Azam tahun ini, Mamy nak dapatkan 15 juta pageviews blog. Moga-moga berjaya tercapai, Allahu, mohon tolong doakan Blog annursyuhadah.com ini berjaya cecah 15 juta pageviews by end of December 2024. Memang sejak pertengahan tahun 2023 lalu ada sedikit penyusutan pageviews kerana Google Search AI (Artificial Intelligent) telah mengubah algorithm nya Julai 2023 lalu. Dan pageviews mula beransur stabil, dan kembali menaik dalam bulan Mei tahun ini, tapi tak banyak sebab Core Web Vitals blog aku lousy gila.
Setelah sekian lama PV asyik sendu, akhirnya naik juga |
Harap lekas lah 14 juta ni naik jadi 15 juta |
Beginilah cabaran sebagai blogger, struggle tahu tak nak catch up evolusi dan perubahan teknologi, lagi-lagi di era AI ni. Mamy Syu bukanlah seorang penulis blog sepenuh masa, jadi nak maintain hantar artikel setiap hari tu agak sukar. Sebab aku ada tanggungjawab pekerjaan hakiki. Mamy terpaksa curi-curi masa mencari kelapangan untuk menulis curahan idea ke dalam blog. Dapat pos satu artikel seminggu pun dah cukup syukur dah.
Sasaran Pageviews 15,000 000 & Cara Nak Kekalkan Trafik Blog
Pentingkah pageview nie? Ehhh... penting sangat-sangat bagi blogger macam Mamy ni haha. Aku memang setiap bulan ada target pageview. Sebagai penulis, trafik menuju ke blog adalah segala-galanya. Apalah ertinya kalau menulis panjang-panjang, tapi tiada pembaca pun yang sudi membaca artikel kita. Percayalah, it's not that easy nak mendaki untuk menaikkan trafik blog, apatahlagi nak maintain trafik tinggi itu, tetap kekal tinggi setiap masa.
Nak trafik blog yang baik memang kena rajin belajar secara berterusan, supaya blog dan keyword yang kita gunakan kekal relevan mengikut peredaran serta perkembangan dunia digital yang kerap berubah aggressively setiap tahun. Malah kaedah penulisan SEO sekarang dah banyak berubah! tak sama macam dulu.
Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-Juta
Mamy bukan pakar blog, bukan pakar SEO, malah bukan seorang yang hebat dalam skill menulis dan copywriting sangat pun. It's just that minat, so semuanya aku jadi sanggup untuk explore dan belajar. Even coding pun aku belajar from the scratch, perlahan-lahan ikut tutorial di youtube.
Sumpah aku tak pernah ada basic IT multimedia etc pun. Aku kan macik farmasi. Tak pernah terjebak langsung dengan jurusan komputer, waima short course pun, tak pernah! Tapi alhamdulillah, boleh juga cecah pageviews berjuta-juta. Berblog ni, quality content is not the only matters, if you know, you know laa.huhuu
Sebab menulis blog bukan sekadar kena pandai menulis atau kena ada hobi menulis, but blogging is actually about building a lot of network with blogger-friends, your audience and of course with clients too.
On top of that, KUNCI PALING PENTING sekali ialah RAJIN & KONSISTEN. Sebab yang lain tu kita boleh belajar. Tetapi kalau tak konsisten dan selalu malas, bagilah 765 tips pun memang takkan menjadi.
1. Menulis dengan Konsisten
Ada yang menulis sekali seminggu. Ada yang menulis setiap hari. Tak kisah yang penting konsisten. Macam aku menulis at least 15 artikel setiap bulan. Tak mampu tulis setiap hari, tulis setiap minggu. Paling kurang pun at least 1-2 artikel sebulan, janji konsisten.
Okay jom kita tengok senario pertama. If target nak 5000 pageviews sehari, tapi hanya up 1 artikel sahaja sebulan, maka memang mustahil nak dapat 5k pageview unless kalian jenis yang mengejar penulisan yang viral, yang trending ketika itu. Ok memang boleh view sampai ribu-ribu sehari.
Masalahnya, kita sendiri tak tahu mana artikel kita yang boleh jadi viral kan? Boleh jadi kita adalah laman yang ke 64 yang menulis tentang isu viral tersebut, jadi agak susah nak naik views.
