30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan

30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan
Selain resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Puasa, Mamy Syu juga pernah menulis tentang 30 Menu Berbuka Puasa Ala Kampung Yang Mudah dan Menyelerakan dan 30 Resepi Makanan dalam Pantang Bersalin Normal dan Ceasarean. Hari pertama puasa ni dah pun pening kepala nak fikir masak apa untuk sahur. 
Resepi Sahur Simple
Betul-betul naik tingtong kepala ni nak fikir idea menu sahur. Jadi untuk sahur, biasanya kita akan pilih menu sahur simple, mengenyangkan dalam tempoh yang lama serta cepat dimasak, betul tak? Bercakap tentang menu kenyang lama ini, Mamy Syu teringat minuman "hunger buster" Air Katira yang cukup tinggi kandungan serat untuk tahan lapar.  
Resepi Sahur Simple
Nah! Tak perlu pening-pening dah. Berikut merupakan 30 menu resepi sahur mudah untuk idea bersahur selama 30 hari bersahur di bulan puasa. Cukup semata-dua lauk je sehari, tak perlu lauk-pauk pelbagai sangat yang penting resepi menu sahur tersebut mestilah lauk masakan yang membangkitkan selera. 
Dalam idea menu sahur simple cepat di masak untuk resepi 30 hari ni, ada resepi sahur telur, resepi sahur dari ayam, ikan, daging, tauhu dan banyak lagi. 
Semuanya resipi aneka menu sahur yang sangat sedap, mudah dan sesuai disediakan untuk santapan suami dan anak-anak sepanjang bulan Ra
adan. 
Jujur cakap, bukan sebab malas, tapi kalau bab menu masakan sahur ni, memang nak menu yang simple dan cepat je. Seawal sebelum subuh ni, selera kita tak berapa nak pergi. Tak sama macam selera makan siang hari.
30 Resepi Sahur Simple Sebulan Ramadan
Resepi Sahur Simple ikan rebus cicah budu untuk pecah selera bersahur,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Masak
Resepi Sahur Simple

1. Resepi Ikan Rebus Cicah Budu 

Bahan -bahan : 
3 ekor ikan selayang (sardin lemak)
5 keping asam gelugor
1½ sudu besar garam
2 ulas bawang putih - sebiji-sebiji (optional)
2 cm lengkuas - dihiris nipis
1 cawan air (agak-agak)
Resepi Sahur Simple
Cara masak :
Siang ikan dengan cara membuang segala insang dan isi perut untuk mengelakkan ikan cepat busuk.
Basuh bersih ikan dengan menggunakan air paip.
Masukkan ikan ke dalam periuk.
Masukkan bersama beberapa hirisan lengkuas, asam gelugur dan juga garam. 
Kemudian, isikan air ke dalam periuk pada paras sekadar tenggelam ikan sahaja. 
Resepi Sahur Simple
**Tidak perlu air yang terlalu banyak bagi mengelakkan ikan menjadi hancur. 
Nyalakan api dapur dan rebus ikan dengan menggunakan api yang perlahan.
Apabila sudah masak, tutup api dan biarkan ikan sejuk dahulu sebelum dihidangkan bersama budu dan cili. Sedap dimakan dengan nasi yang agak lembik dan panas-panas.

Resepi Sahur Simple Menu Sahur Simple Membuka Selera,resepi telur goreng garing bersarang
Resepi Sahur Simple

2. Telur Goreng Koboi (Telur Besarang Rangup)

Bahan-bahan:
4 biji telur 
1 sudu besar tepung beras atau jagung,
4 sudu air sejuk ais
Garam/cukup rasa.
Resepi Sahur Simple
Cara-cara:
Kocok telur sampai semuanya sebati.
Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
Resepi Sahur Simple
Nota: Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.
Resepi Sahur Simple

