13 Resepi Sahur Sedap Tambat Selera Anak Bersahur

Biasalahh! Bila tiba bulan puasa, mak-mak mesti pening dan buntu memikirkan menu untuk sahur dan berbuka, nak-nak lagi bagi mak-mak yang ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu masakan sahur yang dimasak perlu kreatif, sedap dan menambat selera anak.
resepi sahur anak
Sebagai galakan atau kick start bagi anak lebih bersemangat berpuasa, menu sahur adalah kuncinya. Di sini Mamy kongsikan 12 resipi sahur yang ringkas sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak. Sebelu itu jom tengok tip meningkatkan selera anak yang susah bangun sahur.
resepi sahur anak

Nak Meningkatkan Selera Anak Ketika Sahur?

Lazimnya, anak yang baru belajar berpuasa memang begitu. jadi kita sebagai ibu kena bijak menambat selera makan si manja agar mereka kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Berikut antara tip mudah untuk meningkatkan selera anak ketika bersahur –
  • Elakkan makanan yang terlalu pedas dan berempah.
  • Sediakan makanan yang panas ketika bersahur.
  • Masak hidangan kegemaran mereka. 
  • Pelbagaikan idea hidangan. Menu yang sama akan buat mereka jemu.
  • Sediakan makanan berkuah
resepi sahur anak

1. Pizza Paratha Air fryer Mudah

resepi sahur anak
resepi sahur anak
Bahan-bahan:
Tisya's Original Paratha
Sos Pasta
Pepperoni / salami Ayam atau Daging (kalau tiada boleh slice je sosej)
Capsicum
Nenas
Tomato (hiris)
Frozen Corn Kernel
Bawang Holland
Keju mozarella parut
resepi sahur anak
Cara-cara penyediannya:
1. Tisya's Roti Paratha dikeluarkan dari freezer, tindan 2 lapis paratha dan tekan-tekan sikit bagi melekat. 
2.Hiris keliling pratha, dan gulung satu-persatu bahgaian sehingga menjadi tebing. (rujuk gambar)
3. Letakkan atas air fryer paper, dan bakar dalam air fryer pada 200°C selama 5 minit.
4. Keluarkan dari air fryer, sapu rata sos pasta ke seluruh permukaan paratha.
5. Tabur keju satu lapisan, kemudian susun kepingan daging atau sosej jumbo dihiris nipis
6. Tabur tabur capsicum cincang, hirisan bawang serta nanas.kemudian tabur lagi keju mozzarella selapisan nipis-nipis je.
7. Kemudian drizzle kan mayonis on top, kemudian spray minyak sayuran.
8. Masukkan dalam air fryer selama 7 minit pada suhu 180°C atau boleh microwave saja pada tetapan masa 70 saat.
7. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak untuk sahur.
resepi sahur anak
Nota: Sekiranya nak masak guna non stick frying pan, goreng dahulu bahan topping iaitu sama ada chicken salami, peperoni atau sosej. Sebab bila masak guna frying pan, topping pizza tersebut mungkin tak masak walaupun pan itu ditutup dengan penutup kuali. Gunakan api paling kecil dan tudung selama 5 ke 7 minit hingga keju mencair.

2. Chicken Stuffed Paratha

resepi sahur anak, chicken puff paratha

Bahan-bahan:
3 keping Roti paratha (potong 4)
1 keping dada ayam (lebih kurang 300gram)
2 sb butter
1 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 biji kentang
3 sb kernel jagung frozen
2 sk lada sulah Aji Shio
1 sk tepung gandum
½ cawan air
1 tin Prego Chicken Mushroom
7 ketul cendawan butang
resepi sahur anak
Cara-cara:
1. Panaskan kuali, dengan api sederhana masukkan butter hingga cair.
2. Tumis bawang holland (bawang kuning) dan bawang putih yang dicincang. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan isi ayam yang dipotong dadu. Kacau hingga separuh masak.
4. Masukkan jagung, kentang yang sudah dipotong dadu, tepung gandum, lada sulah dan tuang sos Prego dan air. Besarkan sedikit api, dan biarkan ia mereneh sampai kentang masak dan kacau sekali sekala.
5. Bila dah sedikit kering, masukkan cendawan butang putih yang dihiris (jangan pilih shitake, x berapa sedap). Kacau hingga tekstur jadi kering seperti inti.
6. Letakkan sesudu setengah ke atas pratha, dan lipat. Tekan hujung dengan jari kemudian tekan sekali lagi dengan garfu untuk menghasilkan patern.
7. Sapukan egg wash. (campuran telur kuning dan sedikit air) ke atas puff
8. Goreng dengan air fryer 17 minit pada suhu 140°C

