang gamers selalu dikaitkan dengan tekad, betul tak. Setiap permainan video mempunyai sasaran dan objektif tertentu yang harus dicapai. Jadi dari situ ia akan mebina determination untuk cuba dan terus mencuba sehingga menang.


Plays.org - Game Online Percuma 

Kelebihan Bermain Permainan Online ada banyak, tapi salah satunya mamy paling suka sebab ia tidak perlu download atau install ke peranti kita. Selain itu, di Plays.org juga adalah percuma, banyak pilhan, serta tak memerlukan login atau password pun untuk mula bermain.

Ketika mamy menulis entri ini pun, window Play.org masih lagi terbuka di tab sebelah hahaha. Sambil-sambil menaip blog, sambil-sambil menyelesaikan crosswords hehe. Sebab selepas push menyiapkan assignment yang banyak ni selama 3 jam tanpa henti, mood mamy macam dah kelaut . So mamy comes to a decision untuk dapatkan 'vitamin' sebentar.


free online game scrabble free, Load Metrics (uses 6 credits) KEYWORD multiplayer browser games online browser games free browser games online games free free online multiplayer games best browser games
Wordmesiter Game - ini salah satu board game kegemaran mamy Syu

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!