penawar sakit belakang-biobax

Nak anak cepat bercakap? Mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun

7:57 AM
Nak anak cepat bercakap? Mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahunSekarang memang ramai je budak bijak bermain game dan apps dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun. Diorang fasih ABC sampai Z, 123 sampai 10, tapi malangnya budak-budak ni kurang menguasai perkataan-perkataan yang bermakna dan berguna dalam interaksi secara verbal. So, kalau nak anak cepat bercakap, mommies mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun.

Nak anak cepat bercakap? Elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun
Adek Nufael | 11-08-2015 | Sekarang genap 2 tahun 3 bulan

Apa kata pakar?

Kalo ikut apa dikata oleh pakar kanak-kanak, apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. Nufael? Ohh,..bercakapnya memang petah, macam bertih beras! Tapi bunyi macam orang cakap Jerman je haha~ Tak faham!



Anak pelat dan telor?

Kalau bab bercakap, memang Dik Fael pot pet pot pet, cuma susah untuk orang lain nak faham. Ayah dia sendiri pun tak faham. Bila sekali sekala ayah cuti dan balik sini, ayah terpaksa mintak ibu jadi penterjemah. Dik Fael ni cakap nya laju, macam peluru perpandu. Mungkin menurun ayah, lidah orang Ganu, yang bercakap laju kot haha~


Kesan gajet terhadap perkembangan pertuturan anak

Anak-anak yang addicted dengan gajet biasanya kurang menguasai perkataan fungsian macam: sedap, nak, tu, sudah, habis, siap. Tak lupa juga panggilan atau gelaran untuk insan terdekat seperti abang, atok , acu, cik ngah, ayah lang. Selain tu, budak-budak yang melekat dengan gajet ni paling lemah dalam menguasai perkataan harian macam: mandi, minum, sakit, buat, makan, tutup, simpan, dan keluar-masuk. Pakar kanak-kanak jugak mengatakan bahawa anak akan lemah dalam menjawab soalan dan respon terhadap arahan serta tak pandai meminta informasi dan memberikan kenyataan.


Masih belum terlambat

Inilah yang kita takut sebenarnya. Anak kita akan jadi macam manusia yang hidup dalam dunia dia sendiri je. Tapi. Mak bapak sekarang ni mudah! Gajet tu seolah-olah macam jadi babysitter dah. Baby kita tu, kan jadi baby cuma sekali je. Dia membesar pon sekali tu je lah. Bila dia jadi besar, remaja dewasa? Ha dah tak boleh rewind dah masa dia kecik dulu. Zalimnya kita mak bapak ni kan? Padahal kita yang bawa anak-anak "datang" ke dunia ni, akhirnya bila mereka dah ada di sini, kita cap diorang "merimaskan", "menyibuk", "serabut" dan macam-macam label negatif lagi. Adil ke gitu? 



Masa depan anak-anak ditentukan oleh didikan hari ini

Kita hari ni duk rasa kita cari duit banyak-banyak, cukupkan maka pakai anak-anak, itu dah mencukupi. sedangkan "batin" diorang kita tak pernah cakna. Kita gi keje, seharian selama lapan jam gi kerja, alahai rindunya anak-anak kat kita. Tiba-tiba bila balik rumah, anak-anak kecil yang baru dijemput dari taska tu tadi, kita jamu dengan permainan video melalui tablet supaya dia tak merengek dan tak ganggu kita. Senangnya kerja mak bapa nowadays kan. Kerja beranak tiap-tiap tahun dan cari duit je, ye tak?


Annur kata

Last but not least, jomlah sama renungkan. Jangan kerana pemalas nya kita sebagai mak bapa sekarang ni, akhirnya masa depan dan kesihatan anak-anak kita rosak. Yer..benda ni memang sensitif. Setiap orang ada le cara masing-masing dalam mengasuh anak, katanya. Kalau kita tegur, kompom kita kena kecam balik, ye tak? "Heyy anak aku, suka hati aku lah." "Bukan mintak duit kau pun. Apa kau susah?"


Ohh~  (⌣̩̩́_⌣̩̩̀) 
Sad..

