Surah-surah yang digalakkan untuk diamal ketika hamil | Assalamualaikum. Semua kat sini sedia maklum bahawa wanita hamil mempunyai emosi yang sangat-sangat tak stabil dan hati yang tak tenang. Semuanya berlaku kerana paras hormon dalam badan yang tak seimbang. So macam mana nak atasi? Haa banyak-banyak la zikir, banyak-banyak lah baca Quran. Jangan banyak fikir masalah dunia, masalah peribadi.
Surah-surah yang digalakkan untuk diamal ketika hamil |
Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Seperti firman Allah dalam surah Ar-ra'd ayat 28 yang bermaksud
"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."
Berikut Surah-surah yang digalakkan untuk diamal ketika hamil :-
1. Surah Yusuf : Untuk memohon anak yang indah rupa dan akhlak.
2. Surah Luqman : memohon anak yang cerdik.
3. Surah Maryam : Untuk memudahkan bersalin.
4. Surah Al-Hujurat : Untuk membanyakkan susu ibu.
Dan yang terbaru, aku dengar dari ceramah kat radio. Bahawa dengan mengamalkan surah Yasin, insyaAllah anak kita nanti akan mempunyai hati yang teguh dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
Ohh! Jika sudah mengamalkan semua surah yang digalakkan untuk diamal ketika hamil tapi masih lagi runsing dan emosional 'terlampau' ketika dalam tempoh kehamilan, cubalah belajar untuk bertenang dan mengosongkan fikiran. Jangan terlalu memikirkan "apa orang kata" atau "apa orang fikir". Kerana manusia sifatnya tidak pernah berpuas hati dengan manusia yang lainnya.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y