Nak anak cepat bercakap? Mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun

Nak anak cepat bercakap? Mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahunSekarang memang ramai je budak bijak bermain game dan apps dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun. Diorang fasih ABC sampai Z, 123 sampai 10, tapi malangnya budak-budak ni kurang menguasai perkataan-perkataan yang bermakna dan berguna dalam interaksi secara verbal. 

So, kalau nak anak cepat bercakap, mommies mesti elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun.

Nak anak cepat bercakap? Elak dedahkan gajet pada anak seawal usia 2 tahun
Adek Nufael | 11-08-2015 | Sekarang genap 2 tahun 3 bulan

Apa kata pakar?

Kalau ikut apa dikata oleh pakar kanak-kanak, apabila anak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. 

Nufael? Ohh, bercakapnya memang petah, macam bertih beras!

Tapi bunyi macam orang cakap Jerman je haha~ Tak faham!



Anak pelat dan telor?

Kalau bab bercakap, memang Dik Fael pot pet pot pet, cuma susah untuk orang lain nak faham. Waima ayah dia sendiri pun tak faham apa anak dia cakap. Bila sekali sekala ayah cuti dan balik sini, ayah terpaksa mintak ibu jadi penterjemah. 

Dik Fael ni cakap nya laju, macam peluru berpandu. Mungkin menurun ayah, lidah orang Ganu, memang by blood jenis bercakap laju kot haha~


Kesan gajet terhadap perkembangan pertuturan anak

Anak-anak yang addicted dengan gajet biasanya kurang menguasai perkataan fungsian macam: sedap, nak, tu, sudah, habis, siap. Tak lupa juga panggilan atau gelaran untuk insan terdekat seperti abang, atok , acu, cik ngah, ayah lang. 

Selain tu, budak-budak yang melekat dengan gajet ni paling lemah dalam menguasai perkataan yang mewakili kehendak dan keperluan harian seperti : nak mandi, minum, sakit, buat, makan, tutup, simpan, dan keluar-masuk. 

As a result kepada hajat yang tak tercapai tu, mereka akan berang dan throw a tantrum terhadap kita, ibu dan ayah.

Pakar kanak-kanak juga mengatakan bahawa anak akan lemah dalam menjawab soalan dan respon terhadap arahan serta tak pandai meminta informasi dan memberikan kenyataan.


Masih belum terlambat

Inilah yang kita takut sebenarnya. Anak kita akan jadi macam manusia yang hidup dalam dunia dia sendiri je. 

Tapi. Ibu ayah sekarang ni mudah! Gajet tu seolah-olah macam jadi babysitter dah. Baby kita tu, kan jadi baby cuma sekali je. Dia membesar pon sekali tu je lah. 

Bila dia jadi besar, remaja dewasa? Ha dah tak boleh rewind dah masa dia kecik dulu. Zalimnya kita ibu bapa ni kan? 

Padahal technically, kita lah yang bertanggungjawab membawa anak-anak ini "datang" ke dunia, betul tak? 

Lepas tu akhirnya bila mereka dah ada di sini, kita cap diorang "merimaskan", "menyibuk", "serabut" dan macam-macam label negatif lagi. Adil ke begitu? 



Masa depan anak-anak ditentukan oleh didikan hari ini

Kita hari ni duk rasa kita cari duit banyak-banyak, cukupkan makan pakai anak-anak, itu dah mencukupi. Sedangkan "batin" diorang kita tak pernah cakna. 

Kita pergi kerja, seharian selama lapan jam di tempat kerja, alahai rindunya anak-anak kat kita. Tiba-tiba bila balik rumah, anak-anak kecil yang baru dijemput dari taska tu tadi, kita jamu dengan permainan video melalui tablet supaya dia tak merengek dan tak ganggu kita. 

Senangnya kerja mak bapa nowadays kan. Kerja beranak tiap-tiap tahun dan cari duit je banyak-banyak, lambak kat anak dengan segala kemewahan, ye tak?


Mamy Syu kata

Last but not least, jomlah sama sama kita renungkan. Hmm tak! Bukan marah atau berniat nak mengajar, tak. 

Cuma sekadar perpesan-pesan buat diri sendiri laki bini ni je. Yer Syu sedar yang kami sendiri pun sering lalai dan terpesong dari landasan dalam mendidik anak. Nak-nak pula bila emosi menguasai minda. Habis! Punah segala ilmu patenting yang pernah tersimpan di dada.

Satu lagi, selain emosi, nafsu juga selalu saja hadir nak memunahkan kita. Nafsu paling jahat adalah nafsu malas.

Jangan kerana pemalas nya kita sebagai ibu ayah sekarang ni, akhirnya masa depan dan kesihatan anak-anak kita rosak. 

Yer..benda ni memang sensitif. Setiap orang ada le cara masing-masing dalam mengasuh anak, katanya. Kalau kita tegur, kompom kita kena kecam balik, ye tak? 

"Heyy anak aku, suka hati aku lah." "Bukan mintak duit kau pun. Apa kau susah?"


Ohh~  (⌣̩̩́_⌣̩̩̀) 
Sad..

Sekian. Kalau tak banyak, sikit pun jadi la untuk buat pedoman.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Zaman sekarang semuanya mudah. Adik-adik saya pun awalnya nak bagi tab je kat anak diorang apabila dalam kesibukan tetapi saya didik bahawa tab hanya dibenarkan 2 jam sahaja ketika hujung minggu. Parents kena kreatif untuk mendidik dan menghiburkan anak-anak kan.