Resepi Sahur Simple resepi telur bistik untuk sahur resepi telur bungkus,Resepi Menu Sahur Simple, Mudah, Sedap & Membuka Selera Untuk 30 Hari,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak menyelerakan Resepi Telur bistik mudah
Resepi Sahur Simple

3. Resepi Telur Bistik Mudah

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan frozen minced chicken
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili padi (hiris halus)
1/2 cawan frozen mixed vegetables
3 SB sos cili
2 SB sos tomato
2 Sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
Gula dan Garam secukup rasa.
Resepi Sahur Simple
Cara buat telur bistik mudah:
Mula-mula pecahkan telur dalam mangkuk dan kocok hingga sebati.
Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi macam telur dadar. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
Masukkan frozen mixed vegetables, cili padi dan ayam. Tunggu sehingga masak.
Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi atau bungkus di dalam telur.

Resepi Sahur Simple RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Sahur Simple

4. Resepi Sambal Telur Hancur

Bahan-bahan :
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
Resepi Sahur Simple
Cara-cara memasak telur hancur:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Resepi Sahur Simple
resepi sup telur pecah telur,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Sahur Simple

5. Resepi Sahur Simple Sup Telur

Bahan-bahan:
Telur
Isi dada ayam
Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
Bawang putih
Bawang Merah
Halia (penting)
Cili
Limau kasturi
Garam
Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
Air

Cara-cara:
Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. 
Biarkan mendidih.Masukkan sayur.
Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Kacau Sedikit hingga telur masak
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak,resepi telur belado telur tumis sambal hijau
Telur Masak Kicap Khairul Aming

6. Resepi Telur Berlado (Telur Sambal Hijau) 

Bahan-bahannya : 
Telur direbus dulu, kemudian di goreng sampai garing.
Cili api. (lagi banyak lagi best)
lada besar. (ikut citarasa masing-masing)
2 biji bwg besar n 3 ulas bwg putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bwg besar dimayang
Garam dan gula secukup rasa
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Caranya:
Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
Goreng bahan2 yg diblend kasar
Masukkn asam keping
Rasakn garam dan gulanya.
Masak sampai garing
Masukkn bwg besar yg dimayang...
Campurkn telur yang telah digoreng tadi
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Telur Masak Kicap Khairul Aming RESESPI IKAN KEMBUNG MASAK KICAP,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Telur Masak Kicap Khairul Aming

7. Ikan Goreng Masak Kicap 

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Cara memasak:
1. Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
3. Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati. 
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Telur Masak Kicap Khairul Aming, RESEPI TELUR KICAP MUDAH UNTUK SAHUR
Telur Masak Kicap Khairul Aming

8. Telur Masak Kicap Khairul Aming

Bahan-bahan
Telur Masak Kicap Khairul Aming
6 biji telur grade D atau E
1 labu bawang bombay, hiris
3 ulas bawang putih, ketuk
1 tangkai cili merah dan hijau atau capsicum, hiris
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar air asam jawa
1 biji tomato, belah 6
Hirisan daun sup untuk taburan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Cara memasak :
Goreng telur separuh masak, toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.
Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan hirisan cili.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan tuang ke atas telur.
Telur Masak Kicap Khairul Aming
Tips Menggoreng Telur Mata :
Telur Masak Kicap Khairul Aming
1.  Guna kuali kecil sedikit lengkuknya. putih telur akan membaluti telur kuning dan tidak merebak mengikut saiz kuali .
2,  Minyak kena lebih supaya telur tenggelam dan masak rata.
3.  Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, baru di tuang ke kuali.
4.  Pastikan bahagian tepi telur garing dahulu sebelum di angkat.
5.  Tos dengan sudip berlubang untuk mengeluarkan lebihan minyak.
6,  Guna telur saiz D ataupun E untuk mendapatkan gorengan telur yang cantik.
Telur Masak Kicap Khairul Aming
resepi ikan pekasam goreng bercili dan bawang,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

