Kelebihan Fish Oil Suplemen Omega-3 Minyak Ikan

Māmy Syu
2
Khasiat Minyak Ikan Fish Oil Omega-3 Untuk Semua | Kelebihan dan khasiat fish oil omega-3 ada pelbagai, bergantung kepada siapa yang mengambilnya. Fish oil omega-3 boleh di consume oleh wanita, kanak-kanak serta lelaki juga, mengikut sukatan dan dos yang disyorkan. Supplement untuk kesihatan yang berasaskan lemak seperti vitamin A, D, E dan K, tak boleh diambil berlebihan atau dalam ertikata lainnya, overdose.  Supplement bawaan lemak amat tinggi risiko untuk berlaku toksisiti sekiranya diambil secara berlebihan. Awas!
suplemen omega3 terbaik
suplemen omega-3 terbaik,Vitamin Rx Review kelebihan omega 3 supplement
kelebihan omega-3
Omega-3 merupakan asid lemak poli tak tepu (PUFAs) yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan, jadi ia perlu diambil melalui diet pemakanan kita on daily basis. It can be found in fatty fish like salmon, trout, mackerel, tuna; also found in clam and scallops, as well as krill. Jenis-jenis hidupan laut tersebut mengandungi tinggi kandungan omega-3 yang terbukti daapr memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan, termasuklah memelihara kesihatan jantung, menguatkan fungsi otak dan merendahkan risiko keradangan salur darah. 
kelebihan omega-3
Terdapat 3 jenis fish oil omega (asid lemak omega-3) yang utama iaitu :
  • Alpha-linolenic acid (ALA) - sumber tumbuhan
  • Eicosapentanoic acid (EPA)
  • Docosahexanoic acid (DHA)
Panduan Diet Malaysia menyarankan supaya mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. But for those who don't consume enough fish (omega-3s) in their diet, supplements can be a good option!
kelebihan omega-3

8 Manfaat Minyak Ikan (fish oil) Omega-3 

Nak tahu apa manfaat Omega-3 dengan lebih detail? Teruskan membaca sampai habis artikel di bawah semoga bila kita kekal berinformasi dan berilmu, maka kita tidak mudah digula-gulakan oleh ejen dan seller supplement terlampau yang suka overclaim sehingga memudaratkan kesihatan diri kita sendiri.
kelebihan omega-3
manfaat omega-3

1. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Fungsi Otak

Omega-3 fatty acid dapat meningkatkan lapisan otak dalam pembentukan sel-sel otak yang baharu. Ia juga dapat membantu melawan masalah mental seperti kemurungan dan demensia (nyanyuk) kerana ia dapat meningkatkan mood dan juga menguatkan daya memori.
khasiat omega 3
Jadi, kepada kalian yang sangat kurang mengambil ikan dalam diet harian dan berhasrat untuk menjaga kesihatan mental, atau selalu mengalami kekeliruan dalam membuat keputusan dek kerana mentally exhausted, omega-3 adalah suplemen yang sesuai. 
khasiat omega 3
Satu kajian mendapati bahawa seseorang dengan paras omega-3 rendah dalam darah boleh meningkatkan risiko kebimbangan dan kemurungan. Ada juga kajian menunjukkan kandungan EPA yang terkandung dalam minyak ikan boleh membantu mengurangkan stress serta risiko kemurungan.
khasiat omega 3

2. Omega-3 Baik Untuk Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi atau hypertension sangat berkait rapat dengan pengambilan garam sodium yang tinggi dan lemak tepu secara berlebihan. Lemak tepu diperoleh dari sumber haiwan seperti daging lembu dan ayam. 
suplemen omega3 terbaik

Jadi bagi memelihara kesihatan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang ada darah tinggi, bolehlah menggantikan hidangan daging kepada menu ikan. Ini kerana kandungan omega-3 yang terdapat dalam ikan berupaya menstabilkan tekanan darah tinggi. Kalau kalian jenis tak selera makan ikan, maka suplemen adalah alternatif untuk menggantikan keperluan omega-3 harian.
suplemen omega3 terbaik

3. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Kulit

Pengambilan minyak ikan dikatakan mampu membantu memperbaiki kesihatan kulit. Masalah keradangan kulit seperti ekzema dan dermatitis atopik boleh reda dengan bantuan supplemen minyak ikan omega-3, disamping rawatan dengan krim sapu luaran. Asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam minyak ikan boleh memperbaiki sel kulit, membuatkannya lebih sihat dan lembab kerana dapat menampung air dengan lebih baik.
suplemen omega3 terbaik
Selain itu, mereka yang menghidap ekzema didapati mempunyai kadar asid lemak omega-3, EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid­) yang lebih rendah berbanding orang lain. Justeru, pengambilan suplemen minyak ikan didapati dapat mengurangkan inflamasi dan gatal-gatal jika diambil dalam jangka masa panjang.
suplemen omega3 terbaik
Walaupun minyak ikan mempunyai sifat anti inflamasi, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk menentukan sama ada ia benar-benar berkesan ataupun tidak untuk merawat penyakit kulit dermatitis.
suplemen omega3 terbaik

4.Omega-3 Menurunkan Paras Kolesterol Darah

Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat mengurangakan risiko penyakit kardiovaskular kerana ia berkesan menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.
suplemen omega3 terbaik

5. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Jantung

Menurut kajian, minyak ikan yang kaya omega-3 merupakan anti inflamasi, dan anti inflamasi membantu untuk menjaga salur darah daripada mengalami keradangan dan seterusnya membantu menjaga jantung kita. EPA dan DHA juga membantu mengawal paras trygylceride (salah satu kolesterol jahat).
suplemen omega3 terbaik
manfaat minyak ikan

6. Minyak Ikan Membantu Menurunkan Berat Badan

Kandungan omega-3 dalam minyak ikan membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang. Selain itu, ia mampu menigkatkan metabolisma badan sekaligus membuatkan badancepat bakar kalori menjadi tenaga, terutamanya ketika beraktiviti berat seperti bersenam.
manfaat minyak ikan
Sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan 3g minyak ikan asid lemak omega-3 setiap hari meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 14% dan oksidasi lemak sebanyak 19%.
manfaat minyak ikan
Selain itu, omega-3 membantu mencegah resistensi insulin, iaitu keadaan di mana insulin menjadi kurang sensitif terhadap glukosa. Jadi, kita akan merasa cepat lapar dan craving for food sebab sel-sel badan kita kekurangan glukosa. Kesannya, kita akan makan lebih banyak dan berat badan pun melantun-lantun naik. 
manfaat minyak ikan
Kajian oleh penyelidik negara China dan Singapura mendapati bahawa suplementasi jangka pendek dengan minyak ikan dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin pada individu yang mempunyai masalah gangguan metabolisma.
manfaat minyak ikan

7. Omega-3 dan Kanser

Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.
suplemen omega 3 

8. Omega-3 dan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Omega-3 daripada kelas DHA (Docohexanoic acid) dan EPA (Eicosapentanoic acid) sangat diperlukan dalam perkembangan minda dan sel otak kanak-kanak. Ia membantu menghubungkan sel-sel otak dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran mereka.
suplemen omega DHA
Pakar menyarankan supaya kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 8 tahun perlu makan 90gram hingga 180gram ikan seminggu. Sementara itu, kanak-kanak dari usia 9 tahun ke atas pula perlu mengambil 250gram hingga 300gram ikan setiap minggu. Akan tetapi, ikan yang mereka makan mungkin tidak menyediakan amaun omega-3 yang secukupnya. 
suplemen omega DHA
Jika kalian memberikan suplemen omega-3 kepada anak, dos yang disarankan adalah antara 150mg hingga 250mg. Namun, menurut American Academy of Dermatology, kanak-kanak yang mengambil suplemen minyak ikan perlulah dipantau. Kadangkala, pemberian minyak ikan yang terlalu banyak boleh membuatkan mereka mengalami cirit-birit, loya dan juga sakit perut.  
suplemen omega DHA
suplemen omega 3

