Assalamualaikum. Esok 28 Ogos 2012 akan genap masuk minggu ke-12 kehamilan Annur. Alhamdulillah aku dapat melepasi tempoh 3 bulan pertama yang sangat-sangat tak selesa. Aku hampir-hampir dimasukkan ke wad sebab Hb (haemoglobin) terlalu rendah~7.5 gm%. dimana Hb optimum untuk ibu adalah 11-13 gm%
Selain mual, loya dan vomitting, deria bau aku jugak jadi hyper-sensitive dimana bau lori sampah yang jauh berbatu pun aku boleh hidu. Perfume yang selama ni wangi (termasuk perfume favorite aku) tak semena-mena jadi busuk dan memeningkan. Semua benda yang dulunya wangi, sedap dan mengasyikkan, berubah jadi busuk dan meloyakan. Apa yang wangi?..hanyalah bau Mr Asben gua jer. Tobak pon!
Keadaan emosi pulak, selalu je nak nangis.. Adik aku rampas remote control Astro dan tukar siaran lain pon, aku boleh sentap~ lari masuk bilik nangis. Tidur malam pulak, kaki selalu kejang, selalu terjadi kat bahagian betis. Sakit yang amat! Bila bangun dari katil, mesti gelap mata nak pitam. Walaupun aku dah bangun slow-slow, gelap mata tu tetap jadi jugak. This could be due to low blood-pressure and haemoglobin. Untung ade hubby yang selalu ringan tangan memicit kepala ngan bahu walopon tak diminta. Sedapp sangat!
Dari segi fisiologi pulak, aku selalu mengalami kesejukan tak kira pagi petang atau malam, sakit-sakit bahu, sakit belakang dan pinggang. Bila berjalan pulak, aku akan rasa sakit tajam menusuk dan sengal di bahagian bawah perut atau ari-ari. Disebabkan sakit, aku pegang je perut setiap kali melangkah. Memang perut tak besar lagi, tapi taktau nak cakap. Aku rasa macam segala isi perut aku nak terjelabak keluar je bila berjalan. Tapi dua tiga hari ni sakit tu dah makin kurang..syukurlah~
Oke lah, setakat ini dulu coretan pengalaman pertama si mommy-to-be =) Mr Asben pesan takleh ngadap laptop sangat, tak elok untuk baby, bcoz of its radiation. Ape-ape pon, perhatian dan bantuan Mr Asben sangat-sangat meringankan beban dan membuatkan aku terharu.
Annur: Second trimester awaits! Kena lebih fokus dalam diet untuk mencapai Hb sekurang-kurangnya 12. Go! Go!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Alhamdulillah.. tahniah syu.. nak jdi mommy daah dia.. hehe.. tahniah syu..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah syu.. nak jdi mommy daah dia.. hehe.. tahniah syu..
ReplyDeletemekaceh..doakan selamat sampai baby lahir na..
ReplyDeletejaga diri baik2 :)
ReplyDelete=) dilakukan dgn yg terbaik..
ReplyDeletesemoga syu diberi kekuatan dan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemoga selamat dan dipermudahkan
ReplyDeletemekaceh fiza..aminn mudah2an gitu la..
ReplyDeletesyu dh pregnant??? ya Allah, lamanya x keep in touch kan? tahniah! hope x terlambat... mcm x percaya tau syu dah kawen dan x lama lagi nak jadi ibu... take care, semoga semuanya baik2 saja
ReplyDeleteps: salam aidilfitri, maaf zahir batin
mekaseh yana..tu la..life goes on~
ReplyDelete;)