#5 Kad Jemputan Bajet, DIY Sahaja

Ma kata, masih awal lagi untuk buat kad kahwin, tapi memandangkan ianya DIY (do it yourself), jadi die dah 'ter' siap awal lah pulak. Maka inilah hasilnye. Esok sudah mau di test print.


design vektor kad kahwin
Penampilannye tidaklah semegah kad-kad yang dihasilkan di kedai-kedai, tapi cukuplah kiranya tarikh dan masa yang tertera tu dapat dijadikan reminder kepada tetamu yang bakal hadir nanti. Patern, design dan arrangement semua idea asal Xu. Bukan copy-cat dari mane-mane design katalog syarikat pencetak kad kahwin. Kalo ade yang same pon, mungkin secara kebetulan. 

Tapi insyaAllah takkan ade same ngan mane-mane design, bahkan kartun doodle ni pon boleh diklasifikasikan sebagai copyright sebab ianya di 'buat' (pakai A.I), bukan di 'ciplak' atau di 'cedok' dari google.

Ada sesetengah orang berpendapat kad DIY akan lebih costly berbanding tempah di kedai. Tapi, sebenarnya kalo kita tempah kad mengikut design yang kita usulkan; atau yang fancy ala-ala interface facebook atau macam bil elektrik, tiket flight dsb; Ia dipanggil "custom made" card di kedai-kedai pembuat kad kawen. Kad custom made ni harga minimum nya RM 0.80 sekeping tawu!? Xu tahu pun sebab Xu sendiri dah pernah survey.

Jadi kalo korang bercita-cita nak kad yang direka khas mengikut apa yang korang nak, ha sediakanlah duit bebanyak yer. Kalo bajet korang ala-ala kain singkat, tarik keatas bawah terdedah, tarik kebawah atas pulak terdedah, baik tak payah nak mereka-reka yang bukan-bukan. pilih je design ready made yang belambak-lambak tu ha. Kad aje pun. Abis majlis, ke tong sampah la dia!

Berbalik pada cerita tadi.
Kalo kita pandai cari kedai printing yang murah, kad DIY akan jadi sangat menjimatkan, malah menguntungkan. Sebab bulk printing atau percetakan pukal melebihi 500 keping, boleh jatuh harga sampai RM 0.50 sehelai double sided depan belakang. Kertas dan kaler berkualiti lagi. Seriously. Kalo 1000 keping, lagi la sangat-sangat murah. 

Berikut merupakan quotation yang diberikan oleh Mr. Print Zone :

             1 keping = RM 0.50
               Sekeping kertas A4, dapat 2 kad depan belakang.
               
             Jadi,
               RM 0.50 ÷ 2
               = RM 0.25

Maka kos sekeping kad ± 25 sen. Siap dapat free gift lagi dari kedai. berupa envelope 200 keping saiz 6" x 4" 

Jadi sekarang, pikior le sendiri chor oii, mane lagi jimat! Boleh je, kalo nak jimat sangat buat sekeping kad, pastu fotostat je hitamputih sampai 1000 keping. Hambek! Nak jimat sangat. Tapi, Xu taknak lah bagi jemputan seselekeh itu kat orang. Biar murah asalkan sedap mate memandang...? Ke cane.?

Xu says: Bagi aku yang palinggg penting, tuan punye diri puas hati. Dan disini tuan punye kad memang tersangat lah berpuas hati nye..sebab kad tu mengikut citarasa sendiri dan tercapai cecita sejak zaman sekolah nak buat kad kawen sendiri. ^_^

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tanpa Nama14:26

    NAKKKKKK kad kawen tu. [tak malu]

    comel laaa~
    niway. selamat hari lahir syu~ :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama18:08

    @Cik Reena Tan

    mekaseh..hehe yeke comey tu..
    pandai amik ati ni ^_^

    BalasPadam
  3. wah tak lama lagi jemputlah bp kahwin.. thanks sbb melawat page BP

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12:15

    @A'IM

    yezzz mestii

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y