9. Ikan Pekasam Goreng Bawang dan Cili

Bahan-bahan:
1 ekor ikan pekasam
1 biji telur jika suka
Minyak
1 labu bawang besar dipotong bulat
5 biji Cili padi dihiris serong
2 tangkai cili kering, dibersih dan dihiris.
Resepi Bersahur
Cara-cara:
Goreng ikan pekasam. sehingga garing, ketepikan.
Masukkan telur. Biar sekejap dan kacau.
Masukkan bawang besar, goreng hingga layu dan masukkan cili padi dan cili kering.
Gaul seketika,angkat dan letakkan ke atas ikan pekasam goreng
Sedap dihidang bersama nasi panas.
Resepi Bersahur

Resepi Bersahur udang butter salted egg,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Bersahur

10. Udang Goreng Butter Salted Egg

Bahan bahan:
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih - di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk telur Masin Bestari
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
Resepi Bersahur
Cara memasak:

Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. 
Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. 
Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan serbuk telur masin.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. 
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Resepi Bersahur
Note: Boleh juga gantikan udang dengan isi dada ayam.
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur resepi sambal tumis udang berempah,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

11. Resepi Sambal Udang Berempah

Bahan-Bahan:
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
1 pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar –
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Resepi Bersahur
Cara Memasak:
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur resepi sambal kentang fries kering,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

12. Sambal Kentang Kering 

Bahan-bahan:
5 ekor udang kering*
2 siung bawang putih(hiris nipis)* 
3 butir bawang merah (hiris nipis)*
1 keping gula kerek 
1 sudu teh cuka
7 tangkai cili kering dikisar (atau 3 sudu cili boh) 
garam secukupnya  
Resepi Bersahur
Cara membuat: 
Kentang goreng frozen goreng garing terlebih dahulu, angkat dan toskan.
Guna minyak yang sama, goreng garing bahan bertanda *
Masukkan cabai, tumis sampai harum. Tambahkan gula kerek, garam, dan cuka. 
Tumis lagi samapi pecah minyak dan harum. 
Masak hingga airnya hampir kering.
Masukkan kentang goreng dan aduk terus sampai sambal merata seluruh kentang. 
Matikan kompor (tutup api). Angkat dan dinginkan dahulu sebelum disantap.
Resepi Bersahur
sambal kentang sardin kari_副本
Resepi Bersahur

13. Sambal Kari Sardin Kentang 

Bahan-bahan :
1 tin besar sardin Adabi 
(ambil ikannya sahaja, bilas dan goreng*optional.
Tak goreng pun takpe, tapi risiko ikan hancur kalau tidak digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
2 tangkai daun Kari (lebih kurang 15 helai)
1 sudu besar halba campur
5 sudu santan kotak (optional)
100ml Air (dicampur dalam tin yang ada sos sardin pun boleh)
2 biji kentang dipotong wedges nipis
2 kiub perencah Kari Maggie (atau 3 sudu rempah kari, dibancuh jadi paste)
Minyak masak untuk menumis
Resepi Bersahur
Cara memasak :
Panaskan minyak, goreng kentang sehingga sedikit lembut (warna kekuningan cair)
Guna kuali yang sama, kaut kentang tadi ke tepi kuali, dan masukkan halba campur, bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi.
Kemudian, masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan.
Masukkan santan, kiub kari, sos sardin dan air. Biarkan ianya masak sebentar, sehingga minyak nampak terapung di permukaan (pecah minyak).
Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan cili sebiji-sebiji. Biarkan ianya masak sebentar.
Perasakan dengan garam jika mahu. Kiub Kari Maggie itu sendiri dah masin. Jadi berhati-hati dalam menambah garam.
Siap dihidang.
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur sardin pecah telur, resepi sahur simple mudah masak cepat dimasak menyelerakan sardin pecah telur
Resepi Bersahur