3. Makaroni Carbonara Cendawan

macaroni mushroom carbonara mac, menu sahur cepat untuk anak, sahur ekspres, sahur anak, kiddy meals

Bahan-bahan:
½ pek makaroni
50 ml cooking cream
1 biji telur
3-4 sb keju parut
2 biji bawang kuning
5 ketul cendawan butang putih
2 tangkai cili kering
½ sk jintan manis (jintan kasar)
½ sb butter
½ biji lemon (diperah jusnya)
sedikit daun bawang
3 sb minyak
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan garam dan makaroni. Bila dah masak, angkat dan toskan.
2. Masukkan cream, telur, keju parut, sedikit garam dan lada sulah ke dalam sebuah mangkuk. Kacau dengan whisk hingga sebati.
3. Hiris nipis bawang kuning (julienne cut) dan cendawan, kemudian panaskan kuali non stick saiz sederhana.
4. Drizzle minyak ke dalam kuali, masukkan 2 tangkai cili kering, bawang yang dihiris tadi serta jintan manis. Tumis sehingga bawang layu.
5. Kemudian masukkan cendawan, garam secukup rasa dan lada hitam kasar. Kacau seketika.
6. Masukkan butter, biarkan ia sedikit cari, tuang adunan cooking cream tadi, kacau hingga sebati.
7. Perah jus lemon, dan masukkan makaroni yang siap direbus tadi.
8. Siap! Sebelum hidang, tabur daun bawang di atas makaroni. Yummeh!

Nota: Untuk penyelesaian lebih pantas, boleh cuba produk segera Prego, Cuma rebus, gaul dan hidang, dalam 3 minit! Prego Quick Cook- Mushroom Carbonara Mac

4. Nasi Goreng Cina Simple

resepi sahur anak, nasi goreng cina

Bahan-bahan:
4 cawan nasi (cawan saiz 250ml)
5 ulas besar bawang putih (cincang halus)
2 @ 3 sb serbuk megi cukup rasa
Udang segar
4 @ 5 biji telur
1 mangkuk mixed veggie frozen
resepi sahur anak
Nota: Jumlah bahan bergantung pada kuantiti nasi yang diguna.

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang sehingga sedikit garing.
Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
Ketepikan udang (dalam kuali sama, ditolak ketepi saja), masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak elok, kemudian kacau telur sehingga hancur.
Masukkan nasi dan mixed veggie. Gaul rata.
Kemudian taburkan maggi cukup rasa, gaul sekejap.
Tuangkan minyak bijan dan gaul lagi.
Boleh tambah serbuk perasa mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

5. Wan Tan Ho. Masakan Sahur Simple Lagi Sedap!

wan tan ho, resepi sahur anak

Bahan-bahan utk kuehteow :-
2 ulas bawang putih
2 SB Kicap mee (kicap pekat)
1 pek Koay Teow Cap Kunci (Pek Hijau 450gram)
resepi sahur anak
Bahan-bahan untuk kuah :-
1 biji bawang merah ros
1 keping fillet ayam saiz tapak tangan (hiris nipis dan kecil-kecil)
1 batang fish cake
2 biji telur ayam
2 mangkuk Air (saiz mangkuk sup, bukan mangkuk nasi)
2 SB Sos tiram
5 SB tepung jagung ( bancuh dgn segelas air)
1 SB serbuk lada putih
sedikit Sawi bunga
Garam
Gula
Serbuk perasa Megi Cukup Rasa