Jadi, formula paling berkesan adalah menulis secara konsisten. No substitute for hard work and consistency. No hacks, no shortcuts. Macam menunggang basikal. Kalau kita tak nak jatuh, kayuh dan terus kayuh secara consistent. Kalau penat, jangan stop, tapi slow down the pace untuk seketika. Sebab kalau stop terus, kita hilang keseimbangan, last-last basikal dengan kita sekali boleh rebah.
Tetapkan traget berapa artikel seminggu? Dan nak kejar berapa pageviews sebulan? Tujuan set matlamat ni adalah supaya kita ada hala tuju yang jelas, dan jangan pula paksa diri buat sampai mengganggu kehidupan harian.
Jadi sebaiknya, just focus on target artikel, berapa nak pos? Misalnya sekarang you all target untuk release 10 artikel sebulan dan menyasarkan 50k pageview. Jadi usahakan untuk tulis 10 artikel tu dulu dalam sebulan. abaikan seketika bab pageview tu. Hujung bulan, analisis balik adakah 10 artikel ini dah memadai untuk capai 50 ribu pageviews?
Kalau tak capai, mungkin kena up 5 artikel lagi, menjadikan 15 artikel sebulan. Dan begitulah seterusnya.
Tak mengapa lahh kalau tak capai target pageview tu, yang penting konsistenkan dulu usaha kita, then barulah tuai hasilnya (pageviews yang diingini). Semua ini merupakan pengalaman dan proses yang perlu dilalui supaya kita belajar dan terus belajar demi memperkemaskan lagi blog kita.
2. Sabar dan Trust the Process
Trafik tinggi perlukan masa. Nak dapat 1000 pageviews pun ambil masa okay. Google bot pun nak "kenal" perubahan terbaru blog kita ni, mengambil masa 48 jam tau. Jangan pandang rendah kepada blog yang trafiknya 100 views sahaja sehari, tetapi percaya atau tidak trafik itu pasti akan naik day by day, as long as blog tu sentiasa updated dan sentiasa aktif berkongsi..
Secara ringkasnya, nak capai trafik tinggi bukan macam harini jadi blogger, esok terus dapat sejuta pageviews. Bukan.
3. Sentiasa Berlapang Dada Pelajari Ilmu Baru
Kalau nak tahu, Google Algorithm dikemaskini sebanyak 8 kali tau dalam tempoh setahun? Jadi sekiranya kita angkuh dan tak rela untuk melakukan pembelajaran berterusan, kita pasti akan ketinggalan. Bak kata Albert Einstein, "You can't use an old map to explore a new world". Gittew.
Oleh itu sebagai blogger kita kena sentiasa belajar dan beradaptasi dengan perubahan digital semasa. Artikel yang kita siarkan ungki tidak terindeks di carian Google, maka ia tidak akan muncul dalam hasil carian. Kesannya, pageviews kita akan sendu, sebagaimana sendu dan ceteknya ilmu kita haha.
"Once you stop learning, you start dying"
Theme atau template blog juga berubah-ubah mengikut peredaran semasa. Ada blog yang masih menggunakan template blog classic, akan merasa impact penurunan pageview. Sebab template blog pun ada memainkan peranan dan fungsi penting dalam menentukan sesebuah blog itu mesra SEO atau tidak, loading cepat atau tidak, malah ada yang pageview merudum disebabkan oleh page load yang sangat lembap.
Jadi kalau dah bergelar sebagai blogger, kalian tak boleh lari daripada belajar ilmu selain ilmu menulis sahaja. Ilmu seperti coding, keyword analysis, dan juga beberapa ilmu berkenaan performance blog juga kalian kena belajar. Again, just to recap, realiti sebagai blogger bukan sekadar hanya menulis sahaja.
4. Urus Masa dengan Baik
Blogger perlu menitikberatkan pengurusan masa. Sekiranya tidak dapat mengurus masa dengan baik, nak buat aktiviti apapun tak dapat. Bahkan masa akan berlalu dan terbazir by being unproductive the whole day. Sekiranya kalian kata, menulis blog sekadar hobi sahaja, jadi sebab itu lah tak perlu disiplin tertentu, anda silap!