14. Resepi Sardin Pecah Telur

by Malina Lina Pg linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
1 tin kecil sardin (155g)
4 biji telur 
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 sb cili kisar
1 tin air (guna tin sardin)
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
3 sb sos tiram
sedikit kicap lemak manis
Jus limau kasturi
Cili padi dan daun ketumbar
minyak
Resepi Bersahur
Cara-Cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing, kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sardin, masukkan air (jika suka berkuah),masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit kicap lemak manis.Kacau-kacau sebentar kemudian hancurkan sardin (jangan terlalu hancur, biar nampak ketulan baru sedap).
Pecahkan telur satu persatu dan jarakkan antara satu sama lain.Tutup periuk/pan dan biarkan telur set/masak (terpulang citarasa suka keras atau telur gedik-gedik).
Tabur cili padi dan hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Sambal sardin tecah telur siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur resepi ayam goreng halia,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Bersahur

15. Resepi Ayam Goreng Halia Simple

Bahan :
ayam
bawang putih
bawang merah
halia
air jika perlu 
daun bawang jika suka 
Resepi Bersahur
Cara membuatnya :
Goreng ayam dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
Tumis bawang putih 2 ulas, bawang merah 1 ulas dan halia yang dipotong halus sampai naik bau.
Masukkan ayam yang digoreng dan tambah sedikit air untuk yang nak berkuah. Tambah garam jika perlu.
Siap! Boleh taburkan daun bawang jika suka. 
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur resepi telur gulung jepun,  menu masakan sahur ringkas dan cepat
Resepi Bersahur

16. Resepi Telur Gulung (Egg Roll)

Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Bahan-bahan:
Telur 4 biji (ikut nak guna 2,3 biji)
Cili besar merah 2 biji *
Daun bawang sikit *
Daun sup sikit*
Carrot*
Maggie cukup rasa
Garam
Resepi Bersahur
Cara-cara:
Cincang halus/potong dadu bahan bertanda *
Masukkan telur, maggie cukup rasa dan garam. Kacau sampai sebati.
Sudah boleh terus masak.
Dalam kuali leper gulungkan telur.
Sudah siap goreng, potong telur ikut suka.
Resepi Bersahur

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH

17. Resepi Sambal Telur Pecah

Bahan-bahan A:
Bawang merah besar
Bawang merah kecil
Bawang putih
Resepi Bersahur
Bahan-bahan B:
Cili kering siap dikisar
Air asam jawa
Gula kerek/gula melaka
Perasa
Garam
Air
Telur ayam
Resepi Bersahur
Cara-cara:
Kisarkan semua bahan A.
Kemudian, tumiskan bahan A ke dalam minyak panas sehingga naik bau .
Masukkan cili kering dan tumis sehingga masak atau pecah minyak.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, gula, garam dan bahan perasa.
Kacau sehingga ia naik bau. Boleh masukkan sedikit air jika kuah nampak pekat.
Bila tumisan dah naik bau, masukkan telur sebiji demi sebiji dengan api sederhana perlahan.
Jangan kacau dulu ya, biarkan seketika dan tutup kuali.
Dah nampak putih telur hampir masak, baru kacau perlahan-lahan.
Kalau nak telur kuning nampak separuh masak atau lembik-lembik sedikit,tutup sahaja api.
Dah siap! Makan dengan nasi panas-panas.
Resepi Bersahur
Resepi Bersahur sotong salted egg sesuai buat bersahur segera