Cara-cara :
Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih yang dicincang sehingga hampir garing.
Basuh kueh teow dan leraikan jalur yang melekat antara satu sama lain. Masukkan dalam kuali.
Tuang kicap pekat. Kacau sehingga sekata.
Lepas semua kueh teow sebati dengan kicap, angkat ke dalam pinggan.
Dalam kuali yang sama, masukkan 3 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah sampai harum.
Masukkan isi ayam dan fishcake. Kacau hingga naik bau.
Masukkan air dan sos tiram kemudian besarkan sedikit api, tunggu sehingga mendidih.
Kemudian masukkan lada sulah. Perasakan dengan garam, perncah Cukup Rasa dan sedikit gula.
Tuang air tepung jagung, kacau hingga kuah menjadi likat.
Kemudian masukkan sayur. Kacau hingga sedikit layu.
Akhir sekali masukkan telur, dan kacau manja. Biarkan telur masak dan boleh tuang di atas kuehteow.

6. Egg rice Korean Style (Gyeran Bokkeumbap)

resepi sahur anak, nasi goreng telur ala korea gyeran bokkeumbap
  
Bahan-bahan:
- Nasi sejuk (untuk hidangan 1-2 org)
- 2 biji bawang merah dipotong ikut suka
- Daun bawang dipotong-potong
- 2 sudu makan butter / mentega
- 2 biji telur
- 1 biji tomato
- bahan perasa Cukup Rasa

Cara memasak:
Kocok telur dan gaul bersama nasi di dalam bekas bersama dengan nasi lalu kacau sehingga sebati.
Kemudian panaskan kuali dan masukkan mentega kemudian bawang merah dan masukkan nasi yang telah kita campurkan dengan telur tadi, masukkan bahan perasa, kacau-kacau hingga telur yang meliputi nasi tadi sudah agak masak dan akhir sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong. hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bijan. Siap!


7. Resepi Nasi Goreng Sardin

menu sahur anak, nasi goreng sardin sedap mudah


Bahan-bahan
2 cawan nasi putih
Bahan-bahan tumbuk
Bawang besar ½ biji
Bawang putih 2 ulas
Cili api segenggam/2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan Rencah
Kacang panjang dipotong kecil 1 mangkuk kecil
Lobak merah dipotong dadu 1 mangkuk kecil
Isi ikan sardin dalam tin (tin kecil)
1 biji telur

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi sardin dan kacau agar sebati.
Masukkan sayur pula.
Akhir sekali masukkan telur dan biarkan tanpa dikacau.
Segera masukkan nasi dan kacau serta gaul sebati.
Tambah kicap jika suka.
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Siap!


8. Nasi Goreng Sosej

nasi goreng sosej untuk sahur

Ramuan:
4 Cawan Nasi sejuk
2 Biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
3-4 Tangkai Cili Padi sebiji-sebiji
1/2 batang lobak merah
2 Biji Telur
2 batang sosej yang telah dipotong dadu
2-3 Sudu Besar Butter
Secubit Garam


Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali kemudian masukkan Butter, setelah butter cair, masukkan Bawang Besar, Bawang Putih dan lobak merah yang telah dirincih halus. Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan sosej.
2. Biarkan semua Bahan-bahan didalam kuali masak. Perasakan dengan garam. Kemudian masukkan Nasi. Gaul rata.
3. Tabur cili padi sebiji-sebiji tadi. Sengaja ia tak tumis bersama bawang untuk mengelakkan nasi menjadi pedas. Tujuan masukkan cili padi sebiji-sebiji adalah untuk mengelakkan rasa pedas merebak ke seluruh nasi. Supaya anak boleh makan. Untuk orang dewasa, boleh makan nasi goreng yang sama, dan jika mahu pedas, gigit lah cili padi tadi semasa menyuap nasi.
4. Akhir sekali masukkan telur, dan gaul rata sehingga semua bahan bercampur dan telur masak. Sedia dihidang.