Don't watch the clock; do what it does. Keep going..
Sebagai contoh, sebagai Muslim kita ada waktu solat. Di tempat kerja kita ada office hour. Di sekolah pula kita ada waktu rehat. Sekiranya tidak disiplin diri dengan masa, boleh jadi kita leka dengan drama sampaikan tinggal solat. Sekiranya tidak disiplin dengan masa, kita selalu datang lewat ke tempat kerja dan balik awal walaupun bukan masanya.
Sekiranya tidak displin dengan masa, waktu rehat dah habis kita masih makan di cafe. Sekiranya kita kurang displin dengan masa, hidup akan jadi kelam-kabut. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini, last-last apapun tak setel.
Setiap manusia ada 24 jam di dalam tangan masing-masaing. Tapi yang membezakan antara individu berjaya dan gagal adalah bagaimana "tangan" mereka menguruskan 24jam tersebut. Orang berjaya akan menggunakan 24jam di tangan mereka dengan lebih cekap dan menyelesaikan lebih banyak tugasan, berbanding orang gagal.
5. Be A Voice Not An Echo!
Setiap orang ada potensi dan kecenderungan masing-masing. Ada yang fasih menulis tentang gosip, hiburan dan artis, manakala ada yang tidak selesa dengan niche tersebut. Ada yang suka menulis tentang travel, pengalaman parenting, dan ada yang suka menulis tentang review produk, review hotel, dan juga previu movie, novel dan drama. Aku sendiri pun dulu selalu compare blog aku dengan orang.
Tengok orang buat artikel viral dapat trafik mencanak-canak, kita pun terpesona nak ikut buat juga. Hujung-hujung, rasa tak best rasa tak puas dan tiada kegembiraan di situ, sebab tak kena dengan jiwa. Benda yang kita tiada minat untuk tulis kalau dipaksa tulis juga, ia akan jadi tak natural serta gaya bahasa kelihatan janggal. Baca sendiri pun rasa tak best. Honestly, konten hiburan dan gosip lah yang paling aku kurang baca. Betul. Jiwa aku ni memang tak minat benda-benda yang ke arah itu.
Oleh itu, jalan terbaik adalah, be original, jadilah diri sendiri, dan menulis ikut kecenderungan dan kekuatan kita sendiri. Percayalah, bila dah tahu kekuatan kita, automatik akan timbul rasa seronok nak menulis dan excited nak siarkan artikel banyak-banyak. Secara tak langsung, frekuensi otak kita pun akan bergetar pada getaran yang baik, maka akan ada saja ilham dan idea datang mencurah-curah untuk ditulis.
Keunikan diri yang membuatkan blog kita lebih menonjol berbanding orang lain. Pengalaman, ilmu, kemahiran, dan nilai yang kita pegang takkan sama dengan orang lain. Orang lain mungkin boleh tiru idea kita tetapi keunikan gaya persembahan bahasa tidak akan dapat menyerupai kita. Tulis saja yang baik-baik, yang bermanfaat kerana apa yang kita tulis juga adalah doa dan pahala untuk kita. Apa yang kita tulis mudah-mudahan perkara yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita.
Rumusan
Sebagai kesimpulan, untuk mendapatkan pageviews blog berjuta-juta itu perlukan masa dan tiada jalan yang singkat melainkan dengan usaha dan kerja keras. Kerja keras kenalah sentiasa rajin. Dan rajin juga memerlukan kesabaran. Kalau tak sabar kita akan kalah dengan sifat malas yang bersarang dalam diri kita.
One more thing, jangan mudah rasa down bila lihat prestasi blog orang lain kerana blog kita is special itself!
So let's blog only to spread knowledge and love okay! Don't forget to respect copyrights and keep blogging humbly. Wishing you all a happy blogging!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
nice sharing...semuanya betul, blogger kena sabar, kena consisten, kena yakin. Teruskan menulis.
ReplyDeleteterima kasih untuk tips nya. sangat berguna :) syaza doa semoga dimurahkan rezeki sentiasa utk awak
ReplyDelete