18. Sotong Salted Egg

Resepi Bersahur
Bahan-bahan Sotong
10 ekor sotong (potong nipis), 
3 sudu besar tepung Bestari Pedas
5 sudu besar tepung jagung, 
3 sudu besar lada sulah, 
1 biji telur ayam 
Sedikit garam. (gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit). 
Resepi Bersahur
Bahan-bahan kuah Salted Egg
2 sudu besar Sebuk Salted Egg Bestari
Beberapa helai daun kari, 
3 batang cili padi, 
3 sudu besar salted butter 
1 sudu besar gula, 
1 sudu besar serbuk pati ayam. 
Resepi Bersahur
Cara-cara : 
Campurkan Tepung Bestari, tepung jagung, lada sulah dan gaul rata.
Celup sotong ke dalam telur, kemudian galu dalam campuran tepung tadi. 
Lakukan satu persatu.Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung. 
Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa, bagi mengelakkan sotong masuk minyak dan lembik.
Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar, kemudian angkat.
Resepi Bersahur
Di dalam periuk lain, Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit).
Optional - *Prefer gunakan serbuk segera Salted Egg Bestari.
Cairkan butter hingga cukup panas dan masukkan telur kuning, tuang dengan jarak yang tinggi dari kuali. Masak sampai berbuih. 
Kemudian masukkan Serbuk salted egg (kuning sahaja)
Tabur gula dan serbuk pati ayam, gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.
Masukkan cili padi,daun kari, gaul rata semua. 
Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, dengan api kecil. 
Siap!
Resepi Bersahur
Nota : Jika nak mengekalkan kerangupan sotong goreng, boleh letakkan sotong yang siap digoreng di atas penapis besi. Setelah siap kuah salted egg, tuang sahaja ke atas sotong goreng, dan toskan butter berlebihan, baru hidang.
Resepi Bersahur
resepi sotong masak pedas,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Bersahur

19. Resepi Sotong Masak Pedas

Bahan-bahan:
5 ekor sotong potong bulat
2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat
Cara-cara:
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong.
2. Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit dan masak sampai pekat.
3. Masukkan sotong, tunggu sotong masak.
4. Masukkan perasa, garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit.
Resepi Bersahur

Resepi Bersahur udang buttermilk mudah,resepi udang goreng butter, buttermilk prawn, prawn buttermilk mudah,,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak
Resepi Bersahur

20. Resepi Udang Buttermilk

Bahan-bahan : 
5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 
Cara-caranya : 
Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 
Bila dah siap bolehlah diletakkan di atas pinggan. Jangan lupa untuk taburkan 'sarang telur' tadi di atasnya. Siap! 
Resepi Bersahur

resepi sup bebola ala steamboat, sup ekspres ,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak

21. Sup Bebola Ikan Campur (Ala-ala Steamboat)

Bahan-bahan : 
3 liter cawan air
2 cawan ikan bilis (boleh guna stok ikan bilis)
1 sudu besar lada putih (lada sulah)
5 biji bawang putih(titik)
2 inci halia-ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukupnya
Resepi Bersahur
Cara penyediaan: 
Sediakan periuk, panaskan minyak
Masukkan bawang, dan halia.Tumis jangan sampai hangus,
Masukkan stok bilis, gula, lada sulah.
Renehkan seketika dengan api besar.
Masukkan pelbagai jenis bahan steamboat seperti
bebola ayam, bebola ikan, taufu ikan, crab stick. 
Ikut selera atau ikut apa yang ada dalam freezer anda.
Resepi Bersahur

Resepi Bersahur resepi udang goreng hijau bersantan

22. Resepi Udang Goreng Hijau Bersantan

Bahan-bahan:
420 gm Udang harimau
5 sudu makan Minyak masak
2 ulas Bawang putih - dicincang
1 inci Halia - dihiris
6 biji Cili Padi - dititik
20gm Serbuk dibancuh dengan 100ml air suam
3 biji Cili merah - dipotong dadu
1 btg Serai - dihiris,
1 biji Air limau nipis
2 helai Daun limau purut
5 gm Lengkuas - dihiris halus
10 gm Daun ketumbar - dihiris
1 sudu makan Sos ikan Thai
20gm Pes kari hijau - dicampur air
Garam dan Gula secukup rasa
Resepi Bersahur
Cara- cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut dan daun ketumbar sehingga naik bau.
2.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak selama 4 minit. Setelah itu masukkan air dan kacau hingga mendidih.
3.Masukkan santan, udang serta cili padi dan kacau selama 2 minit lagi.
4.Masukkan sos ikan, air limau nipis, cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Resepi Bersahur
Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak,udang goreng madu simple untuk sahur
Resepi Bersahur

