Alhamdulillah.. awal-awal tahun ni berturut-turut birthday dalam family ni. Bermula dengan anak fruit, Yaya pada 18 Januari, diikuti dengan anak sulung mamy, Naufal on 21, pastu opahnya 28 and minggu seterusnya mamy pada 4 February.
Happy Birthday to me. Happy Birthday to meeee..huhu bertambah lagi usia, bererti setahun lagi melangkah menghampiri kem4tian. Allahh.. Sekiranya kalian pembaca baru blog Mamy Syu pastinya kalian merasa pelik dengan ungkapan mamy yang kedengaran 'kurang bahagia' sempena birthday ni.
Birthday Blues
Dulu mamy ingat mamy seorang sahaja yang lack of desire to celebrate birthday dan hanya merasakan perasaan negatif je di hari ulangtahun kelahiran. Namun lepas menjalani rawatan dengan pakar few years ago, barulah mamy tahu rupanya ramai lagi manusia yang serupa mamy yang merasa takut, sedih dan tak bahagia bila menjelang birthday. Ini adalah salah satu simptom kemurungan (depression) yang dikenali sebagai Birthday Blues Depression.
Ada banyak punca, salah satunya adalah berpunca daripada trauma dan anxiety. Bila hampir je bulan Februari, macam-macam negative thoughts akan bersilih-ganti berputar dalam kepala ni. Letih sebenarnya nak lawan dan menggantikan dengan positive thought tapi otak ni asyik kritik diri sendiri. Non stop! Until I feel uncomfortable being the center of attention during birthday celebration. Akhirnya aku mengelak dan melarang orang sambut birthday aku..huhu.
Okay enough talk about mental, sekarang aku nak alihkan perhatian daripada murung dan negativiti kepada yang boleh boost my mood, lifting my spirit and stabilize my emotion! Jom! Ayat-ayat lebih kepada 'angkat bakul' ini amat-amat diperlukan bagi penderita kemurungan untuk brainwash dan memaksa otak untuk 'nampak' value diri sendiri.
Bersyukur Dikelilingi oleh Mereka yang Sayang
Pertama sekali terima kasih kepada Mama yang melahirkan Kocik, anak Ma yang sangat special dan paling kuat! Keduanya syukur ada Abah yang supportive, moga Allah panjangkan umur Abah dalam kesihatan dan keberkatan supaya dapat terus berikan suntikan moral kepada anakmu ini. Adik beradik belaka, kalian merupakan support system terkuat den saat den jatuh ke titik terendah dalam hidup. Terima kasih, moga kalian dikurnia berjuta-juta kebaikan dan dilimpahkan rezeki dalam pelbagai bentuk.
Buat Suami Tersayang
Orang kata, ribut petir, taufan, tsunami itu bukanlah selamanya. Pada suatu saat ia akan reda dan mentari akan kembali bersinar diiringi dengan pelangi yang indah. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab dan paling penting sanggup menerima diri ini seadanya biarpun sudah tahu kondisi dan juga status diri ini pun, Abang tetap teguh memilih untuk hidup bersama.
Celebrate Birthday Mamy Syu
Sambutan birthday ni memang surprise sebab awal-awal lagi mamy dah cakap tak payah beria, bazir duit je. Enchek Abe pun angguk-angguk macam setuju. So dalam kepala tak ada la any expectation. Siang tu lepak rumah je sambil tengok budak-budak mandi swimming pool. Cuaca panas sangat, rasa macam nak terjun jugak je dalam swimming pool tu tapi macam malu. Tahu je la aku ni mandi kolam tertutup je. Takkan punya lah nak mandi kolam terbuka macam ni.
Malam tu Encek Abe ajak gi makan kat Alamanda Putrajaya. Ikut je la, walaupun perut dah kenyang. Ceh rupanya semua adik beradik, FIL dan MIL dah menunggu dalam cafe Padi. Aku dah boleh agak, laki aku ni mesti ada agenda ni. Huh! Dah kabor dah jangan macam-macam. Dia buat jugak.
Makan di Padi House Putrajaya
Masa kat situ, disebabkan rasa kurang selesa menjadi jadi center of attention maka satu gambar pun aku tak tangkap. Sedap sangat Grilled Lamb Chop with Cafe de Paris Blackpepper Sauce yang mamy makan tu. Daging kambingnya langsung tak liat, dan kuah lada hitamnya pekat dan pedas, memotong rasa muak kambing tu. Prtion dia besar yakmat! Mujur tak ambil menu lamb chop yang ada sekali dengan nasi tu, kalau tidak rasanya senak sampai tak mampu berjalan la jawabnya.
Encek Abe pula order Scallion & Egg Fried Rice with Fried Chicken. Pun sedap nasi goreng dia, rasa pedas-pedas. Kids meal untuk budak-budak pun ada macam-macam. Untuk Araa, aku pilih Crispy Dory & Fries. Ada dapat Wall's ice cream cup sekali. Araa makan tak habis pun, dia makan fries dan ice cream je, ikan dory tu dia makan sekeping je. Hujung-hujung, mamy jugak kena habiskan. Tapi surprisingly ikan tu tak lemau, masih rangup!
Untuk air, kami semua order plain water dan ice saja. Mungkin dah jadi habit, tak makan makanan berat bersama dengan minuman manis. Kalau nak enjoy minuman manis, kami akan lepak santai minum-minum sahaja.
Birthday Cake Saiz Comel
Lepas selesai makan tiba-tiba crew Padi House keluar bawa kek diiringi dengan lagu Happy Birthday. Alamak..malu! Satu restoran pandang sambil tepuk nyanyi sekali. Tak tahu nak react macam mana. Hati tak selesa, patut ke aku nangis? Atau faking a smile? Dey!. Kenapalah laki aku degil sangat buat semua ni. Aku malu, tak selesa ayoma!
Kek yang disajikan merupakan kek dari Padi House juga. Macadamia Cheesecake. A must to try! Kek comel ni ditindan dua lapis dan diletakkan atas pinggan. Sedap wohh. Terngiang-ngiang rasa kek ni dalam mulut masa nak tidur.
Alahai ipar-ipar punya kerja. Terima kasih sangat-sangat walaupun riak wajah aku nampak tak excited (sebab malu) namun jauh di sudut hati Kaklong terharu sangat dan berterima kasih atas apa yang kalian usahakan. Apa yang pasti, aku pasti akan repeat makan kat sini lagi. Nak cuba pula Cantonese Style Egg Noodle, nampak sedap. Suasana pun sangat cozy. Tenang je makan kat sini.
Birthday Presents
Thanks juga for the presents. Adik ipar nombor dua, Asma hadiahkan aku handbag Sometime. Level-level T20 memang tak kisah bagi hadiah ratus-ratus macam ni..haha tak gitu Asma? Celah gigi je. Cantik sangat wehh Hala Moon bag tu, sayang pula rasanya nak pakai. Sebenarnya beg tu nak di engrave nama, tapi agak lambat katanya, maghrib baru boleh collect maka nya next time je aku pergi sendiri butik Sometimes kat IOI, customize nama kat atas beg tu.
Encek Abe a.k.a skandal halal aku pula kata dia nak hadiahkan something yang ada dalam my bucket list. Since foundation I dah hujung-hujung dah nak habis, so I minta la dia beli foundation dan setting spray.ehehe. Jimaaatt..jimat, tak payah keluar duit untuk makeup tahun ni. Thanks ye my sc@ndal!! haha
Done! Entri personal 2024 checked!
Bubbye.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Happy birthday semua yang tersenarai
ReplyDelete