11 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Zaman sekarang semuanya mudah. Adik-adik saya pun awalnya nak bagi tab je kat anak diorang apabila dalam kesibukan tetapi saya didik bahawa tab hanya dibenarkan 2 jam sahaja ketika hujung minggu. Parents kena kreatif untuk mendidik dan menghiburkan anak-anak kan.

    ReplyDelete
  2. good sharing annur..kadang2 diri sendiri ni pun lupa kesan buruk gajet pada anak2..thanx annur!

    ReplyDelete
  3. Bila dah ada anak sekarang baru miza sedar cara didikan ibuayah kita dulu jugak yang tiada gajet adalah yang terbaik. bebas nak main bendang, panjat pokok semuanya baik untuk perkembangan minda kanak-kanak

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang saya yang bujang pun rasa gerun sebab budak-budak seawal usia belum tadika lagi dah ligat dan leka main gajet. Mungkin ibu bapa perlu kesedaran begini supaya taklah nanti nasi menjadi bubur. :(

    ReplyDelete
  5. Kena balik ke zaman dulu ajar anak- anak tentang keseronokkan dunia kanak- kanak mereka...macam kita zaman dulu2 kan...takde gajet takde apa..gajet ni melekakan...

    ReplyDelete
  6. setuju. kalau anak buah datang rumah, make sure no phones or tablets. parents diorang pon bagi bagi phone dua jam je sehari.

    ReplyDelete
  7. betuk ni kanak-kanak lebih terjejas kepada imaginasi yang tidak dapat dikawal sekiranya terdedah kepada gajet kecil2 ni.

    ReplyDelete
  8. Perlu seimbangkan keperluan kanak-kanak. Untuk menggalakkannya bercakap, ibu bapa dan penjaga perlu sering berinteraksi fan berbicara dengan kanak-kanak tersebut. Mereka menyerap maklumat secara minda bawah sedar.

    ReplyDelete
  9. Ada anak kawan iday, awal2 didedahkan dengan gajet. lepas tu kurang berinteraksi dengan orang and cepat mengamuk. last2 dia cuba jauhkan anak dia dengan gajet, banyak main game diy, play outdoor and cari cara lain untuk entertain anak diorang without gajet. hehehe

    ReplyDelete
  10. Bab ni mesti banyak pandangan dan pendapat. Kehidupan kita semua berbeza, malah di bandar dan kampung juga lain pendedahannya. Apa yang boleh berikan kepada anak? Macam ruby duduk di kawasan bandar, nak buat aktiviti larian, main bola dan ke taman permainan mesti kena plan. Plan setiap minggu ke taman besar. 4 kali sebulan memang tidak cukup utk anak bermain. Tambahan anak lelaki. So di rumah kena home schooling. Belajar berpandukan iPad, sebab latihan di iPad lagi interaktif. Kemudian mereka belajar menulis, mengira dan membaca dengan ruby. Sebagai ibu bapa, kita tak boleh lari dari perkembangan teknologi ni. Sedangkan kita gunakan telefon pintar sepanjang masa. Anak-anak memerhati. Mana yang terbaik untuk anak, pasti terbaik utk kita. Mereka pun belajar dengan kita, dipantau oleh kita. Komunikasilah, jangan diam dengan gadget. Ibu bapa terlalu fokus dengan gadget tanpa interaksi perkara harian atau perkara positif itu yang membuatkan anak DIAM dan taknak jawab soalan bila ditanya.

    Rata-rata orang bujang yang melihat budak asyik guna gadget pasti berniat taknak anak mereka didedahkan dengan gadget. Kahwin dulu dik, baru tahu betapa bijak anak anda dari anda. Ibarat kebijaksanaan anak ni 5% dari kita, tetapi selebihnya dari anak tu sendiri. Memang mereka bijak. So manfaatkan waktu bijak mereka ni.

    Panjang membebel. Hahahah!

    ReplyDelete
  11. Tu la risau jugakk kalau terbagi chance lebih, adik sejak kebelakangan ni selalu nk main gajet. Thanks sharing

    Pssst jemput singgah blog: lubukseni.com

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.