9. Udang Goreng Cereal Rangup

udang goreng cornflakes madu rangup

Bahan-bahan:
20 ekor Udang
Tepung jagung / tepung pulut
Serbuk lada hitam
Mentega (nak guna marjerin pun boleh)
Daun Kari
Bawang putih
Bawang Merah
Bawang besar
Lada besar
1 cawan Cornflakes Honey
Gula, garam, penambah rasa (sesuai selera)


Cara memasak :
1. Campurkan tepung dengan serbuk lada hitam. Kemudian salut udang.
****jika nak guna telur, anda hanya ambil putih telur sahaja. Celup udang kemudian baru salut dengan tepung yang dah dicampur dengan serbuk lada hitam tadi.
2. Goreng sekejap dengan api besar, dengan kaedah deep fry. Jangan goreng terlalu lama hingga overcooked.
3. Tumis Daun Kari, Bawang putih, Bawang Merah, Bawang besar, Lada besar menggunakan 2 sudu Mentega. Kacau goreng hingga wangi. Hancurkan sedikit Cornflakes Honey dan masukkan ke dalam kuali.
4. Masukkan gula, garam, penambah rasa ikut kesesuaian selera. Kemudian masukkan udang yag dah digoreng awal tadi.
5. Kacau hingga rasa semua dah ok lepas tu siap untuk dihidangkan.
6. Siap! Boleh dimakan bersama nasi panas, atau dijadikan lauk untuk nasi goreng biasa.

10. Muffin Telur. Cepat dan mengenyangkan!

Bahan-bahan:
4 biji mangkuk ramekinResepi Bersahur.
6 biji Telur
3 keping Roti (potong dadu)
3 batang Sosej (hiris nipis)
6 keping Keju Cheedar (potong kepingan kecil)
6 urat Daun Bawang (hiris nipis)
1/2 cawan mixed veggie
1 biji kentang (hiris menggunakan pisau kupas buah, kemudian cincang)
1 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Serbuk Lada Sulah
1/2 sudu teh Serbuk Lada Hitam
Resepi Bersahur.

Cara memasak:

Muffin Telur Menggunakan oven:
Resepi Bersahur. muffin telur sedap mudah sahur, resepi sahur anak
Resepi Bersahur.
Panaskan oven pada suhu 190°C.
Griskan loyang dengan mentega.
Masukkan roti, sosej, kentang, cheese, mixed veggie & daun bawang ke dalam loyang.
Campurkan telur dengan garam, lada sulah & lada hitam. Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang.
Bakar dalam oven selama 12 minit atau hingga masak (cucuk dgn lidi kt tengah kalau tak melekat apa-apa kat lidi masak dah la tu).

Resepi Bersahur.
Menggunakan Microwave:
Resepi Bersahur.,mufin telur microwave sedap
    
Resepi Bersahur.
Griskan mangkuk ramekins dengan mentega.
Masukkan roti, sosej, kentang, mixed veggie, cheese & daun bawang.
Dalam bekas lain, kocok telur bersama garam, lada sulah dan lada hitam. Kemudian bila dah sebati, tuang ke dalam ramekin tadi.
Masukkan ke dalam microwave, dan setkan ke mode Auto Cook atau microwave selama 90 saat.


11. Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

Resepi Bersahur. nasi goreng ayam goreng kunyit, masakan sahur anak

Bahan-bahan Nasi Goreng:
4 Cawan Nasi sejuk
1 Biji Bawang Besar dicincang
2 Biji Telur
2 Kiub Pati Ayam (ramas dan hancurkan)Resepi Bersahur.
1 Sudu Besar Butter
2 SB minyak masak
3 SB Sos cili
Garam secukupnya.
Resepi Bersahur.
Cara memasak:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan Butter.
2. Setelah butter cair, masukkan masukkan bawang besar cincang dan sos, goreng sampai wangi.
3. Masukkan telur. Kacau-kacau hingga hancur.
4. Kemudian masukkan Nasi. Masukkan kiub ayam, dan sedikit garam (sekiranya perlu) Gaul rata.
3. Sedia dihidang.
Resepi Bersahur.
Ramuan Ayam Goreng Kunyit:
Semangkuk ayam (apa-apa bahagian-agak-agak)
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu tepung beras
5 batang kacang buncis (hiris serong)
1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
3 biji cili besar (hiris kasar)
1 inci halia (dihiris)
Resepi Bersahur.
Cara penyediaan:
Ayam potong kecil. Lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung beras. Letak sedikit air untuk bagi lekat.
Kemudian goreng sekejap dengan api yang garang sampai garing. Angkat dan toskan.
Tuang lebihan minyak dalam kuali ke bekas simpanan minyak, hingga tinggal lebih kurang 1 senduk minyak sahaja. berbaki di dalam kuali.
Kemudian, tumis bawang besar, halia, lobak merah dan cili. Bila dah naik bau.
Campurkan kacang buncis dan sambung tumis.
Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Letak sedikit perencah secukup rasa dan gaul rata. Dah siap!
Boleh tuang ke dalam nasi goreng untuk dihidangkan.
Resepi Bersahur.