Kebaikan-Kebaikan Lain Omega-3

  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Mencegah masalah berkaitan mental seperti dementia (nyanyuk) dan kemurungan
  • Mencegah kejadian strok (angin ahmar)
  • Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis)
  • Mencegah arthritis (sakit pada sendi).
suplemen omega DHA

Kesan Sampingan Minyak Ikan

  • Masalah bau nafas. 
      • Suplemen minyak ikan mungkin akan membuatkan mulut berbau hanyir seperti ikan.
      • Rasa hanyir di dalam mulut yang kekal untuk beberapa waktu.
  • Pedih ulu hati, loya dan cirit-birit.
  • Muncul ruam pada badan.
  • Risiko pendarahan.
      • Dos tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan dan juga strok.
suplemen omega 3

Pencemaran Merkuri dalam Suplemen Omega-3

Kebanyakan suplemen omega-3 adalah berasaskan minyak ikan. Bagaimanapun, merkuri tidak wujud dalam tisu lemak. Oleh itu, anda hampir tidak menjumpai merkuri dalam suplemen omega-3. Cari suplemen minyak ikan Omega-3 yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak dan ibu hamil.
side effect omega
khasiat omega3
side effect omega
suplemen omega 3

Tip Memilih Suplemen Omega-3 di Pasaran

side effect omega
Baik, tips memilih minyak ikan yang baik pula bergantung kepada beberapa faktor. Yang menjadi faktor utama adalah ketulenan dan potency (kekuatan bahan aktif EPA dan DHA). Ya, it can be difficult to know which fish oil product to choose. Here are some tips for selecting a high-quality omega-3 supplement:
  • 1. Pilih suplemen yang telah diuji oleh pihak ketiga untuk ketulenan dan potensi, untuk memastikan ia mengandungi jumlah omega-3 yang disenaraikan pada label dan bebas daripada bahan cemar seperti logam berat dan PCB. Jadi pilihlah minyak Ikan dari sumber ikan kecil, sebab ikan besar yang dah hidup lama semestinya telah banyak mengumpul logam berat dalam badannya.
side effect omega-3
  • 2. Cari brand dengan reputasi yang baik untuk memastikan suplemen pilihan berkualiti tinggi. Semak pensijilan seperti NSF International atau tanda Disahkan Pharmacopeia AS, yang menunjukkan bahawa suplemen itu memenuhi piawaian kualiti tertentu. Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard). Minyak ikan sebegini telah melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.
suplemen omega 3
  • 3. Pertimbangkan sumber dan jenis ikannya. Pilih suplemen yang diperbuat daripada ikan laut sejuk yang seperti salmon, makarel atau sardin, yang cenderung mempunyai omega-3 yang lebih tinggi. Elakkan suplemen yang dibuat daripada ikan sangkar (yang diternak). Ia mungkin mengandungi omega-3 yang lebih rendah dan tinggi bahan cemar (contaminants).
suplemen omega 3
  • 4. Sesetengah suplemen omega-3 mungkin termasuk bahan tambahan, seperti vitamin A, D dan K2 atau antioksidan, yang boleh memberikan manfaat kesihatan tambahan.
suplemen omega-3 terbaik
  • 5. Beri perhatian kepada jumlah EPA dan DHA dalam suplemen:. EPA dan DHA ialah dua jenis utama asid lemak omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan, dan ia bertanggungjawab untuk kebanyakan manfaat kesihatannya. Cari suplemen yang mempunyai sekurang-kurangnya 500 mg gabungan EPA dan DHA setiap hidangan.
suplemen omega 3
  • Kira dos EPA dan DHA:Untuk menentukan dos EPA dan DHA dalam suplemen minyak ikan, anda perlu melihat melebihi jumlah keseluruhan minyak ikan yang disenaraikan pada label. Sebagai contoh, satu kapsul 1200mg mungkin mengandungi 100mg EPA dan 200mg DHA, manakala jenama lain mungkin mempunyai kepekatan EPA atau DHA yang lebih tinggi. Suplemen pekat tinggi boleh mengandungi sehingga 90% EPA dan DHA, yang bermaksud anda hanya perlu mengambil satu atau dua kapsul setiap hari untuk mendapatkan dos harian yang disyorkan.
suplemen omega-3 terbaik
  • Dalam sebiji softgel, jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg. Penting untuk periksa kandungan EPA dan DHA total di dalamnya. Nak tahu jumlah Omega 3, kalian kena tolak, dari situ baru kalian tahu berapa banyak minyak pengisi (filler). Minyak filler ini digunakan untuk mengisi softgel selepas minyak Omega-3 dimasukkan.
    suplemen omega-3 terbaik,tips memilih suplemen omega 3 terbaik di farmasi
  • Contoh Brand Q Minyak Ikan 1000mg :
  • EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 = 300mg,
  • maka dari jumlah 1000mg minyak ikan, 700mg tersebut hanya filler sahaja.
  • Kesimpulannya, 1000mg Fish Oil hanya membekalkan 300mg Total Omega-3 Fatty Acids
suplemen omega 3 terbaik
  • 6. Sentiasa ikut dos yang disyorkan dalam label. Pastikan kalian ikut saranan dos yang tercetak pada label suplemen atau seperti yang dinasihatkan oleh ahli farmasi atau doktor, kerana mengambil terlalu banyak omega-3 boleh mendatangkan kesan negatif, seperti meningkatkan risiko pendarahan dan juga strok.
omega fatty acids
Dengan mengikuti tips ini, diharapkan dapat membantu kalian memilih suplemen Omega-3 yang berkualiti tinggi yang boleh memberikan banyak manfaat kesihatan dan membantu anda mengekalkan gaya hidup sihat.