    BalasPadam
  2. good sharing annur..kadang2 diri sendiri ni pun lupa kesan buruk gajet pada anak2..thanx annur!

    BalasPadam
  3. Bila dah ada anak sekarang baru miza sedar cara didikan ibuayah kita dulu jugak yang tiada gajet adalah yang terbaik. bebas nak main bendang, panjat pokok semuanya baik untuk perkembangan minda kanak-kanak

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang saya yang bujang pun rasa gerun sebab budak-budak seawal usia belum tadika lagi dah ligat dan leka main gajet. Mungkin ibu bapa perlu kesedaran begini supaya taklah nanti nasi menjadi bubur. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam budaya dah jadinya Hasif.

      Ahh ghisauuu..

      Padam
  5. Kena balik ke zaman dulu ajar anak- anak tentang keseronokkan dunia kanak- kanak mereka...macam kita zaman dulu2 kan...takde gajet takde apa..gajet ni melekakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..hehehe. ni gadget ni problem

      Padam
    2. typo* No Gadget, No Problem

      Padam
  6. setuju. kalau anak buah datang rumah, make sure no phones or tablets. parents diorang pon bagi bagi phone dua jam je sehari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Momi. 2 jam maksimum sehari. But bukan 2 jam back to back tau.

      2 jam in divided time. Maksud nya, 1 sesi 10 -15 miniylt then stop.

      Lepas tu bila dia layan mata nak tidut, kita buka kejap around 10 minit. then tutup.

      Kalau minit2 tu dihimpunkan, tak boleh lebih 120 minit sehari.

      Padam
  7. betuk ni kanak-kanak lebih terjejas kepada imaginasi yang tidak dapat dikawal sekiranya terdedah kepada gajet kecil2 ni.

    BalasPadam
  8. Perlu seimbangkan keperluan kanak-kanak. Untuk menggalakkannya bercakap, ibu bapa dan penjaga perlu sering berinteraksi fan berbicara dengan kanak-kanak tersebut. Mereka menyerap maklumat secara minda bawah sedar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan Nuha. Interaksi sejak mereka baby sangat penting.

      Biarlah dia tak membalas kata kata kita, tapi mereka terima input tu dan save dalam otak.

      Padam
  9. Ada anak kawan iday, awal2 didedahkan dengan gajet. lepas tu kurang berinteraksi dengan orang and cepat mengamuk. last2 dia cuba jauhkan anak dia dengan gajet, banyak main game diy, play outdoor and cari cara lain untuk entertain anak diorang without gajet. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kawan awak Iday. Cepat mengesan perubahan anak.

      Moga anak dia kembali aktif dan jadi normal macam budak lain. amin

      Padam
  10. Bab ni mesti banyak pandangan dan pendapat. Kehidupan kita semua berbeza, malah di bandar dan kampung juga lain pendedahannya. Apa yang boleh berikan kepada anak? Macam ruby duduk di kawasan bandar, nak buat aktiviti larian, main bola dan ke taman permainan mesti kena plan. Plan setiap minggu ke taman besar. 4 kali sebulan memang tidak cukup utk anak bermain. Tambahan anak lelaki. So di rumah kena home schooling. Belajar berpandukan iPad, sebab latihan di iPad lagi interaktif. Kemudian mereka belajar menulis, mengira dan membaca dengan ruby. Sebagai ibu bapa, kita tak boleh lari dari perkembangan teknologi ni. Sedangkan kita gunakan telefon pintar sepanjang masa. Anak-anak memerhati. Mana yang terbaik untuk anak, pasti terbaik utk kita. Mereka pun belajar dengan kita, dipantau oleh kita. Komunikasilah, jangan diam dengan gadget. Ibu bapa terlalu fokus dengan gadget tanpa interaksi perkara harian atau perkara positif itu yang membuatkan anak DIAM dan taknak jawab soalan bila ditanya.

    Rata-rata orang bujang yang melihat budak asyik guna gadget pasti berniat taknak anak mereka didedahkan dengan gadget. Kahwin dulu dik, baru tahu betapa bijak anak anda dari anda. Ibarat kebijaksanaan anak ni 5% dari kita, tetapi selebihnya dari anak tu sendiri. Memang mereka bijak. So manfaatkan waktu bijak mereka ni.

    Panjang membebel. Hahahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Kita tak boleh elak peredaran zaman. Dan zaman ini adalah zaman digital. Cuma dari segi perkembangan anak bawah usia 2 tahun, ianya tak elok.

      Tapi.... Kalau nak jugak bagi anak PANDAI main gajet, boleh.

      Main bersama anak.

      Jangan pula hulur je tablet, ipad, phone dsb, lepas tu biar anak gunakan nya sendiri.

      Itu tidak sihat.

      Macam mamy sebut kan di akhir artikel ini tadi, semuanya depends on parents tu sendiri. Kalian berhak 100% ke atas anak masing2.

      Mamy bukan nak berdebat apatah lagi nak kecam parenting style mak bapak lain.

      Sekali lagi diingatkan bahawa artikel ini adalah pandangan peribadi mamy

      Padam
  11. Tu la risau jugakk kalau terbagi chance lebih, adik sejak kebelakangan ni selalu nk main gajet. Thanks sharing

    Pssst jemput singgah blog: lubukseni.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe ema. Boleh main, tapi kena pantau, sentiasa ada di sisi anak ketika mereka menggunakan gajet

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y