12. Chicken Pot Pie Mudah

Chicken Pot Pie Mudah, menu sahur anak,
  Resepi Bersahur.
Ramuannya:
1½ cawan frozen mixed vegetables (nyahbeku siap-siap)
1 cawan isi ayam dimasak dipotong dadu (resepi ini menggunakan leftover chicken macam ayam goreng semalam tak habis atau ayam golek bazar ramadan yang tak habis makan)
1 cawan (250ml) Campbell's Cream of Chicken Soup
1 cawan Pancake Mix Adabi (Perisa original /Vanila) **boleh ganti dgn tepung gandum.
1 biji kentang (dipotong dadu)
½ cawan susu segar
1 sb minyak masak
1 biji telur
Resepi Bersahur.
Cara memasak menggunakan oven:
Panaskan oven pada suhu 190°C.
Griskan loyang bulat (8") dengan minyak.
Kemudian masukkan isi ayam, kentang, mixed vegetables, dan cream of chicken soup dan kacau hingga sebati.
Tekan-tekan dan mampatkan adunan dalam loyang, dan ratakan permukaannya.
Dalam bekas lain, pukul telur, susu dan tepung premix pancake sehingga sebati.
Tuang ke atas adunan yang sedia di dalam loyang tadi.
Bakar 29 ke 33 minit atau hingga pie masak dan berubah menjadi sedikit garing.
Resepi Bersahur.

Cara memasak menggunakan Air Fryer:
Griskan 4 biji mangkuk seramik ramekin (saiz 6 oz atau 180ml) dengan minyak.
Dalam kuali non stick besar, masukkan ½ cawan air dan cream of chicken soup dan kacau hingga naik wap.
Masukkan kentang dan mixed vegetables, kacau hingga kentang nampak sedikit jernih (hampir masak).
Masukkan pula ayam, dan kacau hingga kuah chicken soup jadi sedikit kering dan likat. Tutup api.
Angkat dan masukkan adunan tadi sama rata ke dalam keempat-empat ramekin tadi.
Tekan-tekan dan mampatkan adunan dalam ramekin hingga padat.
Dalam bekas lain, pukul telur, susu dan tepung premix pancake sehingga sebati.
Tuang ke atas adunan yang sedia di dalam ramekin tadi.
Air fry kan chicken pie pada suhu 160°C selama 12 minit atau sehingga bahagian atasnya nampak berubah coklat.
Siap!
Resepi Bersahur.
Rujuk video di>>SINI<< untuk cara penyediaan lebih detail.
Resepi Bersahur.

13. Kuih Nasi Pulut Goreng

i. Kuih Pulut Goreng Chinese Style
Resepi Bersahur.
Kuih Pulut Goreng Chinese Style
Resepi Bersahur.
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
3 biji Bawang putih (dicincang halus )
2 sb udang kering masin (dicincang halus)
2 sk serbuk lada sulah
½ sk garam
3 sb tepung serbaguna/tepung pisang goreng
Resepi Bersahur.
Cara memasak:
1. Tanak pulut menggunakan periuk nasi elektrik dengan sukatan 2 cawan pulut + 2 cawan air.
2. Panaskan kuali non-stick, masukkan 3 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih dengan udang kering hingga sedikit garing.
3. Ambil separuh periuk pulut tadi, dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan tumisan bawang putih dan udang kering tadi, masukkan lada sulah dan garam.
Kacau-kacau hingga semuanya sebati.
4. Kemudian, dengan menggunakan plastik, bentukkan nasi pulut membentuk seperti jejari, bujur atau bulat-bulat. Ikut kesukaan masing-masing.
5. Seterusnya, bancuh tepung serbaguna, dan celup semua pulut yang dibentuk tadi, dan goreng dengan minyak yang betul-betul panas.
5. Bila nampak garing kekuning-kuningan, boleh angkat dan toskan.
Boleh makan begitu sahaja atau cicah sos.
Resepi Bersahur.

ii. Kuih Pulut Goreng (Lemang Goreng)

MENU SAHUR ANAK, KUIH pulut goreng celup telur lemang goreng
Resepi Bersahur.

