All Eyes on Rafah

Māmy Syu
2

"All Eyes on Rafah" Maksud: Perang Serahell-Hamas selama hampir 8 bulan di Gaza tak berkesudahan dan keadaan semakin brutal kerana kedua-dua pihak gagal bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata. Pasukan Pertahanan IsraHELL (IDF) memulakan serangan udara ke atas kem pelarian di Rafah dan membunuh lebih 45 orang, termasuk kanak-kanak, mencetuskan kemarahan global. Platform media sosial dipenuhi dengan siaran yang mengutuk tindakan IsraHell di Rafah, dan imej janaan AI yang mengatakan "All Eyes on Rafah" menjadi tular di seluruh internet.

eyes on Rafah, "All Eyes on Rafah" All Eyes on Rafah All Eyes on Rafah
Lebih 35,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara IsraHell ke atas Gaza, yang bermula selepas 7 Oktober. Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar membuat beberapa percubaan untuk merundingkan perjanjian gencatan senjata antara IsraHell dan Hamas, tetapi kedua-dua pihak tidak lihat dalam suasana damai.

Apakah maksud "All Eyes on Rafah"?

"All Eyes on Rafah" (semua perhatian buat Rafah) adalah trend media sosial di mana orang ramai di internet, terutamanya selebriti yang berpengaruh, menunjukkan solidariti mereka dengan rakyat Palestin dan juga menghantar mesej kepada Israeli government bahawa dunia sedang memerhati jenayah homisid mereka ke atas orang awam (atau lebih tepat, serangan penghapusan etnik) di wilayah Rafah di Gaza.

Imej AI yang tertulis "All Eyes on Rafah" dikongsi secara meluas di seluruh media sosial dari seluruh lapisan masyarakat, termasuklah artis dan pempengaruh media sosial. Aznil, Sitinurhaliza dan Daiyan Trisha adalah merupakan antara selebriti yang lantang bersuara tentang penderitaan rakyat Palestin dan aktif melaungkan solidariti mereka terhadap serangan ke atas refugee camp di Rafah.


Apa kata Israhell tentang serangan Rafah?

Dalam satu kenyataan, wakil Israhell menyebut bahawa kehilangan nyawa orang awam disifatkan sebagai "kemalangan tragis" dan berkata bahawa kebakaran besar yang berlaku di kem pelarian Rafah bukan disebabkan oleh serangan udara IsraHELL semata-mata tetapi juga disebabkan oleh letupan yang mungkin dilakukan oleh militan Palestin. Begitulah betapa bangsatnya jawapan dari lidah haiwan-haiwan penjajah tanah air orang Palestin. Sudah lempar batu, sembunyi tangan. Sudah salah tak mengaku pula lantas mereka sibuk menilai dan menunjuk kesalahan orang lain. Peribahasa ada menyebut, langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. Begitulah sifat Bani IsroHELL, dalam Quran pun dah beri amaran.



Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Syahdu bila mengenangkan mereka :(

    ReplyDelete
  2. paling sakit hati hospital pun diorg nak bedil... apa laa daya org sakit kat situ nak melawan...

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!