Tips atasi sakit belakang dan pinggul ketika hamil

July 05, 2015
Sakit pinggul (pelvis) dan sakit belakang memang gejala normal bagi ibu mengandung. Ini berikutan hormon yang dirembeskan oleh badan yang dikenali sebagai relaxin yang bertindak melonggar dan melembutkan sendi dan ligamen ibu bagi mempersiapkan tubuh bagi melalui proses kelahiran kelak. Malangnya tiada ubat khas bagi mengatasi masalah ini melainkan mengamalkan postur tubuh yang betul serta senaman bagi mengurangkan kesan masalah ini.

Kalau korang google, memang banyak cara-cara untuk mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antara yang popular adalah senaman "pelvic floor", senaman yang menggunakan "birth ball", urutan lembut, teknik yang betul dalam mengangkat barang, posisi tidur dan sebagainya. Dalam youtube pun banyak.

Jadi Annur tak nak ulang menyampaikan maklumat yang sama, yang mudah dicapai di mana-mana, tapi Annur nak kongsi tips atau cara Annur sendiri (melalui pengalaman) dalam menangani sakit tulang pelvis atau pinggul dan sakit belakang.

spd pubic

- Pertama, Annur tak paksa diri melakukan sesuatu.  Contoh mudah, dari posisi duduk nak berdiri sekalipun, bila mula berdiri, terasa sakit yang teramat sangat di bahagian tulang pubis dan pelvis. Stop right there! Annur akan freeze sebentar, hingga rasa sakit beransur hilang. haha dapat bayangkan tak? Kalo korang tengok, sebijik macam movie yg ditekan butang paused. Tetiba jadi kaku..kalau tengah bongkok, bongkok la.. ^_^

- Turun dan naik kereta. Sejak masuk bulan ke 7 kehamilan, Annur naik kereta dengan melabuhkan bontot terlebih dahulu, dengan kedua-dua belah kaki masih di bawah. Bila dah duduk, barulah kedua-dua belah kaki diangkat masuk serentak. Begitu juga nak keluar kereta. Annur akan turunkan kedua-dua kaki ke tanah dulu, kemudian baru bangun berdiri dengan berpaut pada pintu, bumbung, tingkap..haha mana-mana lah yang sempat capai. Maklumlah..kereta terlajak lowered. Sporty lah sangat kunun!

- Beralih posisi baring di atas katil. Dari meniring ke kanan, nak beralih ke kiri. Annur tak tahu korang punya pengalaman macam mana. Tapi bagi Annur, ini adalah satu perkara yang sangat susah dan berat untuk dilakukan, sumpah! Padahal berganjak seinci, tapi rasa macam jauhnye beribu batu! Jadi macam-macam cara Annur discover melalui try and error. Tapi ada satu cara paling tak menyakitkan.
     - lipat lutut kanan ke atas, pelan-pelan heret belakang badan supaya berpusing menjadi posisi telentang.
     - lipat lutut kiri ke atas, dan gamkan kedua-dua lutut bersama, dan tapak kaki jugak dirapatkan dan digamkan bersama.
     - dengan bantuan tangan kanan, capai cadar atau tilam untuk menarik badan supaya berpusing ke kiri, hingga korang dapat posisi mengiring ke kiri yang selesa.
-Haha..mak oi panjang nya! Macam complicated sangat je nak beralih posisi masa baring kan..hee~ takpe, itu rezeki masing-masing. Tapi bila tiba giliran korang merasa sakit belakang yang kritikal, masa tu baru tahu susah ke tak? Bagi yang tak pernah alami tu, alhamdulillah..tapi jangan sampai bermegah pula ye..

- Menjadikan aktiviti-aktiviti yang selama ni kita lakukan dalam keadaan berdiri, boleh dilakukan dalam posisi duduk. Macam Annur, seterika baju..Annur duduk. Cemana? Rendahkan je level papan seterika tu pada level paling rendah. Selain pada tu, proses penyediaan bahan masakan macam menyiang sayur, potong bawang tu semua pon Annur duduk di kaunter. 

- Kurangkan tekanan pada tulang belakang, dan pinggul seboleh mungkin. Shopping pun online je. Sebab apa yang Annur rasa bukan angkat barang dan dukung Naufal je rasa menyakitkan, tapi tolak troli pasaraya pun terasa begitu terbeban pada tuang belakang. Barang-barang keperluan rumah yang lain memang encik asben je yang jadi runner. Annur bagi list je.

- Naik turun tangga. Annur memang tak boleh elak sebab sampai je tempat keje dari pukul 7 tu memang kena naik turun tangga sampai habis waktu kerja. Jadi, Annur terpaksa naik tangga dengan kaki kanan, setiap anak tangga, Ala tateh-tateh..haha.. Cuba bayangkan,.macam penguin tengah tateh-tateh naik tangga.. Comel kan ^_^

- Elak langkah bendul, elak memakai seluar atau skirt sambil berdiri, elak mencangkung, elak pakai kasut bertumit tinggi, elakkan melakukan pergerakan twist sebab semua ni menambahkan degree kesakitan belakang yang dah sedia ada tu. Trust me.

- Tapi dalam banyak-banyak cara, ada satu cara yang memang dapat bagi kelegaan pantas. Korang bileh cuba pakai pelvic support belt. Macam kat bawah ni. Annur pon dah 36 minggu, baru kenal benda ni! Jumpa dalam facebook, ada yang jual online. Rugi-rugi. Kalaulah Annur tahu lebih awal, mungkin tak seteruk ni sakit belakang.
maternity support belt


Annur : Akhirnya setelah 2 bulan tak update blog. Nak update, nak update..tapi asik terhalang niat tu bila sakit belakang mengganggu. Nak menulis ni kan kene duduk tegak. Mana boleh nak menaip sambil menyandar kat kerusi ofis tu sampai separuh terbaring kan..haha.. Tapi serius! Sakit belakang dan sakit tulang pubic memang sangat tak selesa. Potong mood gua,

5 comments:

  1. Annur sayang, aku merinduimu..ding dong..hehe... Semoga semua dipermudahkan. Zarith pernah buat artikel tentang 8 Penyakit kehamilan dan cara atasinya. semoga bermanfaat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...mmg Annur ade godek2 jugak blog zarith kemaren.. cari info yg berkenaan ^_^
      tp mgkin trlepas pndang entri psl penyakit kehamilan tu..
      will come back soon hee~

      Delete
    2. hihi...mmg Annur ade godek2 jugak blog zarith kemaren.. cari info yg berkenaan ^_^
      tp mgkin trlepas pndang entri psl penyakit kehamilan tu..
      will come back soon hee~

      Delete
    3. Best sgt weh...aku suka bace blog kamu...

      Delete
    4. tenchu2...
      ang bleh rujuk blogger2 otai yg lain jugak..diorang banyak share tips berblog dan tutorial yg best2..
      go go chaiyok!

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.