23. Resepi Udang Goreng Madu

Bahan-bahan :
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
 3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - jika suka
3 tangkai daun kari
3 sb mentega
Resepi Bersahur
Cara-caranya :
1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.
2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.
3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula secukupnya. Siap
Resepi Bersahur

Resepi Bersahur butter prawn-udang goreng telur bersarang buttermilk,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Dimasak,Udang Goreng Butter Bersarang Buttermilk

24. Udang Goreng Butter Bersarang Buttermilk

▶️ Telur Kuning Bersarang
Resepi Bersahur
Bahan-bahan :
Telur kuning sahaja dalam 2-3 biji
1 sudu butter
Minyak masak 1 cawan

Cara membuat telur sarang:
Mula-mula pukul rata telur kuning. Nak masukkan garam sikit pun boleh.
Kemudian panaskan minyak sikit dalam kuali. Bila dah panas, masukkan butter dan pusing minyak tu dalam bulatan menggunakan senduk bulat dengan 1 hala.
Putar laju sedikit tapi jangan sampai melimpah.
Sambil putar laju-laju tu, masukkan kuning telur yang dipukul rata tadi. Masukkan sikit-sikit dengan tarik mangkuknya jauh sikit dari kuali macam buat teh tarik tu.
Terus putarkan senduk sampai telur tadi habis. Nanti akan nampak berbuih-buih dan warna jadi kuning keemasan.
Setelah dah berbuih dan kembang tu, terus angkat dan tapis dengan penapis kelapa. Ketepikan.
Resepi Bersahur
▶️ Udang buttemilk

 Bahan-bahan:
10-15 ekor udang
3 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi (sebiji-sebiji, nak hiris pun boleh)
1 tangkai daun kari
1 sudu besar Butter
¼ cawan Susu segar 
Sedikit garam
 
Cara masak udang buttermilk:
Mula-mula lumurkan udang dulu dengan sikit garam dan kunyit,gorengkan sekejap dalam kuali minyak yang buat sarang telur tadi. Jangan goreng lama sebab nanti isi udang keras.
Kemudian dalam kuali lain, panaskan butter. Lepas butter dah mencair, masukkan bawang putih cincang dan cili. Tumis sampai naik bau.
Masukkan daun kari pula. Bila dah wangi dan garing, masukkan susu segar dan garam. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan udang yang dah siap digoreng tadi. Kacau bagi kuah sekata.
Kacau goreng sehingga kuah nampak kering sikit dan ngam-ngam menyaluti permukaan udang. 
Dah boleh cedok masukkan ke dalam piring dan taburkan sarang telur tadi, yang dah siap dibuat masa awal tadi.
Sedia untuk dihidangkan panas-panas untuk makan sahur bersama nasi panas.

resepi ikan kembung masak asam, menu sahur simple,Resepi Menu Sahur Simple Sedap Cepat Dimasak

25. Resepi Ikan Masak Asam

Bahan-bahan : 
Ikan
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (boleh kurangkan jika tak suka letak banyak)
Halia 1/2 inci
Cili padi 5 biji
garam
gula
air asam jawa
serbuk perasa
serbuk kunyit (setengah sudu kecil)
serbuk lada hitam 

Cara-cara : 
Mula-mula goreng ikan , pastu tumis bawang besar , bawang putih , halia dan cili padi.
Seterusnya, masukkan air asam jawa dan kacau sebati semuanya.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan sedikit kunyit. Siap kuah ni, boleh terus masukkan ikan. Siap!
*boleh juga tukar lauk dengan telor mata , ikan kacang, ikan bawal, ikan seludu atau ikan tongkol

resepi ikan kembung masak tauchu,Resepi Menu Sahur Simple Sedap Cepat Dimasak

26. Ikan Kembung Masak Taucu 

Bahan-bahannya :
Ikan kembung - digoreng garam kunyit
Cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
4 sudu besar taucu
Minyak utk menumis
Garam gula