Jenama Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Farmasi

Terdapat banyak jenama yang hadir dengan minyak ikan Omega-3, tapi sukar untuk memilih mana yang terbaik. Jadi di sini kami senaraikan 7 jenama minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk rujukan
BLACKMORE OMEGA-3 omega fatty acids
BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000mg
Minyak ikan terbaik kerana tidak mengandungi bahan-bahan tambahan

BELI DI SHOPEE

Nature's Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg
Nature's Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg
Minyak ikan terbaik untuk mereka yang mempunyai kesukaran untuk menelan ubat

BELI DI SHOPEE 


Nature's Way Kid's A+ Omega 3 Fish Oil 50's
Nature's Way Kid's A+ Omega 3 Fish Oil 50's
Minyak ikan terbaik untuk perkembangan kognitif kanak-kanak

BELI DI SHOPEE 


Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg
Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg
Minyak ikan terbaik untuk kanak-kanak 1 tahun dan dewasa

BELI DI SHOPEE 


Amway Nutrilite Salmon Omega Complex
Amway Nutrilite Salmon Omega Complex
Minyak ikan terbaik untuk ibu hamil

BELI DI SHOPEE 

Scott's Fish Oil
Scott's Fish Oil
Minyak ikan terbaik menguatkan tulang dan gigi

BELI DI SHOPEE 



Pristin Omega 3 Fish Oil
Pristin Omega 3 Fish Oil
Minyak ikan terbaik secara keseluruhan 

BELI DI SHOPEE 


Adakah Pengambilan Suplemen Minyak Ikan Suatu Keperluan? 


Pada zaman ini, terdapat pelbagai produk suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Mungkin ramai antara kita yang terpengaruh dengan pengambilan suplemen minyak ikan ini untuk tujuan penjagaan kesihatan. 

Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen ini hanyalah disarankan kepada individu yang mengalami kekurangan pengambilan asid lemak daripada diet harian. Sekiranya kalian tidak mahu mengambil suplemen, maka makanlah ikan berminyak seperti ikan Salmon, Mackerel, Sardin, Tenggiri, Bawal, Kembung sekurang-kurangnya 3 hidangan setiap minggu.

Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!