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 asam keping
½ cawan santan
1 sudu gula
1 sudu garam
2 biji telur
Daun pandan secukupnya sebagai alas pengukus
Resepi Bersahur.
Cara-cara:
Basuh beras pulut 1 kali sahaja.Rendam beras pulut bersama air dan asam keping selama 8 jam.
Selepas 8 jam, baung air dan toskan.
Kukuskan air dalam periuk kukusan. Biarkan ia mendidih.
Alas dasar berlubang pengukus (pelengat) dengan daun pandan yang banyak,bagi mengelakkan beras pulut jatuh ke dalam air periuk kukusan.
Letakkan beras pulut ke dalam pelengat, dan kukuskan selama 30 minit dengan api kuat.
Sementara itu, larutkan santan bersama gula dan garam dalam sebuah mangkuk.
Selepas 30 minit, buka penutup pengukus dan kacau-kacau seketika.
Kukus lagi selama 10 minit dan pindahkan pulut ke dalam mangkuk besar.
Arong santan tadi dengan pulut. Caranya, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut, sambil kaup balik pulut sampai santan serata.
Masukkan semula ke dalam pelengat, dan kukus semula selama 15 minit.
Alih keluar pelengat dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sekitar 20 minit.
Masukkan pulut tadi ke dalam loyang 4 segi dan tekan-tekan rata hingga ia padat.
Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai kari, serunding, sambal hitam atau dimakan begitu sahaja.
Resepi Bersahur.
Resepi Bersahur.
Nota: Bagaimanapun, pulut dikatakan mempunyai indeks glisemik (GI) tinggi dan lebih cepat dicerna menjadi tenaga, namun ia mampu memberikan tenaga yang tinggi untuk anak-anak kita di waktu pagi ketika di sekolah. Tapi mereka akan keletihan di sebelah petangnya.
Resepi Bersahur.
Resepi Bersahur.

Senarai makanan rendah GI untuk kenyang lebih lama di bulan Puasa.

  • rolled oats
  • steel-cut oats
  • oat bran
  • Pasta
  • kueh teow
  • barli
  • kacang dhal / parpu
  • jagung
  • brokoli
  • ubi kentang
  • ubi keledek
  • soya
  • kacang kuda (chick pea)
  • keju
  • badam
  • dan kebanyakan buah-buahan seperti epal, avocado dll
Resepi Bersahur.

Air nabeez untuk Anak Kekal Bertenaga Berpuasa:

Memang ada kajian tentang air Nabeez ni. Di dalamnya ada bahan bioaktif seperti Flavonoid, saponins dan tannins. Ramai yang bagi feedback bahawasanya ia juga sesuai untuk ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa. Cubalah sendiri sahur nanti ya! Berikut cara-cara menyediakan air Nabeez.
Resepi Bersahur.
Resepi Bersahur. air nabeez untuk kekal bertenaga anak berpuasa, menu sahur anak berpuasa
Resepi Bersahur.
Cara nak buat air nabeez ni senang sangat.
Basuh beberapa biji kurma (seeloknya bilangan ganjil) dan rendam ke dalam air masak dalam jug air atau gelas.
Koyakkan sedikit kurma, tapi tak perlu buang bijinya.
Pastikan direndam di dalam bekas bertutup, dalam 8-12 jam.
Untuk minum ketika sahur, elok rendam petang sebaik sebelum berbuka.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh juga, tapi tak boleh mix.
Kalau nabeez kurma, kurma sahaja. kalau nabeez kismis, buat bekas berasingan.
Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air, semalaman.
Resepi Bersahur.
Semoga anda berjaya menambat selera anak-anak ketika bersahur nanti! Selamat mencuba. Jangan mudah putus asa, ya semua ibu bapa? resepi sahur anak


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Oka.. dah nampak dah satu dua resepi yang sesuai nak cuba kat rumah ni

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama13:54

    betul air rendaman kurma memang jadi bertenaga sampai petang..tak tipu

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y