Cara masak : 
Goreng ikan. Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan.
Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
Masukkan ikan, garam, gula. Biar seketika. Kemudian boleh dihidangkan. 

resepi sambal ikan tongkol daun kunyit,Resepi Menu Sahur Simple

27. Sambal Ikan Tongkol Daun Kunyit  

Bahan-bahan : 
ikan tongkol - digoreng garam kunyit
2 senduk cili kering yang diblend bersama bawang besar
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dihiris
1 ruas ibu jari halia dihiris
2 batang serai diketuk
3 keping asam gelugur (nak guna asam jawa pun boleh)
2 helai daun kunyit dihiris kasar
2 biji bawang besar di potong bulat
gula garam secukup rasa

Cara Masak : 
Panaskan minyak, tumiskn bawang, halia dan serai. Bila dah agak layunmasukkan cili kisar.
Masak sampai pecah minyak dan masukkan asam keping. Kemudian tambahkan air dan bila dah mendidih masukkan gula dan garam cecukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan, kacau perlahan hingga sebati dengan kuah dan masukkn bawang serta daun kunyit. Biar sekejap, angkat dan hidangkan. 

resepi sambal bilis petai abang nak tegur,Resepi Menu Sahur Simple

28. Resepi Viral- Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak Tegur

Bahan bahan :
Ikan bilis 
Cili api
Petai
Bawang besar
Garam

Cara masak :
1. Ikan bilis tu sal kopek buang perut dan tulang dulu. Ikan bilis ni je sesatu eh yang sedap dibuat goreng lauk camni.
2. Goreng kan ikan bilis dulu. Jangan garing sangat nanti pahit spoil nikmat makan. Sejukkan kejap.
3. Sambil tu, dah potong bawang, cili dan petai kan. Masukkan semua dalam kuali. Bagi masak kejap takyah lama sangat.
4. Perasakan buh garam. Last buh ikan bilis tadi. Gaul mesra. Garam takperlu banyak ikan bilis dah masin.
5. Siap untuk dihidangkan.

resepi ikan bilis goreng simple sedap,Resepi Menu Sahur Simple

29. Ikan Bilis Goreng Simple 

Bahan-bahan : 
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
daun bawang
cili padi
cili merah
pegaga (kalau ada)

Cara memasak : 
goreng ikan bilis dahulu hingga garing
tumis bawang putih, cili padi, cili merah dan masukkn ikan bilis kemudian letak sedikit garam dan serbuk perasa. Tabur daun bawang dan pegaga yang dihiris halus.
perah air asam sikit sebelum dihidangkan bersama nasi panas.


resepi singgang ikan tenggiri che nom,Resepi Menu Sahur Simple Cepat Masak

30. Ikan Singgang Che' Nom Style Kelantan

Bahan-bahan : 
3 potong ikan tenggiri
2 inci lengkuas, potong dan ketuk
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1-2 keping asam gelugor
5-6 biji cili padi
4 batang sayur bendi
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dan toskan.
Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.
Resepi Menu Bersahur Dan Buka Puasa Ada Bezanya!
Resepi menu berbuka puasa dan bersahur ni ada bezanya. Untuk bersahur kena resepi sahur simple yang boleh buka selera. Sedangkan untuk berbuka puasa, mahu resepi menu buka puasa yang sedap dan special.
Semoga bermanfaat dalam penyediaan menu sahur mudah dan simple untuk keluarga. Selamat berpuasa. See you in next entry. Daa. 
Selamat mencuba koleksi resepi sahur ringkas dan mudah bulan Ramadhan. Semoga perkongsian resepi menarik sebagai idea menu sahur untuk 30 hari di sepanjang bulan puasa ini dapat memudahkan ramai pembaca di luar sana

Catat Ulasan

0 Ulasan